Pengenalan
Kenaikan dan penurunan harga saham berpandukan kepada konsep demand and supply. Apabila demand tinggi, supply rendah, harga semakin meningkat manakala apabila demand rendah dan supply tinggi harga berkurang. Sama ada anda sedar ataupun tidak, setiap pembelian atau penjualan saham melibatkan market depth yang turut mengaplikasikan konsep demand & suppply. Dalam blog kali ini, iSaham akan menerangkan serba sedikit tentang konsep market depth dan kegunaannya.
Konsep Market Depth
Seperti yang min terangkan dalam pengenalan di atas, saham bergerak disebabkan supply dan demand. Secara asasnya, market depth merupakan salah satu indikator supply dan demand saham yang menunjukkan queue pedagang yang hendak membeli dan menjual saham. Apabila queue di bahagian pembelian adalah lebih tinggi berbanding queue di bahagian jualan, ia menandakan demand saham tersebut adalah lebih tinggi dan harga berkemungkinan untuk naik, begitu juga sebaliknya. Di bahagian market depth, anda dapat melihat berapa volume belian dan jualan pada harga tertentu saham tersebut seperti contoh di bawah:
Dalam pelaburan, kita mesti nak membeli sesuatu saham pada harga yang murah, dan menjual saham pada harga yang lebih tinggi. Tapi anda perlu fikir, jika nak jual saham pada harga tinggi sangat, ada tak individu yang nak beli saham tersebut dan berapa lama masa sebelum order tersebut match. Begitulah konsep market depth yang menunjukkan best buy dan best sell, ia bergantung kepada seberapa cepat order anda match kerana ia mengikut turutan demand and supply.
Contoh, jika anda membeli saham dan que pada harga paling rendah, ia mungkin akan mengambil masa untuk saham itu all matched kerana orang yang menjual majoritinya ingin menjual pada harga tinggi.
Kegunaan Market Depth
a. Menganalisis volume order di paras harga tertentu
Secara asasnya, market depth digunakan untuk melihat berapa banyak order di paras harga tertentu. Apabila volume order di sesuatu paras harga itu besar sama ada belian atau jualan, ini mungkin akan mempengaruhi harga untuk bergerak naik atau turun. Tapi anda perlu ingat, untuk memastikan order itu match, demand and supply perlulah seiring iaitu ada orang yang hendak membeli dan ada yang menjual.
b. Support & Resistance
Sama seperti penerangan di atas, untuk pedagang dapat mengenalpasti support & resistance dengan menggunakan market depth. Caranya adalah seperti berikut:
Support: Kenalpasti paras harga yang menunjukkan volume belian yang tinggi menyukarkan harga untuk jatuh.
Resistance: Kenalpasti paras harga yang menunjukkan volume jualan yang tinggi yang menyukarkan harga untuk naik.
Cara menggunakan market depth
Market depth dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu disebelah kiri iaitu best buy dan sebelah kanan best sell. Untuk best buy merupakan bahagian dimana pembeli beratur, manakala best sell ialah dimana penjual beratur. Untuk saham anda dipadankan dengan cepat atau terus, anda perlu mengikut urutan tersebut iaitu dari atas ke bawah. Semakin rendah urutan, semakin mengambil masa untuk saham anda dipadankan. Antara maklumat lain adalah seperti berikut. Rujuk warna pada rajah diatas.
Angka kelabu: Jumlah order sama ada dari akaun yang sama ataupun berlainan. Contohnya 5 dan 3 di turutan pertama, merupakan jumlah order untuk belian dan jualan.
Angka kuning: Jumlah lot yang dijual/dibeli. Contoh angka 270, merupakan jumlah lot daripada 5 order yang ingin menjual UWC pada harga 2.51.
Angka merah, putih & hijau: Merupakan paras harga. Merah menandakan harga lebih rendah dari closing price hari sebelum, putih merupakan harga closing price hari sebelum dan hijau merupakan harga yang lebih tinggi dari closing price hari sebelum.
Cara Memohon feature 5 market depth di platform Mplus
Secara default, Mplus hanya memberikan 3 lapisan market depth secara percuma. Tetapi anda boleh upgrade market depth menjadi 5 lapisan seperti contoh di bawah:
Terdapat dua cara mudah yang anda boleh lakukan untuk memohon feature 5 market depth di platform Mplus:
- Sila hubungi iSaham Support secara terus di http://t.me/iSahamSupport. Kami boleh request secara terus dengan Mplus bagi pihak anda.
- Sila hubungi Mplus secara terus di Facebook M+ Online.
Anda boleh menggunakan template di bawah ketika membuat permohonan:
Perbincangan
Sebagai rumusan, market depth boleh diibaratkan sebagai sebuah fungsi dimana pembeli dan penjual saham beratur sebelum dagangan saham mereka dipadankan. Melalui market depth, pedagang dapat menganalisis berapa banyak jumlah saham yang dibeli/dijual pada paras harga tertentu bagi melihat potensi kenaikan/penurunan saham tersebut.