22-FEB-2021

Eksport Balak dan Produk Berasaskan Balak Meningkat kepada RM23 billion menurut MPIC


AA    


Eksport balak dan produk berasaskan balak pada tahun 2021 telah meningkat kepada RM21 billion. Daripada jumlah itu, produk perabot yang dieksport bernilai RM12.3 billion.

Menurut Kementerian Perladangan, kementerian akan memastikan industri kayu-kayan tempatan kekal kompetitif di dalam negara dan juga di arena antarabangsa. Kementerian akan melaksanakan agenda ini melalui langkah-langkah yang akan diambil oleh MTIC dan MTIB.

Faktor yang menyebabkan peningkatan eksport produk kayu-kayan adalah seperti berikut:

Pemulihan ekonomi di negara Amerika dan China

Pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat dan China sepanjang 2021 akan memangkin pertumbuhan eksport produk kayu Malaysia ke negara-negara tersebut. Malah, pada tahun 2020, eksport kayu-kayan dan perabot hanya menguncup sebanyak 2.0% kepada 20.02 billion ringgit berbanding eksport pada tahun 2019 sebanyak 22.5 billion ringgit.

Ketika fasa pemulihan iaitu Mei hingga Disember, nilai eksport kayu-kayan dan perabot mula meningkat. Syarikat yang menghasilkan perabot dan sebagainya memulakan semula operasi dan mengambil tempahan produk mereka untuk eksport. Hasilnya, pada 2020, eksport produk perabot adalah sebanyak 12.3 billion berbanding 11.1 billion pada 2019.

Walaubagaimanapun, eksport plywood menurun kepada 2.8 billion ringgit pada 2020, berbanding 3.8 billion ringgit pada 2020. Hal ini kerana terdapat persaingan daripada Indonesia dan China. Selain itu, eksport ke Jepun juga merudum kerana industri pembinaan di sana sedang mengalami kelembapan.

Pasaran eksport yang berkembang maju untuk Malaysia - fakta dan statistik

Untuk pasaran Amerika, eksport berkembang kepada RM7.4 billion pada 2020 berbanding RM5 billion pada 2019, manakala untuk pasaran China pula, eksport berkembang kepada RM2.3 billion pada 2020 berbanding RM1.8 billion ringgit pada 2019.

Sebab di sebalik peningkatan eksport ke Amerika adalah pelan stimulus fiskal kerajaan Amerika yang merancakkan industri pembinaan.

Rumusan

Eksport produk kayu-kayan dan perabot Malaysia telah meningkat pada tahun 2020 berbanding tahun 2019. Peningkatan ini disumbangkan beberapa faktor seperti tersebut di atas. Kerajaan bertekad untuk memastikan eksport terus meningkat dan prospek adalah cerah memandangkan terdapat pemulihan ekonomi di dua pasaran terbesar Malaysia iaitu China dan Amerika.


< kembali ke laman blog utama