Pengenalan
Cuba anda perhatikan pada chart di atas indikator apa yang digunakan?
Bagi yang tak pernah lihat dan guna, indikator di atas dipanggil VPVR iaitu Volume Profile Visible Range. Apa kegunaan indikator ini dan macam mana nak gunakannya?
Semuanya kami akan ulas dalam blog kali ini.
1. Fungsi VPVR
Secara asasnya, VPVR adalah salah satu indikator dalam analisis teknikal yang berfungsi menunjukkan volume dagangan. Berbeza dengan indikator volume biasa yang menunjukkan volume dagangan berdasarkan masa seperti per hari, minit atau jam, VPVR menunjukkan jumlah volume dagagan pada tahap harga tertentu dalam julat tertentu. Berikut adalah panduan asas untuk memahami dan mentafsir VPVR:
2. Komponen Utama VPVR
- Volume Bar Horizontal: Bar mendatar di sepanjang carta harga mewakili jumlah volume dagangan pada tahap harga tertentu.
- Warna: Biru atau warna cerah biasanya menunjukkan volume belian, manakala jingga atau warna yang lebih gelap menunjukkan volume jualan.
- Point of Control (POC): Bar paling panjang dalam VPVR, menunjukkan harga dengan jumlah dagangan paling tinggi dalam julat yang dipilih. Hanya ada satu point POC yang biasanya ditunjukkan dengan adanya line merah seperti contoh di atas.
- High Volume Nodes (HVN): Kawasan dengan bar volume yang besar selain yang terpanjang. Ini menunjukkan zon di mana banyak dagangan berlaku. Terdapat beberapa HVN dalam satu chart.
- Low Volume Nodes (LVN): Kawasan dengan bar volume kecil atau tiada bar volume. Biasanya zon harga ini, dagangan kurang aktif.
3. Cara Membaca VPVR
- Point of Control (POC):
- Harga cenderung berada pada kawasan ini kerana ia adalah zon "fair value" bagi pembeli dan penjual.
- Paras harga Support/resistance yang terkuat.
- High Volume Nodes (HVN):
- Kawasan ini juga bertindak sebagai sokongan atau rintangan kuat yang kedua.
- Dengan dagangan juga aktif di kawasan,
- Low Volume Nodes (LVN):
- Zon ini dagangan kurang aktif menyebabkan rintangan di kawasan di zon ini lemah.
- Tidak sesuai untuk menjadi Support/Resistance
- Disebabkan rintangannya lemah, harga biasanya bergerak dengan cepat ke tahap harga seterusnya.
Dengan mengenalpasti ketiga-tiga komponen ini, pedagang dapat menentukan support, resistance dan juga zon breakout yag berpotensi.
4. Strategi Berdasarkan VPVR
- Beli di Sokongan: Jika harga berada di kawasan HVN rendah, ini boleh menjadi zon sokongan untuk memasuki posisi beli.
- Jual di Rintangan: Jika harga mendekati HVN tinggi, ini boleh menjadi zon TP.
- Perhatikan breakout yang berlaku di LVN: Gunakan zon LVN untuk mengenal pasti peluang perdagangan pantas, seperti breakout atau breakdown.
- Gabungkan Dengan Indikator Lain: VPVR biasanya lebih berkesan jika digabungkan dengan price pattern, EMA, RSI, atau indikator volume biasa.
5. Contoh Praktikal
1. Harga PGF sedang berada pada paras RM2.21:
2. POC: 2.17, merupakan strong support disebabkan berada di bawah harga semasa.
3. Kalau kita lihat harga sedang berada pada paras HVN dengan volume yang agak besar. ini bermakna harga berada di paras resistance atau Zon TP.
Disebabkan itu, ini bukan masa entry yang bagus. Untuk entry, perlu tunggu sama ada harga memecahkan resistance atau harga retrace ke support.
Perbincangan
Secara rumusan, VPVR merupakan salah visual yang menunjukkan volume dagangan bagi sesuatu paras harga. Untuk membaca indikator ini, anda perlu kenalpasti di manakah point of control, high volume node dan juga low volume node berlaku bagi menentukan paras support dan resistance serta zon dimana potensi breakout berlaku.