AGM

18-JUN-2024

AGM Door Gift: Kaedah Alternatif Pelabur Dapat Menjana Keuntungan


AA    


 

 

Kebanyakan pelabur hanya mengetahui keuntungan saham boleh dibuat sama ada dari segi kenaikan harga saham dan juga dividen yang diberikan syarikat. Namun tidak ramai yang tahu, terdapat satu lagi kaedah anda boleh menjana keuntungan dengan saham, iaitu melalui AGM/EGM Door Gift. 

 

Pengenalan AGM/EGM

 

AGM (Annual Grand Meeting) merupakan mesyuarat tahunan yang diadakan bersama pemegang saham syarikat. AGM kebiasaannya dilakukan setahun sekali bagi membincangkan prestasi semasa syarikat, mengundi resolusi yang dikeluarkan syarikat seperti pelantikan pengarah, auditor atau hal berkaitan remuneration. Pemegang saham turut dibenarkan untuk bertanyakan soalan berkaitan prestasi semasa syarikat atau usul yang dibentangkan. AGM wajib dilakukan oleh syarikat-syarikat yang tersenarai di pasaran Bursa Malaysia sekurang-kurang sekali bagi tempoh setahun. Berbeza dengan AGM, EGM (Extraordinary General Meeting) merupakan mesyuarat tergempar bersama pemegang saham dan kebiasaannya dilakukan untuk menangani isu terdesak seperti penyingkiran lembaga pengarah atau hal berkaitan undang-undang yang perlu diselesaikan segera. EGM tidak wajib dilakukan dan hanya dilaksanakan apabila perlu. Kedua-dua mesyuarat ini boleh dilakukan sama ada dalam bentuk fizikal atau secara atas talian bergantung kepada syarikat.

 

Bentuk AGM/EGM Door Gift

 

Pemegang saham syarikat yang menghadiri dan mengundi usul yang dibangkitkan pada mesyuarat ini kebiasaanya akan menerima hadiah yang dipanggil "door gift". Door gift yang diberikan juga berbeza nilai dan bentuk bergantung pada syarikat. Antara bentuk AGM door gift ialah wang tunai, voucher, produk syarikat, e-wallet dan lain-lain. Anda boleh layari laman iSaham screener AGM door gift untuk melihat sejarah nilai door gift yang diberikan syarikat-syarikat tersenarai di Malaysia seperti contoh di bawah.

 

Screener iSaham AGM Door Gift

 

Memaksimumkan Keuntungan Door gift

 

Untuk membolehkan anda untuk menghadiri AGM/EGM anda harus menjadi pemegang saham syarikat tersebut. Kebanyakan syarikat tidak menetapkan jumlah minimum yang perlu dipegang untuk menghadiri AGM seterusnya menerima door gift. Jadi untuk memaksimum keuntungan AGM/EGM door gift, anda boleh mengurangkan kos pembelian saham dengan menggunakan kaedah pembelian 1 unit saham atau juga dipanggil odd lot. Contohnya untuk saham MISC yang berharga RM8.56 seunit, berbanding pembelian 100 unit iaitu RM856 tidak termasuk kos lain, anda boleh membeli satu unit saham iaitu hanya bernilai RM8.56 dan masih menerima door gift yang diberikan syarikat. Data terkini untuk tahun 2024, MISC memberikan AGM door gift voucher Setel bernilai RM150. Ini bermakna, jika anda memegang satu unit saham MISC, anda boleh menerima keuntungan AGM door gift bernilai sekitar RM130 termasuk caj broker. Untuk rujukan pembelian saham odd lot, anda boleh klik link ini.

 

Contoh pembelian saham odd lot

 

Syarat & Kaedah Penebusan AGM/EGM Door Gift

 

1. Memegang sekurang-kurangnya jumlah minimum saham syarikat sebelum tarikh yang ditetapkan. Boleh rujuk disini.

2. Mendaftarkan diri di platform AGM/EGM yang telah ditetapkan syarikat seperti Tricor dan Boardroom.  

3. Menghadirkan diri dan juga mengundi resolusi yang dikeluarkan syarikat semasa AGM/EGM. 

4. Selepas anda telah menepati semua syarat di atas, anda perlu menunggu email daripada syarikat yang menyatakan bentuk dan juga kaedah penebusan.

 

Contoh email penebusan door gift

 

Rumusan

 

Sebagai rumusan, AGM/EGM door gift merupakan salah satu kaedah lain untuk menjana keuntungan dalam pasaran saham. Namun perlu diingatkan, tidak semua syarikat menawarkan AGM/EGM door gift dan nilainya tidak tetap. Untuk memaksimumkan keuntungan dalam AGM/EGM door gift, anda boleh mengurangkan kos pembelian saham dengan kaedah pembelian satu unit saham (odd lot).  Syarat-syarat untuk manghadiri AGM perlu dipenuhi untuk membolehkan anda menuntut door gift. Akhir sekali, anda juga boleh menggunakan screener AGM door gift di iSaham untuk membandingkan pemberian syarikat-syarikat dan juga melihat tarikh AGM/EGM yang akan datang.

 

 
 

 

 

 

 
 
 

 

 
 
 
 

 

 

 

 
 
 
 
 

 

 

< kembali ke laman blog utama