IPO

23-NOV-2023

CPE Tech - Pakar Dalam Pemesinan Ketepatan


 


CPE Technology Berhad

Butiran IPO syarikat CPE Tech

Butiran IPO syarikat CPE

Latar belakang perniagaan syarikat

CPE Technology Berhad terlibat dalam menyediakan perkhidmatan sokongan kejuruteraan, khususnya dalam pembuatan bahagian mesin ketepatan dan menawarkan perkhidmatan pemesinan CNC. Pelanggan utama syarikat datang daripada industri seperti semikonduktor, sains hayat, peranti perubatan dan peralatan sukan. Proses pengeluaran syarikat termasuk CNC Turning & Milling, Turn-Mill, and Finish processes. Pelanggan utama syarikat adalah dari Amerika Syarikat, Singapura dan Malaysia.

Model perniagaan syarikat adalah seperti di bawah:

Modal perniagaan CPE

Prestasi kewangan syarikat

Secara keseluruhan, syarikat CPE Tech menunjukkan prestasi pendapatan yang positif dan meningkat dari tahun kewangan 2019 hingga 2023. Bagi keuntungan selepas cukai, syarikat CPE menunjukkan prestasi yang positif. Namun, menurun pada tahun 2020 disebabkan COVID-19. Walau bagaimanapun, keuntungan selepas cukai syarikat kembali meningkat pada tahun 2021 sehingga 2022.

Prestasi kewangan

Pendapatan syarikat diperoleh sepenuhnya daripada segmen pemesinan ketepatan, di mana 90.65% daripada sales of goods (syarikat CPE akan membeli bahan mentah sehingga proses pembuatan). Manakala, 9.35% daripada rendering of services (pelanggan syarikat CPE akan memberikan bahan mentah kepada syarikat CPE untuk proses pembuatan).

Pendapatan mengikut segmen

Penggunaan dana daripada IPO

Dana yang diperoleh daripada IPO iaitu sebanyak RM179.58 juta akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:

Penggunaan dana IPO

Majoriti dana yang diperolehi dari penyenaraian IPO akan digunakan untuk mengembangkan operasi perniagaan syarikat CPE Tech, termasuk pembinaan kilang tambahan, pemerolehan dan pemasangan mesin dan peralatan baharu, dan pembelian bahan mentah seperti keluli tahan karat dan aluminium.

Selain itu, hanya 9.72% dari pada dana IPO akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank. Baki selebihnya akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian dan keperluan perbelanjaan modal lain.

Analisis bisnes dan industri CPE

Pasaran CPE

Berdasarkan analisis pendapatan pasaran geografi di bawah pada tahun terkini, kira-kira 53% pendapatan CPE diterima daripada pasaran Amerika Syarikat, diikuti dengan Singapore (32%), dan Malaysia (11.6%). Selain itu, negara lain yang menyumbang kepada pendapatan syarikat termasuk Jerman, Jepun, Thailand, Itali, Portugal, Switzerland, Romania, China dan Vietnam.

Pasaran CPE
Pasaran CPE

Pengenalan Industri ESI

ESI merupakan singkatan kepada engineering supporting system yang melibatkan pembuatan barangan logam yang kemudian digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk akhir. Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) ESI di Malaysia terbahagi kepada 8 segmen seperti moulds and dies, machining, metal casting, metal stamping, surface engineering, heat treatment, forging serta metal fabrication.

Industri ESI

ESI membekalkan produk logam perantaraan kepada M&E industri, yang seterusnya menggunakannya untuk menghasilkan pelbagai mesin dan peralatan. Mesin dan peralatan ini kemudiannya dibekalkan kepada pasaran pengguna akhir yang lain. ESI juga secara langsung membekalkan produk logam perantaraan kepada pasaran pengguna akhir.

