UMUM

30-JAN-2024

Cara Beli Emas di Bursa Malaysia


 


Emas sering dianggap sebagai pilihan bijak dalam pelaburan. Sebab apa? Antaranya ialah dapat memberikan perlindungan terhadap inflasi dan kestabilan nilai jangka panjang. Sebagai pelabur, anda boleh mengambil peluang untuk mempelbagaikan portfolio dengan melibatkan pelaburan emas, sebagai tambahan kepada pelaburan-pelaburan lain seperti ekuiti, hartanah dan sebagainya.

Terdapat beberapa cara untuk membeli atau melabur dalam emas patuh syariah, seperti membeli emas fizikal, menggunakan akaun pelaburan emas bank (Gold Investment Account), membeli menggunakan perkhidmatan lain serta membeli menggunakan akaun CDS.

Dalam blog ini, kami akan tunjukkan cara untuk membeli emas di Bursa Malaysia melalui aplikasi Bursa Gold Dinar dan akaun CDS anda.

Aplikasi Bursa Gold Dinar

Bursa Malaysia baru-baru ini melancarkan platform baru untuk pelaburan emas yang patuh syariah, dikenali sebagai Bursa Gold Dinar (BGD). Jika anda belum mendaftar akaun BGD, sila rujuk blog kami di sini untuk panduan membuka akaun. Berikut adalah langkah-langkah untuk membeli dan menjual emas melalui BGD.

Transaksi beli

1. Langkah pertama, anda perlu mendeposit atau 'top up' wang ke dalam BGD wallet.

2. Masukkan jumlah yang ingin anda deposit. Yuran tambah nilai sebanyak 0.35% akan dikenakan (minimum RM0.10, maksimum RM1.00).

3. Klik butang 'Buy' untuk pembelian emas.

4. Masukkan jumlah gram yang ingin anda labur dan klik 'continue'. Jumlah minimum untuk pembelian emas di BGD ialah RM10.

5. Semak butiran, kemudian klik 'Buy Now' untuk membuat pembelian. 

Cara beli emas di BGD

Transaksi jual

1. Klik butang 'Sell' untuk menjual emas.

2. Masukkan jumlah yang ingin anda jual dan klik 'continue'. Jumlah minimum untuk penjualan emas di BGD ialah RM10.

3. Semak butiran, kemudian klik 'Sell Now' untuk teruskan proses penjualan emas.

Cara jual emas di BGD

Spread di Bursa Gold Dinar agak rendah, namun terdapat pelbagai yuran yang perlu diambil kira, antaranya:

GOLDETF

Selain dari Bursa Gold Dinar, anda juga boleh beli emas menggunakan akaun CDS. Mungkin ramai yang ingat di akaun CDS hanya boleh beli saham, tetapi sebenarnya, anda juga boleh beli instrumen lain seperti ETF. ETF ini dianggap sebagai dana unit trust yang didagangkan dalam pasaran Bursa. ETF adalah dana yang tersenarai di pasaran Bursa Malaysia dan boleh didagang di platform dagangan. Anda cuma perlu membuka akaun CDS melalui broker untuk membeli ETF. Untuk memahami lebih lanjut tentang ETF, boleh rujuk blog kami di sini.

GOLDETF membolehkan kita melabur pada emas fizikal tanpa perlu dipegang secara fizikal. GOLDETF melabur minimum 95% fund dalam emas fizikal. Satu unit GOLDETF dianggarkan sama dengan 0.01 gram emas, berserta tunai. Sekiranya anda membeli 1 lot unit, ianya bersamaan dengan membeli 1 gram emas. Berikut adalah langkah-langkah untuk membeli dan menjual GOLDETF dalam akaun CDS anda:

Transaksi beli

1. Sekiranya anda nak beli, boleh tekan butang 'Buy' berwarna hijau yang terletak di bahagian atas ruangan trading platform.

2. Masukkan kuantiti saham yang ingin dibeli, harga pilihan, dan kemudian tekan 'Send Now' untuk teruskan. Anda akan diminta untuk masukkan kata laluan trading platform untuk sahkan transaksi.

Cara beli GOLDETF

Transaksi jual

1. Sekiranya anda nak jual, tekan butang 'Sell' yang terletak di bahagian atas ruangan trading platform.

2. Masukkan kuantiti saham yang ingin dijual, harga pilihan, dan kemudian tekan 'Send Now' untuk teruskan. Anda akan diminta untuk masukkan kata laluan trading platform untuk sahkan transaksi.

Cara jual GOLDETF

Sekiranya anda membeli GOLDETF, kos yang terlibat adalah kadar broker. Antara kadar yang anda boleh lihat adalah pada 0.08% atau RM 8 minimum dengan M+ Online.

Kesimpulan

Mempelbagaikan portfolio anda dengan emas, sebagai tambahan kepada pelaburan lain seperti ekuiti dan hartanah, boleh memberi manfaat. Blog ini mengajar dua kaedah patuh Syariah untuk pelaburan emas. Kedua-dua kaedah datang dengan yuran yang dikenakan, dan pilihan antara kaedah tersebut bergantung pada keutamaan individu dan matlamat kewangan.


< kembali ke laman blog utama