TEKNIKAL

08-AUG-2024

Apa itu teknik tangkap pisau?


AA    


 

Pengenalan

Dikala market sedang bergelora dengan kebanyakan saham menunjukkan penurunan yang drastik, pedagang kebiasaanya akan menjual pegangan untuk menjaga risiko masing-masing. Namun, ada juga pedagang yang berpendapat ini adalah masa terbaik untuk membeli saham kerana mereka berpandangan harga saham ditawarkan pada harga harga discount. Jadi persoalannya, teknik apa yang digunakan oleh pedagang-pedagang seperti ini? Salah satu teknik yang mungkin digunakan ialah teknik tangkap pisau atau juga dipanggil catching a falling knife. Dalam blog kali ini, iSaham akan menerangkan serba sedikit cara menggunakan teknik ini dan risikonya.

 

Apa itu teknik tangkap pisau?

Secara bahasa mudah, teknik tangkap pisau bermaksud membeli sesuatu kaunter selepas harganya jatuh mendadak. Untuk menggunakan teknik ini, pedagang akan mengenalpasti di manakah possible technical rebound mungkin berlaku dan menjangka harga untuk naik kembali. Ia digelarkan tangkap pisau kerana teknik ini merupakan teknik yang sangat berisiko namun jika berjaya pulangannya sangat berbaloi. Sebagai contoh, jika anda membeli kaunter Edaran yang jatuh ke paras harga terendah RM 1.51 pada 5 Ogos lalu dan harga terkini menunjukkan kaunter ini berada pada harga RM2.61, meningkat lebih 70%.  

 

 

Bagaimana teknik ini digunakan

 

1. Pemilihan kaunter

Tidak semua kaunter boleh menggunakan teknik ini. Kaunter yang sesuai mestilah mempunyai sama ada FA, TA atau kedua-dua yang kukuh dan harganya jatuh bukan disebabkan masalah dalaman syarikat seperti negative earnings atau berita yang memberikan sentimen negatif kepada syarikat. Contohnya, sesuatu kaunter yang berada dalam keadaan downtrend, sekiranya paras harga jatuh lebih drastik ia berkemungkinan besar tidak akan naik kembali atau mengambil masa yang sangat lama untuk naik. Lihat contoh, Reneuco yang berada dalam keadaan downtrend, apabila anda cuba mengaplikasi teknik ini, anda akan mengalami kerugian yang besar kerana harganya terus jatuh dan terkini harga Reneuco berada pada RM 0.075 penurunan lebih 80%.

 

2. Masa pembelian

Masa pembelian untuk menggunakan teknik ini ialah ketika saham tersebut jatuh secara drastik kebiasaanya ketika market sedang jatuh. Sebagai contoh kejatuhan pasaran seluruh dunia termasuk Bursa Malaysia menyebabkan banyak kaunter-kaunter yang ditutup dengan harga yang jatuh drastik.

 

3. Support & resistance

Untuk mencari dimanakah kebarangkalian reversal berlaku, pedagang perlu menetapkan dimanakah support harga kaunter tersebut. Lihat paras support yang menunjukkan volume pembelian yang tinggi. Apabila volume pembelian adalah tinggi berbanding penjualan, ini bermakna paras support tersebut adalah kuat dan reversal mungkin berlaku.

 

4. Indikator

Kebiasaanya, pedagang akan menggabungkan beberapa indikator untuk menggunakan teknik ini. Namun, indikator yang biasa digunakan ialah resistance strength index (RSI) dengan time yang kecil seperti 3. RSI akan menentukan sama ada harga saham tersebit berada paras oversold atau overbought. Untuk teknik tangkap pisau, kita akan kenal pasti zon oversold. Apabila harga berada pada paras oversold ini bermakna kaunter tersebut dijual secara berterusan sehingga berlaku kejatuhan harga saham melebihi nilai wajar. Untuk mengetahui cara menggunakan dan menentukan overbought dan oversold rujuk blog kami "Mengenali Saham Overbought dan Oversold Menggunakan Oscillator".

 

5. Trading Plan

Perkara paling utama sebelum membeli sesuatu kaunter ialah trading plan, termasuk apabila menggunakan teknik tangkap pisau. Tetapkan stop loss supaya sekiranya harga saham menyambung kejatuhan, anda dapat mengurangkan risiko kerugian.

 

Perbincangan

Sebagai rumusan, teknik tangkap pisau merupakan teknik apabila anda membeli suatu kaunter apabila harga jatuh secara drastik ke paras oversold. Teknik ini merupakan teknik yang berisiko kerana kebarangkalian harga untuk terus turun. Kami berpendapat teknik ini adalah tidak sesuai untuk mereka baru bermula kerana risikonya yang besar. Namun adalah tidak mustahil anda boleh membuat keuntungan melalui teknik ini. 


< kembali ke laman blog utama