Trading Limit


Terdapat perbezaan antara TRUST dan TRADING LIMIT.


TRUST adalah jumlah dana sebenar yang dimiliki dalam bentuk tunai yang disimpan.


TRADING LIMIT adalah jumlah dana yang boleh digunakan untuk sebarang transaksi pembelian saham.


Sebagai contoh, sekiranya anda memasukkan RM10,000 dalam TRUST. Apa yang akan berlaku selepas itu?


1. Dana berjumlah RM10,000 anda deposit sebentar tadi masih ada dalam TRUST namun ia tidak dipaparkan.


2. Jumlah dana dalam TRADING LIMIT akan berkurangan sedikit berbanding yang ada dalam TRUST disebabkan terdapat 'reserved fees' yang dikenakan.

Untuk makluman, 'reserved fees' dikenakan pada jumlah dana dalam TRUST bagi setiap transaksi deposit yang dimasukkan. 'Reserved fees' ini akan menampung caj broker, caj duti setem dan caj bayaran pelepasan bagi transaksi dagangan saham yang akan dilakukan.


Bagaimana pula cara pengiraan TRADING LIMIT bagi akaun cash upfront account Mplus?


TRADING LIMIT dikira seperti berikut :

(RM10,000 x 99.5%) - RM40 = RM9,910


Kesimpulannya, jumlah dana yang anda boleh gunakan untuk sebarang transaksi pembelian saham adalah RM9,910 dan bukan RM10,000.


Jumlah dana asal dalam TRUST tidak akan berubah. Hanya jumlah dana dalam TRADING LIMIT yang akan berubah mengikut pengiraan seperti di atas.


TRADING LIMIT dikemaskini setiap masa (selepas anda beratur saham, selepas anda jual saham, selepas anda deposit). Baki dana dalam TRUST pula dikemaskini sekali sahaja setiap hari (selalunya pada malam hari).





Trust -> Trading Limit Calculator*


*Kiraan trading limit ini adalah bagi M+ Cash Upfront account (M+ Silver) sahaja.
Bacaan lanjut: Perkara yang Anda Perlu Tahu Tentang Account Summary