IPO

3-DEC-2023

IPO Critical - Penyedia Penyelesaian MEP untuk Kemudahan Kritikal


 


Critical Holdings Berhad

Butiran IPO Syarikat Critical

Butiran IPO Critical Holdings Berhad

Latar belakang perniagaan syarikat

Critical Holdings Berhad terlibat dalam mengendalikan reka bentuk, pembinaan dan pengurusan sistem MEP untuk kemudahan kritikal. Mereka juga menyediakan penyelenggaraan dan sokongan berterusan untuk sistem MEP. Syarikat Critical Holdings memberi tumpuan kepada 3 kemudahan kritikal seperti plantrooms, cleanrooms, dan data centre

Model perniagaan syarikat adalah seperti di bawah:

Model perniagaan syarikat Critical

Plantrooms ialah bilik atau ruang dalam bangunan di mana peralatan penting disimpan untuk mengawal persekitaran bangunan. Peralatan ini termasuklah seperti sistem pemanasan dan penyejukan, panel elektrik dan pam. Pelanggan utama syarikat Critical untuk segmen ini ialah pengendali hotel, semikonduktor, farmaseutikal, penjagaan kesihatan serta pemilik kemudahan pembuatan panel PV solar. Plantroom syarikat Critical adalah seperti di bawah:

Plantroom Syarikat Critical

Cleanrooms ialah ruang persekitaran terkawal yang menapis bahan pencemar seperti habuk, mikroorganisma bawaan udara dan zarah kecil untuk menyediakan kawasan yang paling bersih. Kebanyakan persekitaran terkawal melindungi pengeluaran produk seperti peranti elektronik, farmaseutikal dan peralatan perubatan. Cleanroom syarikat Critical adalah seperti di bawah:

Cleanroom Syarikat Critical

Data centre pula ialah bilik fizikal, bangunan atau kemudahan yang menempatkan infrastruktur IT untuk membina, menjalankan dan menghantar aplikasi dan perkhidmatan, dan untuk menyimpan dan mengurus data yang berkaitan dengan aplikasi dan perkhidmatan tersebut. Data centre syarikat Critical adalah seperti di bawah:

Data Centre Syarikat Critical

Lokasi projek syarikat

Kebanyakan projek syarikat ini dijalankan di Batu Kawan Industrial Park, Seberang Perai Tengah, Bayan Lepas Free Industrial Zone, Kulai Data Centre, dan Kulim Hi-Tech Park. 

Berdasarkan prospektus, persekitaran perniagaan Pulau Pinang yang kondusif telah berjaya menarik pelaburan langsung asing, serta memupuk bakat tempatan, khususnya dalam sektor E&E. Pulau Pinang telah melahirkan usahawan teknologi yang mengasaskan syarikat yang diiktiraf di peringkat global dalam bidang seperti ATE, automasi, perkhidmatan OSAT, pembuatan elektronik, kejuruteraan ketepatan dan perkakasan. Antara syarikat ternama yang beroperasi di sini adalah Dell, ViTrox, Flex, HP dan sebagainya.

Bagi menyokong industri ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang merancang untuk membangunkan Taman Teknologi Bandar Cassia dan Taman Perindustrian Batu Kawan 3, memastikan ruang industri yang mencukupi untuk E&E, LED, peranti perubatan, aeroangkasa, semikonduktor, automotif dan sektor berkaitan. Pengembangan semikonduktor dan elektronik di Pulau Pinang memberikan peluang kepada syarikat kejuruteraan MEP.

Prestasi kewangan syarikat

Secara keseluruhan, syarikat Critical Holdings menunjukkan prestasi pendapatan dan keuntungan selepas cukai yang positif dan meningkat setiap tahun dari tahun kewangan 2020 hingga 2023.

Prestasi kewangan syarikat

Pendapatan syarikat Critical diperolehi daripada 2 segmen iaitu penyelesaian kejuruteraan MEP yang terdiri daripada Plantroom, Cleanroom, dan Data Centre, serta segmen penyelenggaraan dan perkhidmatan MEP. Segmen Plantroom menyumbang 62% daripada pendapatan syarikat untuk tahun fiskal 2023, diikuti oleh segmen Cleanroom dan Data Centre, yang masing-masing menyumbang 20% dan 9%, kepada pendapatan syarikat Critical.

