UMUM

09-DEC-2020

Beli ETF dan Dapatkan Ganjaran


FN    


Exchange Traded Fund atau ETF bermaksud Dana Dagangan Saham iaitu dana pelaburan yang boleh didagang melalui pasaran saham. Antara ETF patuh syariah yang wujud di pasaran ketika ini adalah MyETF untuk dana jenis ekuiti dan TradePlus Shariah Gold Tracker untuk pelaburan emas. Kali ini, kita akan memberi fokus pada pembelian emas dengan ETF.

Pengenalan

Dana TradePlus Shariah Gold Tracker atau GOLDETF membolehkan kita melabur pada emas fizikal tanpa perlu dipegang secara fizikal. Dana ini disandarkan pada emas fizikal yang disimpan di Singapura. Pelaburan dana ini adalah patuh syariah, berpandukan perunding syariah Amanie Advisors Sdn Bhd. Setakat ini, TradePlus Shariah Gold Tracker adalah satu-satunya dana ETF syariah yang bersandarkan pada harga emas dan berstatus patuh syariah.

mplus tradeplus goldetf campaign

95% daripada keseluruhan dana berjumlah USD 26.1 juta ini disimpan dalam bentuk emas, manakala selebihnya dalam bentuk pelaburan pasaran kewangan patuh syariah. Dari sini, satu unit GOLDETF dianggarkan sama dengan 0.01 gram emas, berserta tunai. Sekiranya anda membeli 1 lot unit, ianya bersamaan dengan membeli 1 gram emas. Sebagai perbandingan, kita boleh lihat harga emas semasa dengan harga satu lot ETF di bawah:

emas dan goldetf Carta harga emas: iSaham

Mudah dan murah didagangkan

ETF adalah dana yang tersenarai di pasaran Bursa Malaysia dan boleh didagang di platform dagangan. Anda cuma perlu membuka akaun CDS melalui broker untuk membeli ETF. Jual beli ETF boleh dibuat sama seperti saham didagangkan. Anda boleh jual atau beli bila-bila masa pada waktu pasaran Bursa Malaysia.

Pembelian emas dengan GOLDETF juga merupakan antara yang termurah di pasaran. Anda boleh bandingkan sendiri pembelian emas melalui ejen, kedai dan juga aplikasi pembelian emas. Sekiranya anda membeli GOLDETF, kos yang terlibat adalah kadar broker. Antara kadar yang anda boleh lihat adalah pada 0.08% atau RM 8 minimum dengan M+ Online.

Bagaimana menjana keuntungan dengan ETF?

Sama seperti saham, anda mendapat keuntungan dari ETF sekiranya membeli pada harga rendah dan jual pada harga tinggi (Buy Low Sell High). Sekiranya ETF tersebut adalah jenis ekuiti, kebiasaannya terdapat juga pemberian dividen yang disebut sebagai income distribution. Dividen ini tertakluk kepada pemberian dividen oleh saham pendasar di bawah dana ETF tersebut.

Untuk ETF jenis komoditi emas pula, cara mendapatkan keuntungan adalah sama sahaja dengan pelaburan emas. Nilai pelaburan anda akan menaik apabila harga emas menaik. Antara perkara yang boleh menyebabkan harga emas naik ialah tahap hutang yang tinggi dalam pasaran kewangan dan kelemahan harga aset.

Promosi membeli ETF

Ketika ini, sebuah promosi sedang berjalan di antara M+ Online dan TradePlus untuk pembelian ETF. Dengan pembelian ETF di bawah TradePlus, anda berpeluang untuk mendapat sehingga RM 50.

No Nama ETF Kod Saham
1 TradePlus Shariah Gold Tracker 0828EA
2 TradePlus S&P New China Tracker 0829EA and 0829EB
3 TradePlus DWA Malaysia Momentum Tracker 0836EA
4 TradePlus MSCI Asia ex Japan REITs Tracker 0837EA
5 TradePlus NYSE FANG+ Daily (2x) Leveraged Tracker 0830EA
6 TradePlus NYSE FANG+ Daily (-1x) Inverse Tracker 0831EA
7 TradePlus HSCEI Daily (2x) Leveraged Tracker 0832EA
8 TradePlus HSCEI Daily (-1x) Inverse Tracker 0833EA

Untuk butiran yang lebih lanjut tentang setiap dana ETF, klik pada link dalam jadual di atas.

mplus tradeplus etf campaign

GOLDETF adalah salah satu cara yang terbaik untuk membeli emas, dan ia boleh dijual beli dengan mudah. Promosi ETF ini merupakan waktu yang terbaik untuk anda mula melabur ke dalam ETF.


< kembali ke laman blog utama