UMUM

21-JUL-2021

Alice Walton Antara Wanita Terkaya di Dunia


 


Setiap tahun Forbes akan mengeluarkan senarai golongan terkaya di dunia. Kebiasaannya senarai ini dimonopoli oleh golongan lelaki yang dikira berdasarkan nilai kekayaan seseorang. Namun pada Forbes ke-35, jumlah jutawan wanita telah meningkat kepada 328 orang berbanding 241 orang pada tahun 2020.

Daripada senarai 20 orang terkaya di dunia, terdapat dua orang wanita yang tersenarai dengan menduduki tangga ke-12 iaitu Francoise Bettencourt Meyers dan Alice Walton dengan menduduki tangga ke-17. Oleh itu blog kali ni, kita akan membincangkan mengenai Alice Walton yang berjaya menduduki wanita kedua terkaya di dunia.

Siapa Alice Walton?

Alice Walton dilahirkan pada 7 Oktober 1949 di sebuah kawasan yang bernama Newport, Arkansas. Bapanya merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan terkenal yang telah mengasaskan Walmart Inc (dulu dikenali Wal-Mart Stores) dan Sam's Club. Manakala ibunya, Helen Robson Walton adalah peminat setia dalam dunia lukisan seni dan rakan perniagaan kepada suaminya.

Alice merupakan anak bongsu dalam adik beradiknya dan mempunyai 3 orang abang iaitu Samuel Robson Walton (1944), John Thomas Walton (1946) dan Jim Carr Walton (1948). Setahun selepas kelahiran Alice, keluarganya telah berpindah ke Bentonville yang terletak di bahagian timur laut Arkansas dan menubuhkan kedai pertama yang dikenali "Walton's 5 &10". Kedai ini diambil sempena nama keluarga beliau.

Waltmart Muzium
Walmart Muzium yang mengambil konsep daripada kedai pertama yang ditubuhkan iaitu Walton's 5-10. Gambar: billontheroad.com

Zaman Persekolahan

Alice Walton juga seperti kanak-kanak yang lain yang mempunyai minat ketika zaman kecil. Minat terhadap bidang seni semakin terserlah apabila beliau telah membeli salinan lukisan Picasso's "Blue Nude" dengan bermodalkan sebanyak USD 25 sen. Selain itu, Alice adalah seorang aktif dengan aktiviti dunia luar seperti menunggang kuda, mengisi masa lapang dengan melukis cat air bersama ibunya ketika mengadakan aktiviti perkhemahan dan lain-lain.

Ketika menerima pendidikan di Bentonville High School (BHS) Alice terlibat dalam pelbagai persatuan seperti kelab bahasa Sepanyol, kelab seni dan lukisan serta kelab kemasyarakatan. Beliau juga berlakon sebagai pelakon pembantu dalam drama 'Pardon My Millions'.

Pada tahun 1967, beliau telah melanjutkan pengajian dalam jurusan Ijazah dalam bidang ekonomi dan kewangan di Universiti Trinity di San Antonio, Texas. Alice telah menamatkan pengajian pada tahun 1971 sebelum memasuki dunia pekerjaan.

Universiti Trinity
Gambar : trinity.edu

Bermulanya Kerjaya

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Trinity, Alice tidak menceburkan diri dalam perniagaan keluarganya berbanding 3 orang abangnya yang terlibat secara langsung dalam perniagaan Walmart. Walau bagaimanpun, Alice sempat menjadi penjual baju kanak-kanak di Walmart. Kerjaya ini tidak bertahan lama disebabkan Alice berpendapat tidak bersesuaian dengan dirinya.

First Commerce Corporation

Alice memulakan pekerjaan yang sebenarnya sebagai Analyst and Money Manager di First Commerce Corporation. Pekerjaan ini dilaksanakan oleh Alice dalam tempoh yang singkat.

Arvest Bank Group

Setelah meninggalkan First Commerce Corporation, Alice telah memegang jawatan sebagai vice chairperson dan ketua dalam semua aktiviti pelaburan di Arvest Bank Group. Selepas itu, Alice telah berpindah ke New Orleans untuk menjadi broker di firma broker saham E.F. Hutton.

