Sebagai seorang pekerja syarikat, pernahkah anda ditawarkan saham syarikat anda sama dengan harga discount atau percuma? Tawaran inilah yang dianggap sebagai ESOS. Dalam blog kali ini, iSaham akan menerangkan serba sedikit tentang ESOS, risiko dan potensi keuntungan yang mungkin diperoleh melaluinya.
Pengenalan ESOS
ESOS atau nama panjangnya Employee Share Options Scheme atau dalam Bahasa Melayunya Manfaat skim opsyen saham pekerja. ESOS merupakan salah satu bentuk penghargaan syarikat kepada pekerja. Cumanya, berbeza dalam bentuk wang ringgit, ia ditawarkan dalam bentuk saham syarikat tempat mereka bekerja. Jadi, ia boleh dianggap sebagai salah satu bonus kepada pekerja. Di Malaysia, ESOS dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. ESOS ditawarkan oleh syarikat kebiasaanya bagi tujuan mengekalkan pekerja mahir pada masa yang sama untuk memberikan motivasi kepada pekerja untuk terus berkhidmat.
Istilah berkaitan ESOS
ESOS adalah satu pilihan. Pekerja diberikan hak sama ada ingin menerima atau menolak tawaran ini. Sekiranya menerima tawaran saham ini, pekerja tidak menerima saham tersebut secara segera atau terus. Sebaliknya, saham akan diberikan pada tarikh pemberian seperti dalam tawaran. Antara istilah yang sering digunapakai ialah:
1. Vesting period: Tempoh masa pekerja perlu bekerja di syarikat sebelum hak ESOS boleh digunakan.
2. Strike price: Harga yang ditawarkan kepada pekerja untuk membeli saham. Kebiasaanya ditentukan syarikat berdasarkan harga semasa pasaran atau formula tertentu supaya pekerja mendapat tawaran yang adil.
3. Expiry date: Hari terakhir untuk pekerja menerima atau menolak tawaran ESOS.
4. Grant date: Hari saham diberikan kepada pekerja.
Potensi Keuntungan Menerima ESOS
ESOS membolehkan pekerja untuk membeli saham syarikat pada harga yang ditawarkan dikenali sebagai "strike price" dalam tempoh tertentu. Biasanya, harga ini ditetapkan lebih rendah dari harga semasa pasaran atau boleh jadi percuma bergantung kepada syarikat. Sebagai contoh, jika harga saham syarikat adalah RM10, syarikat mungkin menawarkan kepada pekerja untuk membeli saham pada harga RM7. Jadi, keuntungan sebanyak RM3 diperolehi oleh pekerja tersebut jika beliau bersetuju untuk membeli saham yang ditawarkan. Namun, jumlah saham ESOS yang ditawarkan adalah berbeza berdasarkan pangkat dan tempoh perkhidmatan tempat anda bekerja.
Risiko ESOS
ESOS mempunyai risikonya sama ada dari pihak pekerja atau pun syarikat. Antara risiko yang mungkin dtanggung ialah:
Pekerja:
1. Harga saham mungkin lebih rendah selepas anda menerima saham.
2. Saham yang diterima mungkin mengambil masa atau tidak boleh dijual disebabkan tiada pembeli.
3. Cukai yang perlu dibayar akan menjadi lebih tinggi.
Syarikat
1. Kos untuk menawarkan saham kepada pekerja mungkin meningkatkan kos dan mungkin memberi kesan kepada prestasi kewangan syarikat.
2. Risiko tidak mematuhi undang-undang berkaitan ESOS.
Perbincangan
Sebagai rumusan, ESOS merupakan salah satu option (pilihan) untuk pekerja menerima atau menolak pemberian saham syarikat. Potensi keuntungan ESOS diterima apabila saham syarikat yang diterima melebihi strike price. ESOS juga mempunyai risikonya tersendiri sama ada dari pihak pekerja atau syarikat yang mana untuk pekerja, terdapat juga kebarangkalian saham yang diterima mengambil masa untuk dijual balik disebabkan ketiadaan pembelian. Sebelum menerima ESOS, anda digalakkan untuk mengkaji tawaran yang diberikan sama ada dari segi harga, vesting period dan risikonya.