UMUM

26-AUG-2024

Apa itu Risk & Reward Ratio


AA    


 

Dalam menentukan trading plan sebelum anda membeli apa-apa instrument, antara paling utama yang perlu diambil kira ialah nisbah risiko dan ganjaran atau selalunya dipanggil "Risk: Reward Ratio", RRR. Sebelum kita mengetahui tentang RRR eloklah min terangkan serba sedikit apakah itu risiko dan keuntungan dalam saham.

 

Pengenalan kepada risiko, ganjaran & RRR

 

Risiko

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, risiko didefinisikan sebagai kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian. Dalam konteks saham pula, risiko yang dimaksudkan ialah risiko pedagang kehilangan wang atau modal disebabkan kejatuhan harga saham yang dipegang. Sebagai contoh apabila satu saham yang dipegang dibeli pada harga RM1 kemudian jatuh ke RM0.50, ini bermakna pedagang tersebut telah mengalami kerugian sebanyak 50%. 

Ganjaran

Ganjaran yang dimaksudkan ialah keuntungan dari kenaikan harga saham. Sama contoh seperti tadi, apabila saham tersebut naik keparas RM2, ini bermakna pedagang tersebut telah menerima keuntungan sebanyak 100%. 

 

Risk & Reward Ratio (RRR)

Secara asas, RRR merupakan salah satu cara untuk mengawal risiko. Ia adalah ukuran kepada pedagang dan pelabur dalam menentukan kaunter mana yang harus dibeli yang mampu memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan risiko. 

 

 

Nisbah Minimum & Ideal

Walaupun nisbah risiko dan ganjaran yang boleh diterima berbeza-beza, ramai pakar mencadangkan nisbah minimum 1:2 atau 1:3. Ini bermakna bagi setiap ringgit risiko yang ditanggung, harus ada potensi ganjaran sekurang-kurangnya dua atau tiga ringgit. Bagi pelabur "low risk", anda dinasihatkan untuk menetapkan risiko dibawah 10%. 

Walau bagaimanapun, nisbah ganjaran yang lebih tinggi biasanya lebih digemari kerana ia menawarkan potensi pulangan yang lebih tinggi dengan risiko yang lebih rendah. Sebagai contoh 1:5 atau 1:10. Jadi, tiada nisbah yang tetap untuk RRR yang ideal. Nisbah risiko dan ganjaran yang "terbaik" akhirnya bergantung kepada toleransi risiko dan matlamat pelaburan seseorang pelabur. Pelabur konservatif mungkin lebih suka nisbah yang lebih rendah, manakala pelabur agresif mungkin selesa dengan nisbah yang lebih tinggi.

 

Cara Menentukan RRR

Secara asasnya terdapat beberapa cara untuk pedagang boleh menentukan Risk:Reward ratio. Antara 2 kaedah yang popular ialah:

 

Kaedah 1: Peratusan (%)

Sebahagian pedagang dan pelabur menggunakan peratusan untuk menentukan RRR. Kita ambil contoh nisbah minimum 1:2, sekiranya anda menetapkan risikonya 6%, maka ganjaran yang sekurang-kurangnya anda perlu target ialah 12%. Lihat contoh dibawah:

 

 

 

Sekiranya harga saham jatuh melebihi 6%, ini bermakna pelabur sewajarnya mengurangkan risiko dengan menjual pegangan atau kita panggil cut loss. Berbeza pula apabila harga naik melebihi 12%, terpulang kepada pelabur untuk hold saham tersebut atau menjualnya kerana sekiranya harga saham tersebut naik lagi, ini bermakna pelabur dapat memaksimumkan keuntungan atau jika pedagang ingin menjual, ini bermakna pedagang dapat secure the profit. 

 

Kaedah 2: Support & Resistance (S&R)

 

Kaedah kedua ialah berdasarkan S&R dengan menggunakan support iaitu paras sokongan terdekat dalam menentukan risiko, manakala menggunakan resistance iaitu paras rintangan untuk menentukan ganjaran. Untuk lebih mudah lihat contoh dibawah menggunakan S&R:

 

Entry Price pada paras garisan hitam: 0.59 

Garisan kuning merupakan support terdekat iaitu: 0.55

Garisan hijau adalah paras resistance yang ditarget: 0.74

 

Jika anda  membeli saham tersebut sekitar 17 April, berdasarkan perkiraan, risiko saham tersebut ialah sekitar 6% manakala ganjarannya ialah sekitar 22%. Ini bermakna, nisbah RRR ialah 1:3.6. Ini bermakna, sekiranya saham tersebut turun melepasi paras support, anda perlu cut loss dan jika saham tersebut berjaya mencapai paras rintangan, terpulang kepada anda untuk menjualnya atau tidak. Berdasarkan contoh, saham ini naik lebih tinggi memecahkan support.

 

 

Kesimpulan

Sebagai rumusan, risk reward ratio merupakan salah satu elemen penting dalam pengurusan risiko. Nisbah ini termasuk dalam trading plan yang wajib dilakukan sebelum membeli apa-apa saham. Nisbah minimum yang dicadangkan ialah 1:2, tetapi lebih tinggi ganjaran adalah lebih ideal. Tiada jumlah tetap terhadap nisbah ini, semuanya bergantung kepada toleransi individu terhadap risiko. iSaham turut menyediakan sebuah screener berdasarkan RRR yang dipanggil Risk Reward Ratio (Chandelier Exit) yang berfungsi untuk screen kaunter yang mempunyai kebarangkalian turun yang rendah dan kebarangkalian naik yang tinggi. Klik puatan di bawah untuk mencuba:

 

Pautan:  Risk Reward Ratio (Chandelier Exit) 

 

 

 

 

 

 

 

 


< kembali ke laman blog utama