UMUM

23-FEB-2021

Pasaran Hangat Nilai Kripto


AZ    


Fenomena pasaran kripto semakin hangat dibincangkan di laman sosial ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Peningkatan mendadak nilai kripto telah menarik ramai para pelabur untuk menceburi pasaran ini. Nilai kripto ada pelbagai seperti, bitcoin, cardano, ethereum, litecoin dan lain-lain. Persoalannya bagaimana nilai mata wang kripto telah mendapat sambutan semula, walhal begitu suram pada tahun lepas?

Peningkatan Berlipat Ganda (Graf)

Berdasarkan kajian teknikal nilai mata wang Kripto telah meningkat berlipat ganda berbanding pada tahun 2020. Peningkatan ini menyebabkan nilai Bitcoin mencapai ATH (all time high) dan mencapai nilai tertinggi AS$57,487.03 (RM232,411). Selepas konsisten mengalami peningkatan, tanpa diduga nilai Bitcoin merosot sebanyak 14 peratus pada 23/2/2021. Penyusutan dikatakan disebabkan tweet yang dilakukan oleh Elon Musk pada 20/2/2021.

Tweet Elon Musk Mempengaruhi

Peningkatan ini bermula apabila Ketua Pegawai Eksekutif Tesla iaitu Elon Musk membuat tweet #bitcoin di twitter peribadinya pada akhir Januari. Kesannya nilai mata wang kripto Bitcoin telah meningkat sebanyak lebih 20 peratus kepada AS$38,566 (RM155,903). Elon Musk juga telah membeli AS$1.5 billion (RM6.09 billion) nilai bitcoin dan berhasrat menerima nilai mata wang tersebut sebagai pembelian kereta Tesla. Secara langsung, Tesla akan menjadi pemain industri pertama automotif menerima bitcoin sebagai kaedah pembayaran.

Keuntungan

Berdasarkan kajian penganalisis Daniel Ives, dari Wedbush Securities Tesla telah menerima keuntungan sebanyak AS$1 bilion (RM4.04 bilion) hasil pelaburan dalam mata wang kripto Bitcoin dalam tempoh sebulan. Apa yang menariknya, keuntungan ini lebih tinggi berbanding penjualan kereta elektrik yang dihasilkan Tesla sepanjang tahun 2020. Elon Musk membuat pembelian disebabkan mempelbagaikan nilai pelaburan.

Kerugian

Dalam setiap pelaburan pasti tidak terlepas mengalami kerugian. Disangka panas pada pagi hari, rupanya hujan yang turun. Pada 24/2/2021 nilai pasaran bitcoin telah menjunam ke paras terendah pada (RM194,891.26) selepas meningkat sebanyak (RM 231,618.42). Kesan ini secara tidak langsung saham Tesla telah jatuh sebanyak 13.4 peratus dan mengalami kerugian AS$15 bilion. Kedudukan Elon Musk sebagai orang paling terkaya di dunia telah berjaya dipintas semula oleh Jeff Bezos disebabkan kerugian pelaburan Bitcoin.

Syarikat Terkemuka Mula Menerima

Pembayaran Digital

Pelaburan Bitcoin telah semakin meluas bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia. Penggunaan Bitcoin dan nilai mata wang Kripto yang lain sebagai transaksi pembayaran dalam perancangan oleh beberapa syarikat pembayaran digital seperti Google Pay dan Samsung Pay untuk pengguna Android serta Apple Pay melalui BitPay Card.

BNY MELLON

Bank of New York Mellon merupakan bank tertua ditubuhkan pada bulan Jun 1784. BNY memiliki aset sekitar AS$ 2 trilion telah menyatakan hasrat menerima nilai Bitcoin dan nilai mata wang Kripto yang lain daripada pelanggan. Penerimaan ini meliputi urusan transaksi bank, hartanah, aset sekuriti token dan lain-lain. BNY telah bekerjasama dengan dengan firma syarikat digital Fireblocks untuk perkhidmatan ini.

Isu Di Malaysia

Disebalik kerancakan peningkatan nilai kripto, lain pulak berlakunya di Malaysia. Isu kecurian elektrik bagi kegiatan melombong mata wang kripto bitcoin semakin berleluasa serta menyebabkan Tenaga Nasional Berhad mengalami kerugian berjuta-juta ringgit setiap tahun. Apa yang musykilnya salah satu kes yang berlaku, suspek hanya membayar duit elektrik sebanyak RM10 sebulan selepas membuat penyambungan haram.

Demi menjadi "jutawan kripto" segera, golongan ni sanggup mencuri untuk memastikan mesin perlombongan digital beroperasi 24 jam. Adakah tindakan ini berbaloi?. Secara teorinya semakih banyak mesin melombong bitcoin digunapakai, semakin tinggi ganjaran diperolehi dan lebih tinggi kos bekalan elektrik yang diperlukan.

Gambar : Aktiviti kecurian elektrik secara haram (hmetro.com dan foto Luqman Hakim Zubir)

< kembali ke laman blog utama