UMUM

31-JUL-2023

Lyndung Diri Anda dengan Perkongsian Perubatan Serendah RM 10 Sebulan


 


Dalam usaha memperluaskan inisiatif terhadap penyelesaian digital kepada komuniti, syarikat iSaham yang merupakan peneraju dalam penyelesaian pusat tunggal bagi pelabur untuk melakukan analisis pasaran saham telah mengorak langkah melalui penubuhan anak syarikatnya, Lyndung Sdn. Bhd. yang menyediakan Program Perkongsian Komuniti patuh Syariah untuk bil perubatan.

Umum mengetahui bahawa tekanan inflasi telah memberi kesan kenaikan terhadap kos sara hidup termasuk peningkatan dalam kos perubatan. Rentetan itu, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih belum memiliki pelan perlindungan perubatan kerana kurang berkemampuan untuk mendapatkannya.

Dengan visi Lyndung untuk mewujudkan sebuah komuniti di mana penjagaan perubatan dapat diakses dengan mudah dan berpatutan, Lyndung memberi nafas baharu kepada rakyat Malaysia untuk merasai pengalaman kemudahan penjagaan kesihatan melalui Program Perkongsian yang ditawarkan. 

lyndung content thumbnail

Apa itu Lyndung?

Secara ringkas, Lyndung merupakan sebuah Program Perkongsian Komuniti patuh Syariah yang membolehkan ahli komuniti berkongsi bil perubatan secara sama rata untuk mendapatkan akses kepada fasiliti perubatan pada harga yang mampu milik. Melalui program ini, ahli komuniti dapat menikmati manfaat perkongsian perubatan dan rawatan di hospital serendah RM 10 sebulan atau RM 120 setahun.

lyndung fee

Bagaimanakah cara perkongsian bil perubatan di Lyndung?

Perkongsian bil perubatan di Lyndung hanya berlaku jika terdapat ahli Lyndung yang dimasukkan ke hospital pada sesuatu bulan. Sebagai contoh, jika seorang ahli Lyndung telah dimasukkan ke hospital pada bulan X dan jumlah bil perubatan yang dikenakan adalah sebanyak RM 10,000, bil perubatan tersebut akan dibahagikan secara sama rata kepada semua ahli Lyndung. Dengan mengambil contoh ahli komuniti Lyndung seramai 1,000 orang, maka jumlah perkongsian adalah sebanyak RM 10 seorang. 

Selain itu, Perkongsian Perubatan juga telah dihadkan kepada RM 50 sebulan untuk meringankan beban kewangan ahli komuniti Lyndung. Jika Perkongsian Perubatan pada suatu bulan melebihi RM 50, baki Sumbangan Perkongsian akan dibawa ke bulan hadapan. Sebagai contoh, jika pada bulan X, Perkongsian Perubatan adalah bernilai RM 80, maka pada bulan tersebut, Sumbangan Perkongsian ahli akan ditolak sebanyak RM 50 sahaja. Baki daripada Perkongsian Perubatan sebanyak RM 30 pula akan ditolak pada bulan seterusnya. 

Lyndung bukan merupakan syarikat insurans atau takaful yang menawarkan produk seperti kad perubatan. Tetapi sebaliknya, Lyndung adalah sebuah program perkongsian komuniti untuk bil perubatan yang mempunyai konsep seakan sama dengan khairat. 

Buat masa ini, penyertaan Lyndung hanya dibuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 hingga 40 tahun, tanpa sebarang penyakit sedia ada. Had umur ini hanya ditetapkan untuk pendaftaran sahaja. Walaupun anda telah melebihi usia 40 tahun, anda masih boleh menikmati manfaat perkongsian selagi keahlian tersebut kekal aktif.

Apa manfaat perkongsian yang diperoleh?

Individu

Berikut adalah ringkasan manfaat perkongsian untuk setiap ahli Lyndung:

lyndung manfaat perkongsian individu

Disclaimer: Maklumat berkenaan manfaat penuh termasuk senarai perkara-perkara yang tidak layak untuk dikongsi dan senarai penyakit khusus boleh didapati di Perkara 7, 8 dan 10 di dalam Manual Ahli.

