Seperti biasa, setiap tahun rakyat Malaysia sangat teruja dan amat tertunggu-tunggu untuk mendengar perbentangan belanjawan negara. Belanjawan ni bagaikan software update bagi sebuah negara supaya ia boleh berfungsi dengan lebih baik. Tahun ini, sebanyak RM 297 bil telah diperuntukkan untuk belanjawan negara, lebih rendah daripada tahun lepas yang diperuntukkan sebanyak RM 314.5 bilion. Namun, bajet tahun lepas adalah lebih tinggi disebabkan pemulangan GST sebanyak RM 37 bilion.
Teras belanjawan 2020
Teras di bawah adalah tunjang kepada belanjawan 2020
- Pertama:
- Memacu Pertumbuhan Ekonomi dalam Ekonomi Baharu dan Era Digital
- Kedua:
- Pelaburan ke atas Rakyat: Meningkatkan Keupayaan Modal Insan
- Ketiga:
- Mewujudkan Masyarakat yang Bersatu, Inklusif dan Saksama
- Keempat:
- Memulihkan Institusi dan Kewangan Awam
Peruntukan Belanjawan 2020
Keseluruhan : RM 297 bil (18.4% GDP)
- Operasi : RM 241 bil
- Pembangunan: RM 56 bil
Penerima tertinggi:
- Kementerian Pendidikan: RM 64.1 bil
- Kementerian Kewangan: RM 37.8 bil
- Kementerian Kesihatan: RM 30.6 bil
GST tak diteruskan
Walaupun diguna pakai oleh lebih 100 buah negara dan berkurangnya pendapatan negara, kerajaan bertekad untuk tidak melaksanakan semula sistem cukai GST. Namun, cukai baru diperkenalkan iaitu cukai pendapatan digital yang akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2019.
Industri apa yang diberi perhatian
Dalam teras pertama, kita dapat lihat pelbagai inisiatif yang menyediakan ke arah ekonomi digital. Ini termasuklah peruntukan dalam bidang automasi, pelabuhan dan digitalisasi perniagaan. Kerajaan juga berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai tumpuan pelaburan yang menarik.
Antaranya adalah inisiatif pelepasan cukai untuk syarikat Fortune 500 sebanyak RM 1 bilion. Jumlah FDI yang diluluskan setakat pertengahan tahun 2019 telah pun mencecah 97% berbanding jumlah yang diluluskan pada pertengahan tahun 2018. Pakej galakan ini sudah tentu berniat untuk menarik perhatian syarikat-syarikat besar dan yang mendahului pasaran untuk datang ke Malaysia. Ini juga dapat menggalakkan pasaran kerja dan juga membawa pekerjaan berkemahiran tinggi ke Malaysia.
Infrastruktur logistik juga diperkuatkan dengan peruntukan penyelenggaraan jalan raya ke Pelabuhan Klang. Ini adalah sejajar dengan kerancakan aktiviti e-commerce yang memerlukan khidmat pergudangan yang efektif. Kerajaan juga sedang mengkaji kebolehlaksanaan projek Koridor Logistik Klang yang dianggarkan bernilai RM 8.3 bilion untuk menghubungkan menyediakan hubungan lebuh raya yang lebih cekap.
Selain itu, beberapa sektor industri mendapat insentif dari kerajaan. Pelbagai aktiviti pelaburan dalam bidang akan dikecualikan daripada cukai dalam bidang E&E. Kerajaan juga sedang giatkan aktiviti melibatkan ekonomi digital yang merupakan industri teknologi pada era ini. Inisiatif ini termasuklah galakan dalam bidang e-wallet, automasi perniagaan dan pelbagai kursus dan kemudahan yang menyediakan perkhidmatan untuk ekonomi digital.
Saham yang anda boleh pantau
Di bawah adalah saham-saham yang anda boleh pantau berdasarkan potensi cadangan belanjawan yang dibentangkan berdasarkan inisiatif yang dicadangkan.
Menarik minat pelaburan E&E
Saham yang terlibat
Semikonduktor
Pembuatan
Merancakkan sektor automasi
Saham yang terlibat
Memperluaskan rangkaian data
NFCP atau National Fiberisation and Connectivity Plan adalah usaha MCMC untuk meningkatkan sambungan data ke seluruh negara pada kadar yang lebih mampu dimiliki. Geran padanan diperuntukkan sebanyak RM21.6 bilion melalui kerjasama awam swasta untuk laksanakan pelan ini.
Saham yang terlibat
Penggalakan Tenaga Hijau
Saham yang terlibat
Cadangan mengurangkan beban tol lebuh raya
Jemaah Menteri sedang pertimbangkan cadangan untuk mengambil alih atau melupuskan semua saham PLUS Malaysia dari Khazanah Nasional Berhad. Selain itu, pengambilalihan empat lebuh raya lebuh raya iaitu KESAS, LDP, SPRINT dan SMART telah diluluskan.
Saham yang terlibat
Projek Bandar Malaysia Diteruskan
Berita pasal projek Malaysia ni bukanlah baharu, namun diselitkan juga sebagai pengumuman yang rasmi dah juga kerana nilainya yang besar. Projek ini dianggarkan bernilai sebanyak RM 140 bilion.
Saham yang terlibat:
Secara umumnya, belanjawan yang dibentangkan oleh PH berada dalam jangkaan penyelidik pasaran. Ianya bersifat mesra pasaran dan berusaha untuk menguatkan kuasa membeli di tangan rakyat.