IPO

06-AUG-2020

3 IPO Baru yang Anda Boleh Pohon Sekarang dengan MITI


FN    


Sebelum berlakunya epidemik wabak Covid-19 ini, Bursa telah pun menjangka sebilangan IPO dalam perancangan dalam tahun ini. Namun tiada siapa sangka, wabak ini berlaku dan menangguh perancangan ini. Kini, ada tiga saham yang anda boleh mohon melalui MITI. Syarikat-syarikat yang bakal disenaraikan ini boleh dikatakan agak menarik untuk dibeli.

senarai saham online miti 6 Ogos 2020

Econframe Berhad

Tarikh permohonan: 3 - 10 Ogos 12.30PM

Econframe adalah syarikat reka bentuk dan pengeluar bingkai besi untuk pintu dan tingkap. Syarikat ini telah beroperasi sejak tahun 2001 dan beroperasi di Sungai Rasau, Klang. Antara kepelbagaian produk jualan Econframe adalah pintu rintangan api, pintu besi dan komponen pintu (ironmongery). Bingkai pintu Econframe digunakan oleh pelbagai pemaju terkemuka seperti Aset Kayamas, Eco World, Gamuda, IJM, SP Setia dan banyak lagi.

prestasi kewangan econframe

Jika melihat pada 3 tahun prestasi kewangan, kita dapat lihat bahawa pendapatan dan keuntungan Econframe semakin meningkat dengan konsisten.

Dana IPO akan digunakan untuk tujuan tersebut:

Samaiden Group Berhad

Tarikh permohonan: 4 - 11 Ogos 12PM

Samaiden telah ditubuhkan pada tahun 2013 sebagai kontraktor pemasangan sistem solar PV di bangunan perumahan. Syarikat ini telah berkembang kepada penawaran perkhidmatan rundingan, perancangan dan EPCC. Antara projek EPCC di bawah Samaiden Group yang telah siap adalah stesen janakuasa solar PV dengan kapasiti 23.7 MW di Seberang Perai. Samaiden juga telah memasuki pasaran Vietnam pada Oktober 2019, dan akan terus mengembangkan operasi perniagaan ke sana.

prestasi kewangan samaiden

Samaiden Group juga mencatatkan pendapatan dan keuntungan yang semakin meningkat secara konsisten. Tambahan di sini, kita dapat lihat kenaikan yang mendadak dalam tiga tahun sehingga 2019.

Dana IPO akan digunakan untuk tujuan di bawah:

Aneka Holdings Berhad

Tarikh permohonan: 4 - 11 Ogos 12PM

Syarikat ketiga yang dibuka untuk permohonan IPO MITI pula adalah Aneka Holdings Berhad yang menjalankan bisnes pembinaan. Aneka Holdings terlibat dalam pembinaan asas bangunan dan pembinaan bawah tanah (basement). Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2001 dengan projek binaan asas dan mula memasuki tanah Indonesia pada tahun 2014. Pendapatan utama syarikat sememangnya datang daripada dua jenis pembinaan ini, iaitu pembinaan asas dan bawah tanah, maka agak mudah untuk memahami bisnes syarikat ini.

prestasi kewangan aneka jaringan holdings

Pendapatan Aneka Holdings Berhad ada kenaikan dan penurunan. Namun, keuntungan selepas cukai mencatatkan kenaikan yang konsisten. Margin keuntungan syarikat juga meningkat ke 9% pada laporan tahunan terkini.

Dana IPO akan digunakan untuk tujuan berikut:

Cara Memohon IPO melalui MITI

Sekiranya anda ingin tahu cara-cara memohon IPO ini, boleh pergi ke post ini. Sekiranya perlu mendaftar, anda boleh ikut langkah-langkah di dalam post tersebut. Panduan untuk cara permohonan juga dituliskan dalam post yang sama. Permohonan lengkap perlu dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.


< kembali ke laman blog utama