Bila boleh jual saham ini? Nak hold, tapi dekat mana nak take profit nanti?
Menentukan masa dan harga apa untuk jual saham adalah aspek penting dalam strategi pedagang. Walaupun dah buat pelan dagangan, cabaran timbul apabila pedagang mempertimbangkan sama ada nak hold saham itu semasa aliran menaik yang kuat.
Ada banyak teknik lain yang boleh memberi isyarat bahawa sesuatu saham tu berpotensi untuk membuat pembalikan aliran (dari aliran menaik ke aliran menurun). Salah satunya ialah dengan corak candlestick. Mengenali dan mentafsir bearish candlestick ini boleh membantu anda membuat keputusan dagangan.
Dalam blog kali ini kami akan mengupas beberapa jenis bearish candlestick yang anda perlu tahu.
Bearish candlestick
Corak candlestick ini ialah gabungan satu atau lebih candlestick pada carta harga yang menunjukkan potensi pembalikan harga menurun (bearish) atau penerusan trend menurun. Contoh corak candlestick ini ialah seperti di bawah:
1. Shooting Star
- Rupa bentuk: Shooting star ialah candlestick merah atau hijau dengan bayang atas (upper shadow) yang panjang, bayang bawah (lower shadow) yang pendek atau tiada langsung, dan badan candle yang kecil.
- Pembentukan: Kebiasaanya berlaku pada puncak aliran menaik.
- Kepentingan candle: Memberi isyarat kemungkinan pembalikan aliran (dari aliran menaik ke aliran menurun). Corak ini menunjukkan momentum kenaikan harga sesuatu saham itu semakin lemah dan penjual lebih banyak dari pembeli.
- Nota: Cari pengesahan daripada penunjuk teknikal lain seperti indikator yang menunjukkan saham itu telah terlebih beli (overbought).
- Contoh shooting star seperti berikut:
2. Bearish Engulfing
- Rupa bentuk: Bearish engulfing ini ialah gabungan 2 candlestick. Candle pertama ialah candle berwarna hijau yang mempunyai badan atau bayang (shadow) yang agak kecil. Candle kedua pula ialah candle merah, harus "menelan" atau lebih besar dari candle hijau (candle pertama). Semakin tinggi atau besar candle kedua ini, semakin kuat potensi pembalikan arah dari aliran menaik ke aliran menurun.
- Pembentukan: Kebiasaanya berlaku pada puncak aliran menaik.
- Kepentingan candle: Menunjukkan penjual lebih banyak dari pembeli, bermaksud harga sesuatu saham itu berkemungkinan akan bertukar arah ke downtrend.
- Nota: Cari pengesahan daripada penunjuk teknikal lain seperti indikator yang menunjukkan saham itu telah terlebih beli (overbought) atau tandakan paras rintangan pada carta.
- Contoh bearish engulfing seperti berikut:
3. Bearish Harami
- Rupa bentuk: Bearish harami ini ialah gabungan 2 candlestick. Candle pertama ialah candle merah yang besar. Candle kedua pula ialah candle merah, di mana badannya lebih kecil dan terkandung sepenuhnya dalam badan candle pertama.
- Pembentukan: Kebiasaanya berlaku pada puncak atau semasa aliran menaik.
- Kepentingan corak: Memberi isyarat harga saham berkemungkinan membuat penurunan sementara dalam aliran menaik atau potensi membuat pembalikan aliran (dari aliran menaik ke aliran menurun), jika di sahkan dengan penunjuk teknikal lain.
- Nota: Tunggu beberapa candle berikutnya bersama dengan menggunakan penunjuk teknikal lain untuk mengesahkan potensi pembalikan arah ke downtrend.
- Contoh bearish harami seperti berikut:
4. Dark Cloud Cover
- Rupa bentuk: Dark cloud cover ialah gabungan 2 candlestick. Candle pertama ialah candle hijau yang besar. Candle kedua ialah candle merah yang dibuka di atas harga tutup sebelumnya atau gap up, dan harga ditutup di bawah titik tengah candle sebelumnya.
- Pembentukan: Kebiasaanya berlaku pada puncak aliran menaik.
- Kepentingan corak: Corak candlestick ini penting untuk diperhatikan, terutamanya jika ia terbentuk pada carta tempoh masa yang lebih tinggi, seperti carta harian.
- Nota: Cari pengesahan daripada penunjuk teknikal lain seperti indikator yang menunjukkan saham itu telah terlebih beli (overbought).
- Contoh dark cloud cover seperti berikut:
5.Three Black Crows
- Rupa: Three black crows adalah gabungan tiga candle, di mana ketiga-tiga candle ini adalah candle merah yang panjang berturut-turut. Setiap satu candle ditutup lebih rendah daripada yang sebelumnya.
- Pembentukan: Kebiasaanya berlaku dalam aliran menaik atau pada tahap rintangan.
- Kepentingan corak: Dengan tekanan jualan yang berterusan, corak candlestick ini memberi isyarat bahawa saham itu akan bertukar ke downtrend.
- Nota: Cari pengesahan tambahan daripada penunjuk volum untuk memastikan aliran menurun mempunyai momentum yang kuat.
- Contoh three black crows seperti berikut:
Kesimpulan
Corak candlestick merupakan salah satu teknik yang boleh digunakan oleh pedagang untuk mengesan pergerakan harga semasa membuat analisa teknikal. Walau bagaimanapun, ia adalah sekadar untuk membantu pedagang mencari peluang, dan tidak semestinya boleh memberi isyarat yang tepat untuk melakukan pembelian atau penjualan. Pengesahan tambahan boleh dibuat melalui penggunaan penunjuk teknikal lain seperti stochastic, RSI, MACD dan sebagainya.
Tidak kira kaedah atau teknik pembelajaran yang digunakan, yang paling penting mempunyai pelan dagangan sendiri supaya risiko kerugian yang dihadapi berada di dalam keadaan yang terkawal.
Untuk belajar bullish candlestick boleh baca blog kami di sini.