Untuk suatu ketika, pembukaan akaun CDS adalah agak fizikal. Proses ini melibatkan borang fizikal yang memerlukan penghantaran dokumen atau dalam kes lain, menurunkan tandatangan. Kini, semua proses pembukaan akaun CDS ini boleh dibuat secara atas talian.
Secara ringkas:
- Untuk buka akaun cds, pergi ke link isaham.my/cds dan ikuti panduan dalam page tersebut.
- WAJIB masukkan DR Code R389 (dan MR code sekiranya ada) di borang CDS M+ Online.
- Rujuk page ini untuk perincian setiap langkah.
Membuka akaun CDS secara online bermaksud anda tidak perlu lagi mencetak borang untuk dihantar ke iSaham. Tidak lagi perlu pos dokumen ke iSaham. Semuanya boleh dibuat secara atas talian. Namun, ada caranya untuk berdaftar dengan iSaham untuk dapatkan pelbagai manfaat iSaham Pro yang kami tawarkan.
Untuk berdaftar dengan iSaham, anda boleh ikut langkah yang telah digariskan dalam laman pendaftaran CDS kami.
Garis Mula: Laman CDS iSaham
Bermula dari laman pendaftaran CDS iSaham, anda perlu mengisi beberapa maklumat seperti berikut:
Borang ini akan memudahkan kami membuat rujukan proses pendaftaran anda dengan iSaham. Untuk ruangan referral, tuliskan nama ejen atau wakil yang perkenalkan anda kepada iSaham. Jika tiada, kosongkan sahaja dan tekan Hantar
.
Anda akan dibawa ke laman seterusnya sebagai persediaan dan pengesahan sebelum ke laman pendaftaran M+ Online. Baca dan ikuti langkah yang digariskan untuk berjaya berdaftar dengan iSaham. Setelah anda bersetuju dengan terma dan syarat, tekan butang Buka Akaun
. Anda akan dibawa ke laman pendaftaran atas talian M+ Online.
Isi nama penuh dan alamat emel ini dan tekan Submit untuk teruskan pendaftaran. Satu link untuk verifikasi emel akan dihantar ke email yang isikan tadi. Semak juga folder Spam / Junk kalau tak jumpa dalam Inbox utama.
Anda akan dibawa ke borang pendaftaran yang dibahagikan kepada 4 bahagian; iaitu pendaftaran dan butiran peribadi, pekerjaan dan pasangan, kewangan, dan pengesahan maklumat.
Bahagian 1: Pendaftaran dan Butiran Peribadi
Dalam bahagian ini, anda perlu mengisi butiran peribadi dan ada beberapa soalan berkaitan akaun.
Sekiranya anda telah mengisi maklumat melalui aplikasi Bursa Anywhere, pilih Yes pada ruangan Bursa Anywhere di borang online ini. Sekiranya anda tidak mendaftar melalui Bursa Anywhere, tak perlu buat, dan pilih No untuk pilihan ini.
Pastikan akaun dagangan pilihan anda ialah Islamic Cash Upfront Account untuk memastikan akaun anda mematuhi landasan syariah. Ini juga adalah syarat untuk dapatkan akses Premium iSaham secara percuma.
Selain itu, tiada soalan yang susah. Cuma pastikan barisan alamat IC dalam borang diisi seperti urutan dalam kad IC anda. Pastikan juga alamat yang dimasukkan adalah sama dengan alamat di dalam IC anda.
Dalam bahagian Race (bangsa), anda boleh ikut garis panduan ini:
- Bumiputra - Melayu / Sabah / Sarawak
- Chinese - Cina
- Indian - India
- Foreigner - Jika pilih PR of Malaysia
- Others - untuk bukan warganegara
Bahagian 2: Butiran Pekerjaan dan Pasangan
Dalam bahagian Employment Detail, untuk Estimated Net Worth, boleh ikut Gross Annual Income. Kalau memang rasa tak tahu nak letak apa, pilih sahaja pilihan amaun terendah.
NOTA:
- Bagi mereka yang bergelar suri rumah atau isteri yang tidak bekerja, anda boleh masukkan maklumat "Homemaker" manakala bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas, anda boleh masukkan maklumat "Retired".
Sekiranya status anda berkahwin, anda akan dibawa ke bahagian kedua ini, iaitu butiran pasangan. Sekiranya tidak, anda akan terus ke bahagian 3. Soalan di sini adalah mudah dan ringkas. Maka anda sepatutnya tiada masalah untuk mengisi bahagian ini.
Bahagian 3: Butiran Kewangan
Dalam bahagian ini, anda perlu lampirkan penyata bank. Boleh gunakan apa-apa bank yang berdaftar dengan nama anda sendiri. Sekiranya anda ingin tutorial untuk dapatkan penyata bank, boleh baca di link di bawah:
Boleh muat naik potongan penyata bank yang mengandungi:
- Nama pemegang akaun yang penuh seperti IC
- Nombor akaun
- Nama & logo bank.