Industri M&E di Malaysia

Buat masa ini, Malaysia masih lagi bergantung kepada M&E yang diimport untuk memenuhi permintaan tempatan. Nilai import M&E telah meningkat daripada RM68.55 bilion pada tahun 2021 kepada RM89.38 bilion pada tahun 2022. Malaysia kebanyakannya mengimport M&E dari Amerika Syarikat, Jepun, Singapura, China, Thailand dan Jerman.

Import & Eksport M&E di Malaysia

Tahun Jumlah Import Jumlah Eksport
2021 RM 68.55 bilion RM 49.92 bilion
2022 RM 89.38 bilion RM 60.45 bilion
2022 (Januari - Jun) RM 47.70 bilion RM 28.95 bilion
2023 (Januari - Jun) RM 41.47 bilion RM 27.23 bilion

Eksport M&E Malaysia telah meningkat dalam sejak beberapa tahun lalu. Walaupun eksport M&E jatuh pada 2020 akibat kesan COVID-19, ia melantun semula pada 2021 berikutan peningkatan permintaan di seluruh dunia untuk barangan elektronik dan elektrik, mencecah RM49.92 bilion. Pada tahun 2022, eksport M&E terus meningkat sehingga mencecah RM60.45 bilion. M&E Malaysia kebanyakannya dieksport ke Singapura, Amerika Syarikat, Jerman, United Kingdom, Indonesia, Thailand, Hong Kong dan Australia.

Pasaran global industri semikonduktor

Jualan semikonduktor global bernilai USD 574.08 bilion pada 2022, meningkat daripada USD 555.89 bilion pada tahun sebelumnya. Berdasarkan laporan IMR, industri semikonduktor global dijangka akan terus berkembang apabila bilangan peranti E&E terus meningkat disebabkan penggunaan teknologi embedded semikonduktor.

Evolusi teknologi yang berterusan secara tidak langsung membantu pelancaran alat elektronik baharu. Kesannya permintaan untuk semikonduktor akan meningkat. Walau bagaimanapun, berdasarkan prospektus, industri semikonduktor global dijangka menurun pada 2023 kepada USD515.10 bilion disebabkan oleh ekonomi global yang perlahan dan perbelanjaan pengguna yang lebih lemah yang membawa kepada penurunan permintaan dan lebihan bekalan.

Rakan persaingan

Antara pesaing atau syarikat yang terlibat dalam industri yang sama dengan CPE Tech telah disenaraikan dalam prospektus seperti berikut:

Pesaing CPE
Pesaing CPE

Jika dilihat berdasarkan prospektus, perbandingan antara syarikat ini telah dipilih berdasarkan kriteria berikut:

Syarikat Coraza, Kobay, SFP Tech dan UWC merupakan pesaing yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia. Jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat ini, CPE Tech mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM30.2 juta, boleh dikatakan lebih kurang dengan pesaingnya. CPE Tech juga mencatatkan margin keuntungan selepas cukai lebih tinggi berbanding Coraza dan Kobay iaitu sebanyak 20.85%.

Perbincangan

Syarikat CPE Technology Berhad terlibat dalam menyediakan perkhidmatan sokongan kejuruteraan, di mana pelanggan mereka majoriti adalah daripada industri semikonduktor, sains hayat dan peralatan sukan.

CPE Tech menunjukkan pertumbuhan pendapatan yang meningkat dari tahun kewangan 2019 hingga tahun kewangan 2023. Dana IPO syarikat akan dimanfaatkan kepada pengembangan perniagaannya, iaitu termasuk pembinaan kilang baru, penambahan mesin dan peralatan baru serta pembelian bahan mentah.

Menurut laporan IMR, industri ESI di Malaysia diramalkan akan mencecah RM9.98 bilion pada 2023 dan berkembang dengan CAGR sebanyak 8.2% untuk mencecah RM13.88 bilion pada 2027. Ramalan ini disokong oleh kemajuan dalam teknologi serta pengembangan dalam pasaran pengguna akhir. Namun begitu, syarikat CPE Tech masih perlu membuktikan keberkesanan perancangan mereka apabila disenaraikan di Bursa Malaysia.


< kembali ke laman blog utama