ASAS

14-JUL-2023

Apa itu waran?


 


Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa di platform trading kadang-kala ada saham yang mempunyai dua atau lebih nama yang hampir sama, tetapi mempunyai simbol tambahan di belakang seperti -WA, -WB, -WC dan seterusnya atau -C1, -C2, -C3?

waran

Ia dikenali sebagai waran, bukannya saham. Untuk mengenali jenis-jenis waran yang terdapat di pasaran Bursa Malaysia, boleh rujuk artikel kami di sini

Adakah waran sama seperti saham?

Waran tidak sama seperti saham walaupun ianya diniagakan di pasaran Bursa dan mempunyai harga yang naik dan turun seperti saham. Waran adalah instrumen yang memberi hak kepada anda untuk menjadi pemegang saham. Instrumen ini memberi peluang kepada anda yang tidak mempunyai modal yang besar untuk memiliki hak tersebut terlebih dahulu, kemudian ia boleh ditukarkan kepada saham induk (juga disebut sebagai mother share) pada masa akan datang dengan bayaran tambahan.

Ia seolah-olah anda membuat tempahan untuk membeli saham pada masa hadapan pada harga yang telah ditentukan dengan membayar sejumlah wang (harga waran) yang dianggap sebagai deposit.

Komponen waran

Waran mempunyai 3 komponen utama iaitu:

komponen waran

Tarikh luput

Setiap waran mempunyai tarikh luput yang kebiasaannya antara 2 hingga 10 tahun. Ini bermakna anda tidak perlu menyimpan atau memegang waran sepanjang tempoh tersebut sebaliknya, anda boleh menjualnya semula kepada pelabur lain di pasaran saham. 

Tarikh luput ini penting kerana ia merupakan tarikh akhir di mana pemegang waran boleh menukarkan waran tersebut kepada saham induk. Jika anda tidak menjual atau menukar waran tersebut sebelum tarikh luput, anda boleh mengalami kerugian modal pelaburan. 

Harga pelaksanaan

Harga pelaksanaan merupakan harga tambahan yang perlu dibayar apabila anda memilih untuk menukarkan waran tersebut kepada saham induk.

Nisbah pertukaran

Nisbah pertukaran merujuk kepada pertukaran di antara waran dan saham induk. Dengan kata lain, ia merupakan bilangan waran yang diperlukan untuk membeli satu saham induk atau menukarnya kepada satu unit saham. Sebagai contoh, jika nisbah pertukaran adalah 3:1, ini bermakna anda memerlukan 3 unit waran untuk membeli 1 saham. 

Di mana anda boleh mendapatkan ciri-ciri waran?

  1. Log masuk ke platform dagangan anda.
  2. Cari waran yang anda berminat. Sebagai contoh, WIDAD-WA.
  3. Right-click dan tekan General Info.
  4. Anda akan menjumpai ciri-ciri waran tersebut seperti di bawah.
ciri waran

Jika anda ingin melakukan penukaran waran kepada saham induk, boleh rujuk blog kami di sini


< kembali ke laman blog utama