Pendapatan mengikut segmen

Penggunaan dana daripada IPO

Dana yang diperoleh daripada IPO iaitu sebanyak RM26.02 juta akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:

Dana IPO Critical

Majoriti dana yang diperolehi dari penyenaraian IPO iaitu sebanyak RM9.9 juta mewakili 38% akan dimanfaatkan untuk kegunaan modal kerja. Kemudian, sebanyak RM6 juta mewakili 23% akan digunakan untuk menubuhkan pejabat baru di Lembah Klang. Syarikat Critical akan menggunakan 17% daripada dana IPO untuk mengembangkan pasukan jualan dan teknikal syarikat dengan merekrut kakitangan tambahan. Baki selebihnya akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian dan keperluan perbelanjaan modal bagi membeli alatan baru.

Analisis bisnes dan industri Critical

Pengenalan industri kejuruteraan MEP

Kejuruteraan MEP adalah penting untuk sektor komersial dan perindustrian, terutamanya kemudahan kritikal. Kemudahan ini penting untuk operasi harian dan memerlukan infrastruktur yang berdaya tahan untuk memastikan perkhidmatan tidak terganggu. Gangguan boleh memberi kesan negatif kepada operasi perniagaan. Kemudahan kritikal merangkumi pelbagai struktur yang penting untuk berfungsi secara berterusan dan cekap.

Critical Holdings Berhad menyediakan penyelesaian kejuruteraan untuk MEP dalam kemudahan kritikal, menawarkan reka bentuk, pengurusan projek, pemasangan dan perkhidmatan penyelenggaraan untuk kemudahan baharu dan sedia ada.

Saiz industri kejuruteraan MEP

Kejuruteraan MEP di Malaysia, diukur dari segi nilai kerja kejuruteraan MEP yang dilakukan. Berdasarkan prospektus, kejuruteraan MEP di Malaysia berkembang daripada RM3.8 bilion pada 2018 kepada RM6.6 bilion pada 2022, pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 14.8%.

PROVIDENCE meramalkan bahawa nilai kejuruteraan MEP akan meningkat 15.2% daripada RM6.6 bilion pada 2022 kepada RM10.1 bilion pada 2025.

Saiz industri kejuruteraan MEP

Rakan persaingan

Critical Holdings adalah syarikat penyelesaian reka bentuk utiliti mekanikal, elektrikal dan proses (MEP). Maka, pesaing syarikat Critical di dalam industri dipilih berdasarkan kriteria seperti berikut:

Antara pesaing atau syarikat yang terlibat dalam industri yang sama dengan Critical Holdings telah disenaraikan dalam prospektus seperti berikut:

Pesaing Critical
Pesaing Critical

Antara pesaing terdekat Critical Holdings ialah CabNet, KGB dan Sunway Construction. Sebagai perbandingan, nisbah PE Critical adalah lebih rendah daripada pesaing terdekatnya, manakala margin keuntungan selepas cukai syarikat adalah lebih tinggi daripada mereka.

Perbincangan

Secara keseluruhan, Critical Holdings mempunyai prestasi memberangsangkan dari segi pendapatan dan keuntungan sepanjang empat tahun dari 2020 hingga 2023. Peningkatan ini didorong oleh hasil daripada segmen kejuruteraan MEP, di mana pendapatan diperolehi majoriti daripada Plantroom, dan Cleanroom.

Menurut laporan IMR, prospek masa depan Critical Holdings akan disokong oleh pertumbuhan jangka panjang dalam industri pengguna akhir dan pertumbuhan pelaburan asing dan domestik. Selain itu, ia juga dipengaruhi oleh peningkatan penyumberan luar dan penempatan semula aktiviti pembuatan E&E ke Asia Tenggara, prospek pertumbuhan semikonduktor dan elektronik ekosistem di Pulau Pinang, serta pertumbuhan ekonomi dan hartanah di Malaysia.

Majoriti dana IPO akan digunakan untuk mengembangkan bisnes syarikat. Hal ini menunjukkan langkah yang positif oleh syarikat dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan. Namun, pengembangan perniagaan pasti akan berhadapan dengan risiko seperti kos dan pelbagai lagi. Walaupun begitu, Critical perlu membuktikan keberkesanan strategi mereka apabila disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia tak lama lagi.


< kembali ke laman blog utama