UMUM

24-NOV-2023

Saham Terkini Patuh Syariah November 2023


 


Setiap tahun pada bulan Mei dan November, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan mengeluarkan senarai saham patuh syariah yang terkini. Ada yang bertukar daripada tak syariah kepada syariah dan sebaliknya mengikut penilaian dan tanda aras yang teliti.

Untuk kebanyakan pelabur yang melabur dalam saham patuh syariah mungkin kurang menganalisa saham tidak patuh syariah. Jadi, kami masukkan dalam sector list kami saham yang baru sahaja diklasifikasikan sebagai patuh syariah dan tidak patuh syariah untuk memudahkan anda membuat kajian untuk saham-saham ini.

Senarai penuh saham yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-shariah

Senarai penuh saham yang baru dikeluarkan daripada senarai patuh syariah: http://www.isaham.my/sector/new-non-shariah

Rujukan untuk senarai diatas dan tanda aras yang digunakan: https://www.sc.com.my/development/icm/shariah-compliant-securities/shariah-compliant-securities-screening-methodology

Garis panduan pelupusan saham yang baru bertukar status kepada tidak syariah: https://www.isaham.my/blog/apa-nak-buat-saham-bertukar-status-kepada-tak-syariah

IPO baru tersenarai patuh syariah

IPO Shariah

Antara IPO yang baru dan patuh syariah disenaraikan sejak Mei 2023 adalah:

  1. Cloudpoint Technology Bhd
  2. Daythree Digital Bhd
  3. Edelteq Holdings Bhd
  4. KGW Group Bhd
  5. Minox International Group Bhd
  6. MST Golf Group Bhd
  7. Radium Development Bhd
  8. Skyworld Development Bhd
  9. SSF Home Group Bhd
  10. Synergy House Bhd

Sejak Mei 2023, ada 16 IPO baru yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia, 12 daripadanya telah pun dikelaskan sebagai patuh syariah sebelum disenaraikan lagi. Saham CLOUDPT, DAY3, EDELTEQ, KGW, MINOX, MSTGOLF, RADIUM, SKYWLD, SSF dan SYNERGY adalah IPO yang telah diklasifikasikan sebagai saham patuh syariah sejak tawaran awam permulaan.

Terdapat juga beberapa saham yang tidak dinilaikan sebagai saham patuh syariah atau tidak mempunyai apa-apa status syariah sebelum disenaraikan di Bursa Malaysia, iaitu PLYTEC dan GLXT.

Oppstar, ASB dan MSC kini patuh syariah

Shariah-compliant  securities

Ada 31 keseluruhan syarikat dalam senarai saham patuh syariah yang baru. Antara saham tersebut ada disebutkan dalam pasaran LEAP.

Pada November 2022, syarikat ASB, UCREST, dan Tan Chong Motor dikelaskan sebagai saham tidak patuh shariah, tetapi kali ini masuk semula dalam senarai saham patuh syariah. Sementara itu, syarikat Oppstar yang terlibat dalam industri teknologi dan semikonduktor juga telah dikelaskan sebagai saham patuh syariah. Antara saham lain yang baru diklasifikasikan sebagai patuh syariah boleh rujuk di sini.

Ann Joo, AppAsia dan Advancecon memasuki senarai tidak patuh syariah

Non-compliant securities

Sejumlah 26 saham telah bertukar status dari syariah kepada tak patuh syariah. Antara highlight yang kami boleh tuliskan ialah ANNJOO, ADVCON, APPASIA, MBL, dan selebihnya.

Mungkin ada yang giat mendagangkan saham ini dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Kini anda tidak lagi boleh berbuat demikian. Sekiranya anda memegang saham ini, boleh ikut panduan kami untuk lupuskan saham yang bertukar status ini.


< kembali ke laman blog utama