UMUM

18-JUN-2024

Apa Itu Aliran Dana Asing?


AA    


 

Selain FBMKLCI Index, salah satu cara mudah untuk menentukan prestasi semasa pasaran saham ialah melalui aliran dana asing. Dana asing atau "foreign fund" bermaksud pelaburan yang dilakukan oleh pelabur asing di dalam pasaran saham tempatan. Secara asasnya, apabila terdapat peningkatan aliran masuk dana asing, ia merupakan indikator positif terhadap pasaran menandakan peningkatan pelaburan ke dalam syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

 

Siapakah Pelabur Dana Asing?

 

Pelabur dana asing atau boleh juga dikatakan sebagai jerung antarabangsa terdiri daripada entiti yang mempunyai sumber kewangan yang besar untuk melabur sama ada di dalam saham atau instrumen lain seperti bon. Antara contoh institusi besar ini termasuk pengurus dana global, bank, dan juga agensi kerajaan luar negara. Contoh paling mudah ialah syarikat gergasi seperti Blackrock, Vanguard dan State Street. Institusi ini bukan sahaja memiliki dana pelaburan yang cukup besar, bahkan mempunyai pegangan dalam syarikat terkemuka di seluruh dunia seperti NVIDIAA, Apple, TSMC dan Berkshire Hathaway. 

 

Kepentingan Dana Asing Terhadap Pasaran Saham

Jika dilihat pada dua graf dibawah, kita dapat lihat Foreign Fund dan juga FBMKLCI Index mempunyai hubungan yang positif bermakna apabila foreign fund meningkat, maka FBMKLCI turut meningkat begitu juga sebaliknya. Selain itu, kepentingan dana asing turut berkait rapat dengan liquidity pasaran. Jerung antarabngsa kebiasaanya membeli sesuatu saham dalam jumlah yang besar. Dengan modal tersebut, volume dagangan akan meningkat dan ia akan menarik lebih banyak pelabur untuk membeli saham tersebut, meningkatkan transaksi dagangan. 

 

 

Cara Menganalisis Aliran Dana Asing

Untuk menganalisis aliran dana asing anda boleh menggunakan salah satu fungsi di iSaham iaitu "Foreign Funds Money Flow Chart".  Melalui chart ini anda boleh melihat pergerakan keluar masuk aliran dana asing. Candle hijau menunjukkan aliran masuk dana asing meningkat kedalam pasaran menandakan peningkatan pelaburan institusi asing kedalam syarikat-syarikat tersenarai di Bursa. Ini berbeza dengan candle merah yang mana ia menunjukkan peningkatan pengeluaran dana asing melalui penjualan saham-saham syarikat yang tersenarai.

 

 

Di fungsi ini juga, anda boleh melihat nilai pegangan dana asing oleh institusi pelaburan terbesar dunia iaitu Blackrock, Vanguard, State Street dan Fidelity  . Sebagai contoh, syarikat IHH dengan nilai pelaburan dana asing sebanyak 904.4 juta oleh Vanguard, State Street dan Fidelity. Kemasukan dan pertambahan dana asing kedalam sesuatu syarikat menunjukkan keyakinan jerung antarabangsa terhadap prestasi syarikat. Kebiasaannya, syarikat-syarikat yang dilabur oleh jerung-jerung antarabangsa merupakan syarikat yang mempunyai prestasi kewangan dan pengurusan yang stabil dan berkualiti.

 

 

Rumusan

Sebagai penutup, aliran dana asing merupakan salah satu indikator penting dalam menentukan prestasi pasaran.  Peningkatan aliran dana asing berlaku apabila lebih banyak pembelian yang dilakukan oleh jerung antarabangsa, berbanding penjualan saham-saham syarikat yang tersenarai di pasaran. Ia merupakan indikator positif kepada pasaran menandakan minat dan juga keyakinan pelabur asing terhadap pasaran. Untuk menyemak data terkini aliran dana asing anda boleh gunakan salah satu fungsi di laman web iSaham iaitu foreign fund flow chart.

 

 

 

 
 

 

 

 

 

 
 
 
 

< kembali ke laman blog utama