UMUM

17-JUL-2024

IPO EPB: Penyedia Mesin Pemprosesan & Pembungkusan Makanan


AA    


 

Butiran IPO EPB 

 

 

Menurut prospektus syarikat, EPB Group Berhad akan menerbitkan sebanyak 71.57 juta saham baharu dengan pembahagian sebanyak 19.57 juta dibuka kepada umum dengan harga tawaran RM0.56 seunit. Sebanyak 30.8 juta pula akan dikhususkan untuk pelabur Bumiputera melalui tawaran MITI dan 21.19 juta saham akan diagihkan kepada pengarah dan pekerja syarikat yang layak. EPB juga disahkan patuh Syariah oleh Securities Commisions.

 

Latar Belakang Syarikat

EPB Group Berhad merupakan sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pembuatan mesin pemprosesan dan pembungkusan makanan. EPB mula beroperasi pada tahun 1992 dengan nama New Tech Machinery. EPB memulakan perniagaan pertama dalam aktiviti perdagangan mesin pembungkusan makanan manual sebelum tahun 2005 syarikat ini memulakan transformasi untuk menjadi pusat dan penyedia pemprosesan dan pembungkusan makanan. EPB terus berkembang untuk tahun-tahun berikutnya dengan keterlibatan dalam produk baharu seperti pembungkusan sosej dan mesin pemprosesan dan pembungkusan robotik. Berikut merupakan perubahan produk EPB:

 

 

Model perniagaan syarikat adalah seperti berikut:

 

 

Prestasi Kewangan

 

 

Prospektus syarikat EPB mencatatkan pertumbuhan yang positif dari segi pendapatan dengan kenaikan pendapatan direkodkan dari tahun 2020 hingga 2023. Peningkatan yang paling ketara dapat dilihat untuk 2023 dengan kenaikan sebanyak RM33.01 juta. Peningkatan ketara ini disebabkan oleh kenaikan hasil jualan untuk pasaran Filipina dan salah satu pelanggan utama syarikat. Di samping itu, walaupun kos operasi turut, EPB masih mampu untuk mengekalkan kenaikan keuntungan syarikat dan margin keuntungan dari tahun 2020 hingga 2023 konsisten di atas 30%. Kenaikan kos operasi adalah seiring dengan kenaikan pendapatan syarikat yang mana lebih banyak kos yang perlu dikeluarkan untuk bahan mentah. Dari segi geografi, pelanggan EPB untuk tahun 2023, Filipina merupakan pelaggan utama syarikat dengan menyumbang kepada sebanyak 35.77% dari pendapatan EPB. Ia diikuti oleh Malaysia yang menyumbang sebanyak 30.35% dan Indonesia 25.81%. 

 

 

Penggunaan Dana IPO

 

 

Mengikut prospektus syarikat, EPB bercadang untuk menggunakan sebahagian besar dari dana hasil penyenaraian untuk mengembangkan lagi perniagaan dengan fokus untuk meluaskan lagi kilang semasa. Untuk itu, sebanyak RM13 juta atau 32.43% dari dana akan digunakan untuk mendapatkan sebidang tanah berkeluasan 7.89 ekar bersebelahan kilang semasa di Bukit Minyak, Penang. Di samping itu, sebanyak RM10.50 juta atau 26.2% akan digunakan untuk membina kilang kilang baharu berkeluasan 52 kaki persegi di tanah yang bakal dibeli. EPB turut bercadang untuk membeli beberapa mesin dengan nilai RM1.1 juta (2.74%) yang dijangka dapat meningkatkan lagi kecekapan hasil peningkatan pelanggan. Antara mesin yang akan dibeli adalah seperti berikut:

 

 

Selain dari mengembangkan perniagaan, dana yang diterima juga akan digunakan untuk dana kerja iaitu sebanyak RM8.47 juta atau 21.16% diperuntukkan dengan fokus tertumpu kepada pembelian bahan mentah. Baki sebanyak RM4 juta akan digunakan untuk membayar kos penyenaraian dan sebanyak RM3 juta digunakan untuk membayar hutang semasa syarikat.

 

Analisis Bisnes & Industri

EPB Group Berhad secara jelas terlibat dalam industri makanan (F&B) dengan fokus utama dalam pembuatan mesin pemprosesan dan pembungkusan makanan. Antara produk lain termasuk menyediakan selongsong selulosa yang digunakan dalam pembuatan sosej.

 

Prestasi Industri

 

 

Berdasarkan laporan IMR yang dikeluarkan oleh Protégé Associates, industri mesin pemprosesan makanan Malaysia dijangka akan terus berkembang dan akan mencapai saiz pasaran bernilai RM2.84 bilion. Bagi tahun 2024 hingga 2028, industri ini dijangka akan berkembang pada kadar 10.4%. Untuk tahun tahun sebelum ini, mengikut rekod industri ini berjaya berkembang setiap tahun dari tahun 2020 hingga tahun 2023. Perkembangan ini disokong oleh kekurangan tenaga kerja yang menyebabkan peningkatan penggunaan mesin untuk operasi automatik. 

 

Perbincangan

Sebagai rumusan, EPB Group Berhad merupakan syarikat yang terlibat dalam pembuatan mesin pemprosesan dan pembungkusan makanan dengan negara Filipina, Malaysia dan Indonesia merupakan penyumbang utama kepada pendapatan EPB. Dari segi kewangan, EPB merekodkan kewangan yang positif dengan kenaikan pendapatan direkodkan dari tahun 2020 hingga 2023 dan mampu mengekalkan margin keuntungan diatas 30%. Untuk penyenaraian ini, fokus utama EPB dalam menggunakan dana yang diperoleh ialah untuk mengembangkan lagi kilang sedia ada dengan pembelian tanah dan pembinaan kilang baharu disebelah kilang sedia ada. Sebagai tambahan, EPB turut becadang untuk membeli beberapa buah mesin dan membayar pinjaman. 

 


< kembali ke laman blog utama