Nota penting: Jangan screenshot keseluruhan skrin atau transaksi kewangan. Potong bahagian yang menampakkan atas penyata bank (bahagian yang mengandungi butiran diri anda) sahaja. Permohonan anda mungkin akan ditolak sekiranya arahan ini tidak dipatuhi.
Untuk mengelakkan masalah pada muatnaik fail penyata, ada beberapa perkara yang kami boleh sarankan, iaitu memastikan:
- fail dalam bentuk JPEG atau JPG (gambar), boleh gunakan screenshot
- wajib ada logo bank, nama pemegang dan nombor akaun dalam screenshot tersebut
- perlu jelas dan tiada bayang pada gambar
- fail PDF tak dibenarkan
- jika menggunakan penyata bank dari cawangan bank, perlu ada cop dan tandatangan pegawai bank
Selain itu, anda juga akan ditanya tentang toleransi risiko yang anda sanggup hadapi. Anda hanya perlu membuat pilihan mengikut risiko yang anda selesa.
Bahagian 4: Pengisytiharan
Jawab soalan perakuan atau Declaration mengikut kriteria yang menepati diri anda. Boleh rujuk di sini kerana mungkin ada yang perlukan sedikit panduan.
FEA bermaksud Foreign Exchange Administration. Boleh rujuk link di BNM ini untuk butiran lanjut. Secara ringkas, jika anda mempunyai pinjaman peribadi (rumah + kereta + PTPTN) melebihi RM 1 juta, boleh pilih pilihan 2 (I have domestic borrowings up to RM 1,000,000). Jika tidak, boleh pilih pilihan 1 (I do not have...).
Declaration of Principal Account Holder bertanyakan sama ada anda adalah pemilik akaun, dan dagangan melalui akaun ini akan dibuat untuk anda sebagai pemilik akaun. Tandakan kotak ini sekiranya betul.
Anda kemudian akan di bawa ke halaman summary.
Bahagian 5: Rumusan dan Pengesahan
Sesudah mengisi semua ruangan borang, anda boleh semak borang yang diisi. Pastikan maklumat diri diisi dengan betul dan jenis akaun adalah Islamic. Sekali lagi peringatan bahawa akaun Islamic adalah syarat untuk dapatkan akses percuma iSaham Pro.
Sesudah semak, pastikan ruangan DR Code dengan di isi dengan kod R389 seperti garis panduan kami. Sekiranya DR Code bukan dengan iSaham, anda tidak berpeluang untuk mendapat akses premium ini secara percuma. Sekiranya anda diperkenalkan kepada iSaham melalui Marketing Representative (MR) kami, tuliskan sekali kod MR mereka di Reference Code. Isikan MR389- diikuti dengan 3 angka kod MR seperti di bawah. Boleh kosongkan sahaja ruangan ini sekiranya tidak berkaitan. Sekiranya anda diperkenalkan melalui kenalan yang turut menggunakan iSaham, boleh isikan Referral Code kepunyaannya.
Akhir sekali, turunkan tandatangan secara elektronik berserta persetujuan terma dan syarat.
Bahagian Pembayaran
Setelah siap semua, tekan Proceed to Payment
. Anda akan dibawa ke laman pembayaran FPX. Pembayaran sebanyak RM 11 perlu dibuat dari akaun bank pemohon akaun CDS M+ sendiri sahaja. Tidak boleh membayar dari akaun pihak ketiga (suami / isteri / adik / keluarga / syarikat).
Senarai bank dibawah sahaja yang ada untuk membayar yuran pembukaan akaun CDS M+ Online.
Setelah pembayaran dibuat, anda akan dibawa ke halaman ini. Anda hanya perlu memuat naik gambar kad pengenalan dan mengambil swafoto (selfie) untuk tujuan verifikasi. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan sopan semasa menangkap swafoto. Pastikan juga info-info di kad pengenalan tersebut dapat dilihat dengan jelas.
Bagi mengelakkan permohonan ditolak, pastikan anda mengambil swafoto dengan betul. Pastikan gambar muka anda kelihatan jelas dan pastikan juga gambar tidak bergegar. Contoh pengambilan swafoto yang betul boleh dilihat pada contoh gambar di bawah:
Kemudian, lengkapkan pembayaran sebanyak RM 11 tadi, maka sempurnalah pendaftaran online ini. Sekiranya anda mengalami sebarang kesukaran, boleh berhubung dengan team kami untuk sebarang pertanyaan.
Berikan masa dalam 2 hingga 4 minggu untuk akaun anda siap. Proses ini lengkap setelah anda menerima nama pengguna dan kata laluan untuk login ke platform dagangan M+ Online.