BERITA

21-FEB-2022

Belajar Saham Bersama iSaham


NM    


21 Febuari, 2022 - Semalam, sesi iSaham Live telah berlangsung di Youtube rasmi iSaham dan Facebook iSaham Kelas Asas. Sesi secara langsung itu telah diadakan pada jam 10 pagi dan dihoskan oleh Chief Strategy Officer (CSO) iSaham, En Suddin Salleh.

Sesi iSaham Live
Sesi iSaham Live yang dihoskan oleh En Suddin Salleh.

Sesi live dan interaktif ini telah diadakan selama 1 jam 14 minit. Sepanjang sesi dijalankan, penonton dibenarkan untuk bertanyakan soalan berkaitan saham dan iSaham. Antara soalan yang ditanya oleh penonton adalah seperti keadaan pasaran semasa, pendapatan syarikat, komoditi, dan banyak lagi.

Pengenalan kepada produk terbaru iSaham

Sesi kemudian diteruskan dengan pengenalan kepada produk-produk terbaru iSaham, iaitu iSaham Gear One, iSaham Playback, iSaham Accelerator dan iSaham Max Live.

Produk-produk terbaru iSaham.

iSaham Gear One

Produk pertama yang diperkenalkan semasa sesi berlangsung adalah iSaham Gear One, iaitu sebuah seminar saham percuma yang ditaja sepenuhnya oleh Bursa Malaysia-i. Sesi ini mempunyai 3 modul, iaitu iSaham Gear One Asas, iSaham Gear One Fundamental, dan iSaham Gear One Technical. Sesi ini juga telah diadakan pada tahun lepas, iaitu iSaham x Bursa Malaysia-i (Webinar Hybrid Trader iSaham 2021) dan telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan.

iSaham Playback

Seterusnya, En Suddin memperkenalkan kelas saham lengkap iaitu iSaham Playback yang merangkumi konten pembelajaran saham bermula daripada topik asas saham sehingga topik yang lebih advanced seperti analisa teknikal dan fundamental. Kelebihan iSaham Playback ini adalah ia datang dalam bentuk video yang boleh ditonton berulang-kali, di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Video-video ini merangkumi 30 topik, dengan durasi keseluruhan sepanjang 14 jam.

iSaham Accelerator

Buat pertama kalinya, iSaham menawarkan iSaham Accelerator, iaitu sebuah sesi tentang strategi untuk meningkatkan kejayaan dalam pelaburan. Sesi ini bertujuan untuk membantu pelabur yang masih mencari teknik yang sesuai untuk digunakan semasa berdagang.

iSaham Max Live

Produk terakhir, iaitu iSaham Max Live pula adalah sebuah komuniti lifelong-learners yang membincangkan perkara-perkara berkaitan saham mengikut undian, contohnya seperti arah tuju pasaran, saham yang sedang trending, dan perbincangan IPO. Sesi perbincangan ini akan diadakan sebanyak 3 kali sebulan.

Selain itu, pelanggan iSaham Max juga boleh mengakses ciri-ciri baru seperti performance tracker, stock alert dan iSaham Seasonality, di mana pelanggan boleh melihat prestasi sesuatu syarikat atau sektor mengikut bulan pada tahun-tahun sebelumnya. Jika anda seorang pelanggan sedia ada iSaham Max, anda boleh melihat ciri-ciri baru ini di sini.

Walau bagaimanapun, untuk menjadi ahli iSaham Max, terdapat pre-requirement yang diperlukan, iaitu ahli perlu mendaftar sebagai ahli Pro iSaham terlebih dahulu. Boleh klik di sini untuk mendaftar sebagai ahli Pro iSaham secara percuma.

Senarai penuh harga produk iSaham

Namun, terdapat keraguan daripada penonton sewaktu sesi iSaham Live ini dijalankan, iaitu dari pelanggan lama produk iSaham tentang status produk yang telah dilanggan pada tahun sebelumnya. En Suddin menjelaskan pelanggan webinar sebelum ini masih boleh mengakses rakaman webinar terdahulu melalui iSaham Classroom. Akses kepada rakaman ini adalah seumur hidup, sama seperti produk eBook iSaham. Walau bagaimanapun, sesi live yang terdahulu akan ditamatkan pada bulan April tahun ini.

Untuk melihat video penuh sesi iSaham Live ini, boleh klik di sini.

Nota: Untuk makluman, harga dan pakej di atas adalah versi lama. Untuk versi terbaru kami sudah update di blog iSaham Special Event.


< kembali ke laman blog utama