Platform M+ Global membolehkan anda membeli saham-saham global seperti saham di pasaran US dan HK.
Untuk membeli saham global di M+ Global, anda perlu membuka akaun M+ Global terlebih dahulu. Sila rujuk panduan Cara Mendaftar Akaun Mplus Global untuk penerangan lanjut.
Blog ini akan menerangkan cara membeli saham global di platform M+ Global.
Langkah 1: Log masuk ke akaun Mplus Global
Langkah 2: Cari nama saham
Tekan ikon kanta pembesar dan masukkan nama saham yang anda hendak beli.
Langkah 3: Tekan “Buy”
Langkah 4: Pilih “Order Type”
Terdapat tiga pilihan untuk “Order Type” iaitu “Limit”, “Market”, dan “Arrival Price”.
Order Type 1: Limit
Anda perlu tetapkan berapa harga saham yang anda ingin beli di bahagian ‘Price’ dan tetapkan bilangan unit yang anda ingin beli di bahagian “Quantity”.
Untuk pasaran global, minimum pembelian adalah 1 unit. Maksimum pembelian pula bergantung kepada jumlah modal yang anda telah deposit ke dalam akaun global ini.
Order Type 2: Market
Anda tidak perlu tetapkan harga kerana saham akan dibeli pada harga semasa.
Anda cuma perlu tetapkan bilangan unit yang anda ingin beli di bahagian “Quantity”.
Order Type 3: Arrival Price
Pilih “Trigger Direction”. Terdapat dua pilihan iaitu:
i. ≥ : Apabila harga semasa mencapai atau melebihi “Trigger Price” yang ditetapkan, pesanan belian akan beratur pada harga "Limit" atau harga "Market" yang ditetapkan.
ii. ≤ : Apabila harga semasa mencapai atau kurang daripada daripada “Trigger Price” yang ditetapkan, pesanan belian akan beratur pada harga "Limit" atau harga "Market" yang ditetapkan.
Seterusnya, tetapkan “Price”. Terdapat dua pilihan iaitu “Limit” dan “Market”.
i. Sekiranya anda memilih “Limit”, anda perlu tetapkan harga yang anda mahu.
ii. Sekiranya anda memilih “Market”, “Price” akan mengikut harga semasa saham tersebut.
Seterusnya, masukkan bilangan unit yang anda hendak beli.
Langkah 5: Pilih waktu dagangan
Terdapat dua pilihan waktu dagangan iaitu “Regular Trading Hours” dan “Include Extended Hours”.
i. Sekiranya anda memilih “Regular Trading Hours”, belian akan berlaku pada waktu dagangan biasa seperti berikut:
US
Sesi pra-pembukaan | 9.00 am - 9.30 am |
Sesi pagi | 9.30 am - 12.00 pm |
Tutup | 12.00 pm - 1.00 pm |
Sesi tengah hari | 1.00 p.m - 4.00 pm |
Sesi penutupan lelongan | Start at 4.00 pm (penutupan rawak antara 4.08 pm - 4.10 pm) |
ii. Sekiranya anda memilih “Include Extended Hours”, belian boleh berlaku sama ada sebelum, semasa, atau selepas waktu dagangan biasa. Tetapan ini terpakai untuk pasaran US sahaja.
Langkah 6: Pilih "Time-in-force"
Tetapan ini hanya perlu dilakukan sekiranya anda memilih “Arrival Price” pada “Order Type".
Terdapat dua pilihan, iaitu “Day” dan “Good Till Cancelled”.
i. Day - Pesanan belian akan dibatalkan selepas tamat waktu dagangan sekiranya harga saham tidak mencapai "Trigger Price" yang ditetapkan.
ii. Good Till Cancelled - Pesanan belian akan dikekalkan sehingga anda membatalkannya atau tamat tempoh sekiranya harga saham tidak mencapai "Trigger Price" yang ditetapkan (maksimum 90 hari).
Langkah 7: Tekan "Buy"
Setelah selesai melakukan langkah-langkah di atas, tekan “Buy” untuk meneruskan belian.