IPO

09-JAN-2024

IPO KJTS - Memperluaskan Segmen Tenaga Penyejukan


 


KJTS

Butiran IPO Syarikat KJTS

Butiran IPO syarikat

Latar belakang perniagaan syarikat

KJTS Group merupakan penyedia perkhidmatan sokongan bangunan bersepadu yang beroperasi di Malaysia, Thailand dan Singapura. Mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk pengurusan tenaga penyejukan, perkhidmatan pembersihan dan perkhidmatan pengurusan fasiliti.

Model perniagaan syarikat adalah seperti di bawah:

Model perniagaan syarikat

Prestasi kewangan syarikat

Secara keseluruhan, syarikat KJTS menunjukkan prestasi pendapatan dan keuntungan selepas cukai yang positif dan meningkat setiap tahun dari tahun kewangan 2020 hingga 2022.

Pendapatan syarikat

Pembahagian pendapatan syarikat KJTS mengikut aktiviti perniagaan adalah seperti berikut:

Pendapatan syarikat

Jika lihat pada gambar di atas, pendapatan syarikat kebanyakannya dapat dari segmen tenaga penyejukan (sebanyak 46% bagi tahun kewangan 2022, diikuti dengan segmen perkhidmatan kebersihan (37%), dan pengurusan fasiliti (15%).

Selain itu, KJTS mempunyai dua aliran pendapatan utama, iaitu:

Pada 2022, majoriti pendapatan KJTS datang daripada pendapatan berulang (recurrent revenue).

Pendapatan syarikat

Penggunaan dana daripada IPO

Dana yang diperoleh daripada IPO iaitu sebanyak RM58.87 juta akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:

Dana IPO

Majoriti dana yang diperolehi dari penyenaraian IPO akan digunakan untuk memperluaskan segmen tenaga penyejukan di Malaysia iaitu mewakili 68% daripada keseluruhan dana IPO. Mereka akan menggunakan dana IPO ini untuk membina penyejuk baharu, menaik taraf sistem sedia ada dan perkhidmatan pengurusan kewangan di samping pemasangan. Peluasan ini memberi tumpuan kepada bangunan komersial dan perindustrian yang besar.

Selain itu, syarikat KJTS akan menggunakan RM4.5 juta atau lebih kurang 7.64% untuk mengembangkan atau mengubah suai pejabat mereka di Malaysia, Thailand dan Singapura.

Baki selebihnya akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian dan keperluan perbelanjaan modal lain.

Analisis bisnes dan industri KJTS

Industri perkhidmatan sokongan bangunan

Perkhidmatan sokongan bangunan adalah penting kerana ia menyokong kefungsian, keselesaan dalam keselamatan dalam persekitaran bangunan.

Berikut ialah gambaran mengenai perkhidmatan sokongan bangunan:

Operasi penting ini memastikan kelancaran segala-galanya daripada menara pejabat bertingkat tinggi dan pusat beli-belah yang sibuk sehinggalah ke hospital dan institusi pendidikan.

Prestasi industri

Berdasarkan laporan IMR, di Malaysia, pembinaan sistem tenaga penyejukan merupakan sebahagian daripada industri pembinaan khusus, yang termasuk pemasangan elektrik serta pemasangan paip, haba dan penyaman udara.

Dari 2020 hingga 2022, segmen pemasangan elektrik mempunyai CAGR 20.6%, dan segmen paip, haba dan penyaman udara meningkat sebanyak 19.1%. Menurut Bank Negara Malaysia, pertumbuhan ini didorong oleh projek berskala kecil.

Dalam 9 bulan pertama 2023, segmen pemasangan elektrik menyaksikan peningkatan 18.4%, manakala segmen paip, haba dan penyaman udara meningkat sebanyak 50.1%.

Prestasi industri

Rakan persaingan

Antara pesaing atau syarikat yang terlibat dalam industri yang sama dengan syarikat KJTS telah disenaraikan dalam prospektus seperti berikut:

Pesaing KJTS
Pesaing KJTS

Pesaing syarikat KJTS di dalam industri dipilih berdasarkan kriteria seperti berikut:

Syarikat EDGENTA, KAB, WIDAD, dan GFM merupakan antara pesaing syarikat KJTS yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia. Sebagai perbandingan, nisbah PE syarikat KJTS ialah 26.0, lebih tinggi daripada PE median pesaing lain (16.8).

Perbincangan

Secara keseluruhannya, KJTS mempunyai prestasi memberangsangkan dari segi pendapatan dan keuntungan dari 2020 hingga 2023. Peningkatan ini didorong oleh hasil daripada segmen tenaga penyejukan (menyumbang sebanyak 50% kepada pendapatan syarikat) dan perkhidmatan pembersihan (39%), serta perkhidmatan pengurusan fasiliti (10%).

Faktor lain yang anda perlu tahu tentang IPO ini adalah nisbah PE syarikat KJTS (26.0) adalah lebih tinggi jika dibandingkan pesaing lain seperti EDGENTA (16.8) dan GFM (8.6). Selain itu, syarikat KJTS mencatatkan keuntungan margin sebanyak (7.6%), lebih tinggi berbanding beberapa pesaing lain, tetapi lebih rendah berbanding GFM (13%). 

Dana yang diperoleh dari penyenaraian IPO ini membolehkan KJTS mengembangkan pasaran lebih baik pada masa hadapan, tertakluk bagaimana cara keberkesanan dana ini diuruskan oleh pihak pengurusan.


< kembali ke laman blog utama