Llama Company

Pada pertengahan tahun 80-an, Alice telah kembali ke Arkansas untuk membuka ladang kuda. Sepanjang memelihara kuda, Alice juga memasang niat untuk membuka perniagaan berkonsepkan keluarga (family business). Pada tahun 1988, beliau telah menubuhkan sebuah bank pelaburan kewangan yang dikenali Llama Company. Syarikat ini dijadikan sebagai anak syarikat Walton Enterprise.

Dalam syarikat ini Alice telah memegang jawatan sebagai CEO yang bercita-cita ingin meningkatkan semula ekonomi di Northwest Arkansas. Namun, Llama Company hanya bertahan selama 10 tahun dan ditutup pada tahun 1998. Selepas bersara dari dunia kewangan, Alice telah membawa semua kudanya dan memidahkan ladang ke Texas pada tahun yang sama. Ladang di Texas ini berkeluasan 3,200 ekar dan menjadikan salah satu perternak cutting horse terbaik pada ketika itu.

Alice pernah berkhidmat di sebuah bank yang dikenali Arvest Bank. Gambar: coconutsoftware.com

Pencinta Seni

Alice Walton merupakan peminat dan pencinta seni lukisan semenjak semenjak berusia 11 tahun. Lukisan pertama yang dibeli adalah "Blue Nude" karya Picasso's. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang seni lukisan, Alice Walton telah menubuhkan sebuah galeri seni lukisan yang dikenali Crystal Bridges Museum of American Art. Galeri ini telah dibina oleh Moshe Safdie dan dibuka secara rasmi pada 11 November 2011. Sejak dibuka, ia telah menerima sekitar 5 juta pengunjung yang terdiri daripada berlainan negara.

Selain itu, Alice Walton juga dikenali sebagai pembida misteri terhadap koleksi seni lukisan. Beliau sanggup berbelanja sebanyak jutaan dolar untuk mendapatkan lukisan tersebut. Antara lukisan yang berjaya dibida iaitu

Galeri Seni Crystal Bridge
Gambar : crystalbridges.org

Walmart

Walmart merupakan sebuah syarikat multinasional Amerika Syarikat yang terlibat dalam bidang peruncitan. Ia menguruskan pelbagai rangkaian seperti pasaraya, kedai runcit, kedai serbaneka dan perkhidmatan barangan secara dalam talian. Umumnya, syarikat ini ditubuhkan pada 1962 yang diasaskan oleh bapa Alice Walton iaitu Sam Walton.

Bermulanya daripada sebuah kedai sahaja, kini pada tahun 2018 Walmart mempunyai 11,277 kedai di 27 buah negara. Syarikat ini telah didagangkan secara awam pada tahun 1972 di pasaran Bursa Saham New York. Secara keseluruhannya, sebanyak 51% pegangan syer Walmart melalui syarikat induknya Walton Enterprises yang dipegang oleh keluarga Walton.

Pasaraya Waltmart
Gambar : britannica.com

Keluarga Walton

Berdasarkan penilaian Forbes pada tahun 2020, keluarga Walton dikategorikan sebagai keluarga yang terkaya yang melibatkan perniagaan berkeluarga di Amerika Syarikat. Ia mencatatkan anggaran kekayaan sebanyak USD 247 bilion.

Jumlah kekayaan yang dimiliki oleh Keluarga Walton pada tahun 2021:

Nilai Kekayaan

Pada suatu ketika, Alice telah memegang gelaran sebagai wanita terkaya di dunia pada tahun 2020. Namun kedudukan ini telah berjaya dipintas oleh cucu kepada pengasas Loreal iaitu Francoise Bettencourt Meyers. Nilai kekayaan, Alice telah meningkat kepada USD 61.2 bilion tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya sebanyak USD 54.4 bilion. Sebahagian besar kekayaan Alice diperolehi pegangan syer Walmart. Beliau memiliki saham Walmart melebihi USD 11 bilion pada bulan September 2016.

Pada tahun 2015, beliau telah menjual semua kuda peternakannya dan pindah ke Fort Worth, Texas. Penjualan ini disebabkan Alice ingin menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap Crystal Bridge. Galeri seni ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk. Hal ini demikian kerana, Alice ingin menyebarkan sejarah negara melalui seni lukisan.


< kembali ke laman blog utama