iSaham sentiasa memikirkan cara untuk memudahkan anda melabur. Tulisan kali ini akan mengulas tentang Buy Calculator iSaham yang boleh didapati di sini. Kalkulator saham ini bertujuan untuk mempercepatkan proses pengiraan belian saham dan untung rugi belian saham anda.
Dalam situasi belian saham, anda akan terima kotak error sekiranya amaun (harga × lot) melebihi Available Trading Limit. Ini adalah kisah benar untuk pembelian melalui desktop dan juga mobile. Untuk mobile pula, anda perlu tuliskan semula Trading Pin. Sekiranya anda berada di moment “aku kena beli cepat!”, “aku nak cepat masuk queue”, perkara ini mungkin menjadi kebimbangan untuk anda. Maka untuk mengelakkan perkara di atas terjadi, gunakan Buy Calculator iSaham untuk memudahkan pengiraan belian saham.
Terdapat dua senario penggunaan kalkulator ini
Senario pertama: Mengenalpasti Kos Saham
Input:
- Harga belian
- Kuantiti berdasarkan lot
Output:
- Jumlah bersih amaun yang diperlukan.
Menggunakan kalkulator ini, anda boleh tahu amaun diperlukan untuk membeli kuantiti lot yang dimasukkan. Dalam kalkulator ini, broker fee juga sudah dikira. Jadi, amaun di Net Bought Price adalah jumlah yang perlu ada dalam Trading Limit. Sekiranya amaun tadi tak melebihi Trading Limit, boleh terus beli dengan input yang sama.
Senario Kedua: Letakkan Bajet Belian Saham
Input:
- Amaun yang anda ingin melabur
- Harga belian
Output:
- Kuantiti lot yang boleh dibeli
Dalam senario ini, anda akan diberitahu jumlah lot yang boleh dibeli mengikut bajet anda. Jadi boleh terus ikut harga pilihan hati dan masukkan lot yang dikira tadi.
Kira Untung Rugi Belian Saham
Dalam kedua-dua kalkulator tadi, bahagian bawah lagi akan membuat pengiraan untung rugi dalam bentuk amaun dan juga peratus. Anda cuma perlu isikan harga jualan saham tadi dan kalkulator akan terus buat pengiraan secara serentak. Kalkulator ini akan mengambil kira keuntungan selepas broker fee. Nilai yang terpapar di output adalah nilai sebenar keuntungan anda.