IPO

17-JAN-2024

TSA - Penyedia Perkakasan Industri


 


TSA Group

Butiran IPO Syarikat TSA

Butiran IPO
Sumber: iSaham IPO Analysis

Latar belakang perniagaan syarikat

TSA Group Berhad terlibat dalam perdagangan keluli tahan karat dan pelbagai barangan logam, perkakasan dan produk lain. Selain itu, syarikat ini juga terlibat secara aktif dalam pengeluaran paip keluli tahan karat dan pemprosesan produk keluli tahan karat.

Model perniagaan syarikat adalah seperti di bawah:

Model perniagaan
Sumber: Prospektus syarikat

Produk yang syarikat TSA bekalkan kepada pelanggan mempunyai pelbagai aplikasi, contoh seperti berikut:

Kegunaan produk
Sumber: Prospektus syarikat

Prestasi kewangan syarikat

Secara keseluruhan, syarikat TSA menunjukkan prestasi pendapatan dan keuntungan selepas cukai yang positif dan meningkat setiap tahun dari tahun kewangan 2020 hingga 2022.

Prestasi kewangan
Sumber: Prospektus syarikat

Pembahagian pendapatan syarikat TSA mengikut aktiviti perniagaan adalah seperti berikut:

Pembahagian pendapatan
Sumber: Prospektus syarikat

Jika lihat pada gambar di atas, pendapatan syarikat kebanyakannya datang dari segmen perdagangan iaitu sebanyak 62% bagi tahun kewangan 2023, diikuti dengan segmen pembuatan (30%), dan pemprosesan (7%) produk logam, terutamanya keluli tahan karat.

Pasaran geografi

Pembahagian pendapatan syarikat mengikut pasaran geografi adalah seperti berikut:

Pasaran geografi
Sumber: Prospektus syarikat

Malaysia adalah pasaran utama syarikat TSA, di mana 81% daripada pendapatan syarikat adalah datang dari pasaran Malaysia. Diikuti dengan Singapura (15%), Thailand (1.1%) dan negara-negara lain (3.1%).

Penggunaan dana daripada IPO

Dana yang diperoleh daripada IPO iaitu sebanyak RM42.53 juta akan digunakan untuk tujuan seperti berikut:

Dana IPO
Sumber: Prospektus syarikat

Majoriti dana yang diperolehi dari penyenaraian IPO, iaitu mewakili 47% daripada keseluruhan dana IPO akan digunakan untuk pembayaran balik pinjaman bank dalam masa 5 bulan. Seterusnya, 29% daripada dana IPO ini akan dimanfaatkan untuk modal kerja iaitu untuk pembelian bahan dan produk seperti produk keluli tahan karat dan perkakasan dan produk logam lain.

Syarikat TSA juga akan menggunakan RM5.1 juta, 12% daripada dana IPO untuk perbelanjaan modal bagi penubuhan premis pengilangan Semenyih. Baki selebihnya akan digunakan untuk perbelanjaan penyenaraian.

Analisis bisnes dan industri TSA

Struktur industri keluli tahan karat

Industri keluli tahan karat bermula dengan mengekstrak bijih besi dan mengubahnya menjadi produk utama seperti jongkong dan produk rata (slab) melalui pengaloian. Kemudian, digulung untuk menjadi rod, bar, plat, kepingan dan gegelung, sama ada dalam bentuk panas atau sejuk. Disebabkan oleh dimensi yang berbeza-beza, penggulungan selanjutnya dilakukan untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Struktur industri
Sumber: Prospektus syarikat

Syarikat TSA terlibat dalam perdagangan dan pemprosesan produk rata dan panjang, serta pembuatan paip keluli tahan karat menggunakan produk rata sebagai bahan input seperti rajah di atas.

Prestasi industri keluli tahan karat di Malaysia

Nilai import dan jumlah import produk gulung:

Import
Sumber: Prospektus syarikat

Nilai eksport dan jumlah eksport produk gulung:

Eksport
Sumber: Prospektus syarikat

Rakan persaingan

Antara pesaing atau syarikat yang terlibat dalam industri yang sama dengan syarikat TSA telah disenaraikan dalam prospektus seperti berikut:

Pesaing
Sumber: Prospektus syarikat

Pesaing syarikat TSA di dalam industri dipilih berdasarkan kriteria seperti berikut:

Syarikat Pantech, Prestar dan Leon Fuat merupakan antara pesaing syarikat TSA yang telah disenaraikan di Bursa Malaysia. Sebagai perbandingan, nisbah PE syarikat TSA ialah 4.23, lebih rendah daripada PE pesaing lain.

Perbincangan

Secara keseluruhan, syarikat TSA menunjukkan prestasi pendapatan dan keuntungan selepas cukai yang positif dan meningkat setiap tahun dari tahun kewangan 2020 hingga 2022.

Faktor lain yang anda perlu tahu tentang IPO ini adalah nisbah PE syarikat TSA (4.23) adalah lebih rendah jika dibandingkan pesaing lain seperti PANTECH (6.9) dan PRESTAR (11.0). Selain itu, syarikat KJTS mencatatkan keuntungan margin sebanyak (11.4%), lebih tinggi berbanding PRESTAR (1.9%), tetapi lebih rendah berbanding PANTECH (14.3%).

Melalui dana IPO, TSA merancang untuk menggunakan dana tersebut untuk pembayaran pinjaman bank dan mengembangkan perniagaan. Walaupun begitu, TSA perlu membuktikan keberkesanan strategi mereka apabila disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia tak lama lagi.


< kembali ke laman blog utama