UMUM

12-SEP-2023

Beli ETF dan Dapatkan Ganjaran Wang Tunai


 


Kami pernah berkongsi pengenalan tentang ETF. Ia merupakan singkatan kepada Exchange Traded Fund yang bermaksud Dana Dagangan Saham iaitu dana pelaburan yang boleh didagang melalui pasaran saham. Seperti Unit Trust, sebuah dana itu boleh merangkumi satu koleksi atau bakul saham yang membentuk profail risiko tersendiri.

Apa itu ETF?

ETF adalah dana atau amanah yang tersenarai di pasaran Bursa Malaysia dan boleh didagang melalui platform dagangan atau akaun CDS anda. Jual beli ETF boleh dibuat sama seperti saham didagangkan. Anda boleh jual atau beli bila-bila masa pada waktu pasaran Bursa Malaysia.

Satu unit ETF ini boleh mengandungi sebuah bakul berisi dengan pelbagai saham sama ada mengikut sektor, seluruh pasaran, saham berprestasi tinggi, dan sebagainya.

Perbezaan ETF, Saham dan Unit Amanah

Walaupun ETF berkongsi beberapa persamaan dengan saham dan unit amanah, terdapat beberapa perbezaan utama yang perlu diketahui:

Saham melibatkan pembelian pemilikan dalam syarikat tertentu, bermakna pulangan anda terikat secara langsung dengan prestasi syarikat tersebut. Jika prestasi syarikat itu bagus maka harga saham akan meningkat, dan sebaliknya.

Unit Amanah diuruskan oleh pengurus dana profesional, yang melabur dalam portfolio yang mengandungi pelbagai saham, bon dan aset lain. Tidak seperti ETF, unit amanah tidak didagangkan di bursa dan berharga sekali sehari sahaja.

ETF direka untuk menjejaki indeks tertentu dan didagangkan di bursa. ETF menawarkan faedah kepelbagaian yang serupa dengan amanah saham, tetapi pada kos yang lebih rendah dan memberikan ketelusan penuh seperti yang anda boleh lihat semasa berdagang saham.

Perbandingan antara ETF, saham dan Unit Amanah boleh dirumuskan seperti rajah di bawah:

Jadual: Perbandingan Produk

Perbandingan Produk ETFs Saham Unit Amanah
Kepelbagaian dengan Satu Sekuriti
Penyebaran Harga Masa Sebenar
Beli dan Jual melalui Broker Broker Ejen

Jadual: Kos Dagangan

Kos Dagangan ETFs Saham Unit Amanah
Caj Jualan
Komisyen Pembrokeran/ Bayaran Pelepasan/ Duti Setem -

Jadual: Yuran Pengurusan

Yuran Pengurusan ETFs Saham Unit Amanah
Anggaran Yuran Pengurusan <1% - 1-2%

Kempen Trade & Trade iSaham 2023

Ketika ini, sebuah kempen sedang berjalan di antara iSaham & MyETF untuk pembelian ETF. Dengan pembelian ETF dengan Malacca Securities Sdn Bhd atau CGS-CIMB Securities Sdn Bhd di bawah remisier rakan kongsi iSaham, anda berpeluang untuk memenangi wang tunai sehingga RM500.

Kempen ini bermula pada 11 September 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Senarai Malaysia ETFs yang layak untuk kempen ini adalah seperti berikut:

  1. MyETF Dow Jones U.S Titans 50 (METFUS50)
  2. MyETF Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25 (MYETFDJ)
  3. MyETF MSCI SEA Islamic Dividend (METFSID)
  4. MyETF MSCI Malaysia Islamic Dividend (MYETFID)

Untuk butiran lebih lanjut boleh layari laman web rasmi Kempen Trade & Trade 2023.

MyETF

Kesimpulan

Selain berdagang saham, ETF juga adalah salah satu cara terbaik untuk mendapat keuntungan dari membeli harga rendah dan jual pada harga tinggi (Buy Low Sell High). Kempen ETF ini merupakan waktu yang terbaik untuk anda mula melabur ke dalam ETF.


< kembali ke laman blog utama