UMUM

8-FEB-2021

AEON di Era Transformasi Digital


AA    


aeon thumbnail isaham

TA Securities memberikan harga sasaran buat AEON pada RM1.23. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada sentimen positif terhadap saham AEON ini. Pihak pengurusannya membuat usaha-usaha transformasi untuk kekal relevan dalam keadaan semasa. Mari kita lihat usaha tersebut seperti di bawah.

Pusat Beli Belah Digital

Pusat beli belah digital merupakan langkah yang dilaksanakan AEON. Di bawah langkah ini, ada MyAEON Fresh di mana barangan runcit boleh dipesan secara atas talian.

Berkolaborasi bersama Happy Fresh, AEON melaksanakan penghantaran yang cepat ke rumah pelanggan sekaligus memberikan servis nilai tambah buat penduduk ibu kota yang sibuk dan tidak dapat melanggan secara fizikal di AEON. Dengan berlanjutnya musim PKP, usaha ini dijangka akan mendapat sambutan baik pelanggan.

fresh myaeon website

Mengubah tawaran barang-barang

Usaha transformasi kedua AEON adalah mengubah tawaran barang-barang yang terdapat di AEON. Antaranya, memberikan tawaran barang-barang berharga 2.50 ringgit dan 5 ringgit sahaja. Begitu juga barang berharga RM10.00. Ini memberikan penjimatan sekaligus meningkatkan jualan di AEON. Ini membantu pemulihan prestasi kewangan AEON.

Konsep kedai sebegini adalah konsep kedai 2 ringgit buat setiap barang.

Rumusan

Sentimen positif buat AEON didasari 2 faktor utama iaitu pengurusan yang cekap membuat keputusan strategik: MyAEON Fresh dan kedai konsep 2 ringgit yang harganya tetap. AEON menyedari bahawa di saat ekonomi meruncing, harga memainkan peranan penting buat pelanggan terus membeli belah. Selain itu, perkhidmatan menghantar barang ke rumah membolehkan nilai tambah diberikan kepada hidup pelanggan.

Dalam erti kata lain, usaha transformasi pertama dan kedua sangat membantu pelanggan dari segi harga dan juga servis.

Mari kita lihat sebentar keputusan kewangan AEON.

aeon QR nov 2020

TA membuat unjuran AEON akan melaporkan keuntungan sebanyak 85.7 juta ringgit buat tahun kewangan 2020.

Bagi tahun kewangan 2021 dan 2022 pula, TA mengunjurkan keuntung AEON masing-masing sebanyak 117 juta dan 132 juta ringgit. Namun ini hanyalah sebuah unjuran, dan kita boleh tentukan sama ada meyakini kajian yang dibuat atau tidak. Tambahan pula, terdapat pelbagai lagi faktor di luar jangkaan yang boleh mengubah keadaan di masa akan datang.

Sumber: TA Securities Holdings Bhd, Update Report


< kembali ke laman blog utama