Tahap permulaan untuk melabur iaitu serendah 100 unit
Dengan satu transaksi, anda dapat mempelbagaikan portfolio dengan pelbagai saham dengan segera
Yuran pengurusan ETF biasanya lebih rendah daripada unit trust. Kos melabur dalam saham individu secara langsung adalah lebih tinggi
Pendedahan kepada saham yang tersenarai di luar negara yang sukar diakses secara langsung
Pedagang boleh menjana keuntungan dengan pendapatan modal dan agihan pendapatan iaitu dividen.
ETF boleh didagangkan pada jangka masa yang panjang bagi melengkapkan portfolio pedagang.
Sesetengah pelabur cuba meramal pergerakan pasaran (market movement) dan membeli atau menjual ETF berdasarkan ramalan tersebut. Menentukan pergerakan pasaran boleh menjadi mencabar dan berisiko.
Sebagai alternatif, pelabur boleh fokus kepada masa dalam pasaran melalui kaedah purata kos dollar atau 'Dollar Cost Averaging' (DCA).
DCA adalah kaedah melabur dalam jumlah yang tetap pada suatu jangka masa tetap, seperti bulanan. Sebagai contoh, membeli lebih banyak unit ETF pada harga rendah dan sebaliknya pada harga tinggi.
Dengan DCA, kos belian semasa fluktuasi dapat diratakan.