UMUM

10-SEP-2020

Bagaimana nak Menang Dalam Saham


FN    


Keuntungan pertama adalah satu cabaran yang perlu dilepasi oleh pelabur-pelabur baru. Ini adalah kerana dengan pengalaman yang sedikit, anda mungkin agak takut untuk melabur, dan mudah membuat kesilapan. Namun setelah anda berjaya buat keuntungan, ia dapat tingkatkan keyakinan dan pengalaman anda untuk melabur. Dari sinilah perjalanan pelaburan anda akan menjadi lebih baik.

Walaubagaimanapun, kita tak akan cerita yang indah-indah sahaja. Kita akan lihat cabaran-cabaran yang pelabur sama ada yang lama atau baru akan lalui dan bagaimana untuk menangani dan memenangi cabaran ini.

Cabaran 1: Tak cukup pengalaman

pile of books

Bila pengalaman tak cukup, kita terdedah kepada bermacam-macam kesilapan dalam pelaburan. Adakalanya kita masuk (beli) pada waktu yang kurang bagus, terkejar-kejar harga dan macam-macam lagi kesilapan mudah. Semua ini disebabkan kita ada jangkaan yang mungkin tak sepadan dengan realiti.

Jangan risau, anda pasti akan membuat kesilapan ini satu hari nanti. Apa yang penting adalah anda perlu sentiasa belajar dan kumpul pengalaman supaya dapat memenangi situasi ini dengan lebih tenang dan rasional. Teruskan melabur dan mengumpul ilmu. Pastikan fundamental anda kukuh, barulah boleh melabur dengan lebih yakin.

Cabaran 2: Takut ketinggalan

hourglass racing against time

Bila mula melabur, mungkin jangkaan kita tak cukup sepadan dengan realiti. Kita ingatkan bila beli hari ni, saham itu akan bergerak dalam masa yang terdekat. Ada pula yang bila nampak saham naik, maka itulah yang dikejar. Inilah yang disebut sebagai FOMO, Fear of Missing Out. Anda takut terlepas saham yang sedang panas dijual beli sehingga harga naik. Dalam situasi ini, anda sebenarnya lebih terdorong kepada emosi berbanding pemikiran yang rasional, lebih-lebih lagi sekiranya saham itu tiba-tiba muncul entah dari mana, Quarter Report pun tak cantik.

Sebagai cadangan, anda boleh memenangi situasi ini dengan melabur dengan tenang. Peluang itu sentiasa ada. Jadi kita tak perlu tergesa-gesa untuk membeli ketika saham sedang naik. Kesilapan macam ni lah yang boleh menyebabkan portfolio kita terkebelakang. Namun jangan mengalah, setiap pelabur pasti mengalami kesilapan seperti ini. Yang penting jangan terlalu cepat terikut-ikut, pastikan saham yang kita beli tu ada sebab yang baik untuk dibeli.

Cabaran 3: Tiada perancangan pelaburan

idea whiteboard planning flow chart

Kadang-kadang saham yang kita beli tak menjadi. Dalam dunia pelaburan juga, mungkin kita pernah dengar pelabur saham pasti rugi. Memang benar, ada untung dan ada rugi. Sekiranya kita tak tahu apa nak buat semasa rugi, mungkin kita akan buat satu kesilapan ini iaitu tak cut loss. Bila tak cut loss, kita tunggu saham jatuh makin banyak, barulah panik dan mula cut loss. Padahal kalau kita cut loss awal, ada banyak lagi saham yang kita boleh pilih untuk membuat comeback.

Pelaburan saham adalah salah satu pelaburan yang berisiko tinggi. Jadi anda perlu melabur dalam keadaan bersedia. Apa yang anda perlu sediakan adalah sebuah perancangan sekiranya saham yang dilaburkan tak menjadi. Sebelum melabur, kita tanya "adakah ini masa yang baik?". Kalau dah beli dan harga saham jatuh pada paras tertentu, apa tindakan kita? Untuk memenangi situasi ini, semua "kalau" ini kita perlu fikirkan sebelum melaburkan duit kita untuk mengawal risiko pelaburan.

Cabaran 4: Entry tak ikut support dan resistance

support resistance dayang retrace support

Secara amnya, saham tak bergerak secara lurus. Ada masanya saham akan turun ke sebuah paras dan mungkin berehat seketika sebelum meneruskan kenaikan seterusnya. Maka satu amalan yang baik untuk diikut ialah membeli pada paras yang lebih dekat dengan support. Ilmu ini sebenarnya ramai yang tahu, tapi sering kali dilanggar kerana terlalu optimis atau agresif untuk membeli saham. Semakin jauh harga yang kita beli dari paras support, semakin tinggi risiko penurunan yang kita akan berdepan nanti.

Kalau anda membuat pembelian saham agak jauh dari support, boleh guna strategi short term. Namun, sekiranya trend kenaikan masih kekal, anda boleh tukar kepada mid ke long term. Namun, kalau saham menghadapi kesukaran untuk teruskan kenaikan, ini mungkin masa yang baik untuk jual pegangan buat masa ini. Anda boleh beli semula apabila saham turun ke paras support. Perancangan seperti ini perlu ada dalam pelaburan supaya kita dapat kawal situasi. Inilah yang membuatkan anda menang dalam saham.

Kesimpulan

Anda menang dalam saham sekiranya anda mampu mengawal situasi. Dalam apapun cabaran, ada jalan penyelesaiannya. Mungkin anda akan rasa susahnya melabur pada permulaan. Namun dengan ilmu dan pengalaman, perjalanan ini akan jadi lebih lancar.

menang piala

< kembali ke laman blog utama