FUNDAMENTAL

1-NOV-2018

Bagaimana Membuat Saringan Pertama Kekuatan Fundamental Syarikat


AF    


Dalam keadaan market masih berada di bawah, ramai pelabur dan pedagang mula pening nak beli saham apa. Indeks naik sehari dua ni, tapi masih teragak-agak nak tekan saham apa, dan hala tuju market masih samar-samar. Sebab tu pentingnya untuk kita mempelajari ilmu fundamental pada waktu market tengah jatuh, untuk mengambil peluang harga saham yang lebih rendah. Siri fundamental akan dijalankan sementara market masih mencuba membuat permulaan uptrend.

Dalam blog kali ini, kita akan bincangkan cara membuat saringan pertama dalam menentukan kekuatan fundamental sesebuah syarikat. Semestinya sebelum memulakan saringan ini, boleh rujuk dulu link berikut untuk memahami saham-saham yang patut terus dielakkan. Selepas dipastikan syarikat tidak berada dalam keadaan kritikal, saringan pertama mendapatkan syarikat yang baik dari segi fundamental adalah seperti di bawah.

Mencari Syarikat yang Mempunyai Peningkatan Fundamental Secara Konsisten

 

Selalunya apabila kita melihat pada sesuatu metriks seperti Kenaikan Keuntungan Quarter-on-Quarter (Profit QoQ) atau Year-on-Year (Profit YoY), kita hanya melihat pada prestasi terkini semata-mata. Begitu juga dengan PE ratio, Current ratio dan macam2 ratio lain. Melihat pada yang terkini sahaja, kita mungkin terkabur dengan kenaikan semasa, sedangkan belum tentu syarikat berjaya mengekalkan prestasi tersebut.

 

Cara untuk menentukan peningkatan tersebut kukuh dan berterusan ialah dengan melihat prestasi fundamental tersebut sejak laporan kewangan terawal lagi. Untuk melihat metriks ini dalam iSaham, boleh menggunakan indikator FCON di bahagian bawah carta. FCON yang bagus ialah atas 0.60 dimana syarikat meningkat dengan stabil dari segi fundamental.

FCON for QL

Kekuatan FCON ialah pada kestabilan syarikat dari segi kenaikan keuntungan, kelangsungan syarikat menunjukkan prestasi positif, dan kenaikan untung dalam keadaan yang tidak terlalu cepat dan tidak juga perlahan atau dalam kata lain, sustainable increment. Saham yang mempunyai FCON yang tinggi agak sukar dikenal pasti menggunakan nisbah-nisbah kewangan (financial ratio) yang biasa digunakan. Boleh rujuk FCON screener untuk mendapatkan saham dalam kategori ini. Untuk ditambah perencah, boleh rujuk juga Long Term Stability (LTS) Screener di mana di tambah juga dengan kestabilan kenaikan harga menggunakan data teknikal saham.

Apabila Melihat pada Nisbah Kewangan (Financial Ratio), Fokus pada Nisbah Berkaitan Kecekapan (Efficiency Ratio) Syarikat


Financial Ratios

Antara nisbah berkaitan kecepakan syarikat ialah Pulangan ke atas Ekuiti atau Return on Equity (ROE) dan Nisbah Keuntungan berbanding Pulangan atau Profit Margin. Nisbah-nisbah ini melihat bagaimana pengurusan syarikat menggunakan dan menguruskan aset, membuat strategi pricing yang baik, menguatkan brand sedia ada dan menggunakan brand untuk menghasilkan aliran tunai lebih juga mengurangkan kos dan perbelanjaan. Apabila ROE berada di atas paras 10% (atau 15% lebih baik) dan Profit Margin mengatasi purata industri, pengurusan syarikat berada dalam keadaan baik.

Seorang pelabur tersohor, Joel Greenblatt menggunakan sesuatu yang mirip dengan ROE (boleh rujuk Magic Formula Screener) untuk memilih saham-saham yang boleh dimasukkan dalam portfolio. Jadi, ternyata rahsia disebalik formula ROE mempunyai kekuatan dalaman dengan kebanyakan backtesting yang telah dilakukan menunjukkan pencapaian yang baik bagi formula ini. Saham yang mempunyai ROE tinggi juga selalunya sukar dikenal pasti berbanding nisbah-nisbah kewangan (financial ratio) yang lain.

Fuh, 2 formula tapi cukup power

 

Ya, 2 formula ini nampak simple, tapi sudah cukup sebagai saringan pertama sebelum meneruskan kajian fundamental sesebuah syarikat. Dua kaedah berbeza (FCON dan ROE) tetapi mempunyai kekuatan tersendiri dan mudah diaplikasi ke dalam analisis pelabur atau pedagang. Dengan dua formula ini, harapnya lebih mudah nak pilih saham sebelum market kembali meriah seperti sesi Januari dan Julai 2018.

 


< kembali ke laman blog utama