Manfaat Program Perkongsian bagi individu bergantung kepada tempoh menunggu secara berperingkat selepas mendaftar Lyndung. Berikut adalah peringkat-peringkat tempoh menunggu yang ahli Lyndung perlu lalui:

lyndung waiting period
 

Korporat

Lyndung juga terbuka kepada Perusahaan Mikro, Kecil & Sederhana (Micro & SME) yang ingin menyediakan manfaat kebajikan perubatan kepada pekerja. Melalui Program Korporat Lyndung, pihak syarikat dapat menyediakan manfaat kebajikan perubatan kepada pekerja tanpa begitu membebankan kewangan syarikat. 

Berikut adalah antara kelebihan Program Lyndung Korporat:

lyndung corporate benefit

Referral & Affiliate

Lyndung turut memberi ganjaran kepada ahli yang mempromosikan Lyndung kepada keluarga dan kenalan mereka melalui program Referral Lyndung. Sekiranya anda tidak melepasi syarat untuk menjadi ahli Lyndung, anda juga boleh membantu mempromosikan Lyndung sambil menjana pendapatan tambahan melalui program Affiliate Lyndung. 

Maklumat lanjut mengenai program affiliate ini boleh didapati di program Affiliate Lyndung.

Kenapa perlu memilih Lyndung?

Walaupun Program Perkongsian ini baru sahaja dilancarkan sekitar Mac tahun ini, Lyndung telah berjaya mendapat liputan meluas daripada pihak media seperti Berita Harian dan SUKE TV. Pempengaruh media sosial turut memberi respon yang positif terhadap program Lyndung. Lebih menarik, secara keseluruhannya, ahli-ahli Lyndung sedia ada turut berpuas hati dengan program ini dan memberikan testimonial yang positif kepada Lyndung.

lyndung berita harian

Antara kelebihan lain yang anda perlu tahu jika anda memilih Lyndung adalah seperti berikut:

1. Program patuh Syariah

Bagi anda yang ingin menyertai Lyndung, anda tidak perlu merasa was-was kerana Lyndung telah menerima sijil patuh Syariah daripada Tawafuq Consultancy untuk Program Perkongsian Komuniti Lyndung. 

2. Sumbangan Perkongsian dikendalikan oleh AWARIS

Bagi menjaga ketelusan dan integriti program Lyndung ini, Sumbangan Perkongsian ini dikendalikan oleh Amanah Warisan Berhad (AWARIS) yang merupakan syarikat amanah patuh Syariah dan berdaftar di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. 

3. Pengurusan kemasukan ke hospital oleh TPA 

Lyndung juga melantik Juruaudit Perubatan Profesional Ketiga (TPA) yang akan menguruskan perkara-perkara berkaitan mengenai kemasukan ke hospital termasuk penilaian perubatan dan audit tuntutan.

4. Fi keahlian yang rendah

Fi keahlian yang sangat rendah iaitu hanya RM 10 sebulan kerana Lyndung mempunyai kepakaran teknologi dalaman dan tidak menggunakan khidmat ejen. Oleh itu, program ini amat sesuai kepada anda yang sukakan penjimatan dan tidak mahu berbelanja lebih. 

5. Lebih daripada 200 hospital panel

Lyndung menawarkan lebih daripada 200 hospital panel termasuk Sabah dan Sarawak. Sememangnya, manfaat ini memberi kemudahkan kepada ahli komuniti untuk mendapatkan rawatan di lokasi berhampiran.

Jom lindungi diri anda dengan Lyndung hari ini!

lyndung conclusion

Dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi, program Lyndung yang berkonsepkan perkongsian sama rata merupakan alternatif terbaik untuk anda yang ingin mengurangkan beban kewangan pada harga mampu milik. Jika kita ingin bandingkan harga keahlian yang serendah RM 10 sebulan serta Perkongsian Perubatan yang hanya berlaku apabila perlu sahaja, manfaat perkongsian yang ditawarkan kepada ahli komuniti adalah sangat berbaloi. Bagi anda yang masih belum menyertai Program ini, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar sebagai ahli Lyndung dan menjadi sebahagian daripada komuniti Lyndung.

Pautan: Lyndung


< kembali ke laman blog utama