IPO

14-NOV-2023

Panda Eco - Pakar Penyelesaian Pengurusan Runcit


 


Panda Eco System Berhad

Butiran IPO syarikat Panda Eco

Butiran IPO syarikat Panda Eco

Latar belakang perniagaan syarikat

Panda Eco System Berhad, melalui anak syarikatnya terlibat dalam pembangunan, penyesuaian, pelaksanaan dan penyepaduan Eko-sistem Pengurusan Runcit. Selain itu, Panda Eco juga terlibat dalam perdagangan perisian pihak ketiga, perdagangan perkakasan IT serta penyesuaian perisian, pelaksanaan dan penyepaduan proses penyelesaian kawalan dan automasi.

Model perniagaan syarikat adalah seperti di bawah:

Latar belakang perniagaan syarikat

Eko-sistem Pengurusan Runcit ini menyelaraskan operasi runcit dengan menawarkan penyelesaian untuk pengurusan POS, CRM, e-dagang, rantaian bekalan dan pengurusan kewangan dan perakaunan. Sistem ini memastikan aliran maklumat yang lancar di kalangan jabatan, kedai runcit dan pembekal dalam rantaian runcit. Ia meningkatkan kecekapan dengan menghubungkan proses yang saling berkaitan.

Latar belakang syarikat

Prestasi kewangan syarikat

Secara keseluruhan, syarikat Panda Eco menunjukkan prestasi pendapatan dan keuntungan selepas cukai yang positif dari tahun kewangan 2019 hingga 2022. Pendapatan utama syarikat diperoleh melalui segmen Eko-sistem Pengurusan Runcit.

Prestasi kewangan syarikat

Berdasarkan segmen pelanggan, pelanggan daripada segmen kedai runcit adalah penyumbang utama kepada pendapatan syarikat sebanyak 67% bagi tahun kewangan 2022, diikuti dengan pelanggan daripada segmen pembekal kedai rangkaian runcit menyumbang sebanyak 15.1% kepada pendapatan syarikat. Segmen lain yang termasuk pembuatan, bengkel kereta, F&B, pembinaan dan sebagainya menyumbang 10.4% kepada pendapatan syarikat bagi tahun kewangan 2022.

Segmen pelanggan

Pelanggan utama syarikat

Komposisi pelanggan utama syarikat Panda Eco berbeza-beza setiap tahun berdasarkan projek Ekosistem Runcit mereka pada tahun kewangan tersebut. Gambar di bawah menunjukkan lima pelanggan utama bagi tahun kewangan 2022. TF Value Mart Sdn Bhd dan Bataras Sdn Berhad adalah antara pelanggan utama yang mengekalkan hubungan perniagaan dengan Panda Eco selama lebih kurang 11 tahun.

Pelanggan utama syarikat

Gambar di bawah menunjukkan antara pelanggan syarikat Panda Eco System Berhad termasuk, Hero Market, Elewsmart, CC Fresh dan pelbagai lagi.

Pelanggan syarikat

Penggunaan dana daripada IPO

Dana yang diperoleh daripada IPO iaitu sebanyak RM17.5 juta akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:

Dana IPO

Majoriti dana yang diperolehi dari penyenaraian IPO iaitu sebanyak RM 3 juta mewakili 17.2% akan digunakan untuk pengembangan HQ untuk menampung perkembangan CTS dan jabatan Kejuruteraan Pembangunan Perisian. Kemudian, RM 2.8 juta mewakili 16.2% digunakan untuk perbelanjaan modal kerja untuk pembeliaan perkakasan IT dan perbelanjaan pengiklanan dan promosi di Malaysia.

Selain itu, dana IPO ini akan digunakan untuk kajian & penyelidikan, perluasan serantau di negara ASEAN (seperti Indonesia dan Filipina) dan menubuhkan hab perkhidmatan tambahan dan mengembangkan tenaga kerja di hab perkhidmatan sedia ada di Malaysia, serta perluasan jabatan CTS di Melaka. Selebihnya akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.

Secara keseluruhan, dana IPO ini digunakan untuk tujuan pengembangan perniagaan syarikat, termasuklah kemudahan dan ibu pejabat, serta modal kerja.

Saiz industri penyelesaian pengurusan runcit

Berdasarkan laporan IMR, industri penyelesaian pengurusan runcit di Malaysia dikira daripada pendapatan pemain industri penyelesaian pengurusan runcit tempatan dan antarabangsa di negara ini. Industri penyelesaian pengurusan runcit di Malaysia meningkat daripada RM176.1 juta pada 2018 kepada RM351.1 juta pada 2022 dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 18.8%. Menurut laporan IMR, PROVIDENCE meramalkan industri penyelesaian pengurusan runcit di Malaysia berkembang sebanyak CAGR 18.4%, daripada anggaran RM415.7 juta pada 2023 kepada RM582.8 juta pada 2025.

Prestasi industri

Rakan persaingan

Berikut merupakan senarai syarikat yang terlibat dalam industri sama dan pesaing kepada Panda Eco System Berhad. Syarikat Autocount Dotcom Berhad merupakan pesaing yang telah disenaraikan di Pasaran Bursa Malaysia.

Pesaing syarikat
Pesaing syarikat
Pesaing syarikat

Perbincangan

Syarikat Panda Eco System Berhad terlibat dengan Eko-sistem Pengurusan Runcit, di mana pelanggan mereka adalah daripada segmen runcit termasuk pasar raya, kedai runcit, pasar raya besar, gedung serbaneka, rantaian pasar mini dan sebagainya.

Panda Eco menunjukkan pertumbuhan pendapatan yang meningkat dari tahun kewangan 2019 hingga tahun kewangan 2022. Dana IPO syarikat akan dimanfaatkan kepada pengembangan perniagaan mereka.

Menurut laporan IMR, PROVIDENCE meramalkan saiz industri penyelesaian pengurusan runcit di Malaysia akan berkembang dan mencatatkan CAGR sebanyak 18.4% antara 2023 dan 2025, dan Panda Eco berkemungkinan mendapat manfaat daripada pandangan positif industri ini. Namun begitu, syarikat masih perlu membuktikan keberkesanan perancangan mereka apabila disenaraikan di Bursa Malaysia.


< kembali ke laman blog utama