Jika anda seorang yang baru bermula dengan saham ini, mungkin ada beberapa perkara yang anda kurang faham tentang institusi yang terlibat dalam pasaran saham. "Apa itu Bursa?", "Kenapa saya kena deal dengan M+?", "Kena beli saham guna iSaham ke?". Persoalan ini mungkin antara perkara yang anda akan terkeliru di peringkat awal menceburi pelaburan saham. Kali ini, kita akan kenal semua organisasi ini dengan lebih jelas.
1. Bursa Malaysia
Bursa Malaysia adalah organisasi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia sebagai syarikat pemegang urusniaga saham atau stock exchange di Malaysia. Semua syarikat yang ingin tersenarai dalam pasaran saham di Malaysia akan berurusan dengan Bursa Malaysia untuk terbitkan IPO. Selepas tersenarai, syarikat perlu mematuhi syarat-syarat yang digariskan oleh Bursa untuk kekalkan penyenaraian.
Sebagai pelabur, anda tidak akan berurusan secara langsung dengan Bursa Malaysia. Proses jual beli saham yang berlaku ketika anda melakukan transaksi adalah diuruskan antara Bursa dan Participating Organization atau lebih mesra dikenali sebagai Broker.
2. Malacca Securities
Malacca Securities adalah salah satu Participating Organization berlesen yang berdaftar dengan Bursa Malaysia. Sebagai Participating Organization, mereka bertanggungjawab untuk menguruskan jual beli sekuriti (contohnya saham, ETF) antara Bursa dan pelabur. Dalam bahasa mudah, mereka juga dikenali sebagai broker.
Urusan pertama yang perlu dibuat untuk berdagang saham ialah membuka akaun CDS dengan salah satu Participating Organization yang berlesen. Ada banyak Participating Organization atau Broker di luar sana yang menawarkan perkhidmatan pembrokeran mereka dengan pelbagai kadar dan pelbagai ciri yang berbeza.
Antara kadar pembrokeran yang ditawarkan oleh pelbagai broker:
Broker | Kadar Pembrokeran |
---|---|
Malacca Securities | 0.08%, Minimum RM8 |
RHB TradeSmart | 0.08%, Minimum RM28 |
Jupiter Securities | 0.10%, Minimum RM10 |
Seperti yang anda boleh lihat di atas, Malacca Securities menawarkan antara kadar pembrokeran yang termurah di pasaran. Jika anda buka akaun Malacca Securities, anda akan berdagang melalui platform dagangan mereka yang dinamakan M+ Online.
Setiap syarikat broker pula mempunyai remisier sebagai ejen wakil perantara di antara broker dan pelabur saham. Remisier ini diberikan komisyen atas setiap belian dan jualan oleh pelabur yang berdaftar di bawah mereka. Sekiranya anda ingin membuka akaun CDS, remisier ini lah yang akan menguruskan borang anda untuk dihantar ke Bursa Malaysia.
3. iSaham
iSaham adalah syarikat yang membuat analisis data pada syarikat-syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia. Kami paparkan analisis saham dalam laman web kami untuk memudahkan pelabur membuat keputusan dalam masa yang cepat. Analisis yang kami sediakan bukan biasa-biasa sahaja. Maklumat IPO yang kami paparkan menerima sambutan yang sangat baik dari pengguna yang berkunjung ke laman web iSaham.
Sebagai perkhidmatan, kami menyediakan lebih daripada 150 screener percuma dan premium untuk menapis saham-saham mengikut strategi pelabur. Screener ini bercirikan pelbagai strategi seperti chart pattern, breakout, dividen, moving average, Bollinger Band dan sebagainya. Selain itu, kami juga menganjurkan kelas-kelas saham dan personal coaching pada harga yang tak masuk di akal jika dibandingkan dengan ilmu yang boleh dicedok.