Susulan pengumuman dari pihak Malacca Securities yang akan mula menghentikan aplikasi M+ Online secara berperingkat, ramai mula bertanya kepada kami, apa yang akan berlaku. Contohnya, saya kena beralih ke apps M+ Global ke? Kena daftar akaun baru atau boleh pakai akaun CDS sedia ada?
Jangan risau, dalam blog kali ini kami akan menjawab semua soalan tersebut dan apa yang anda harus lakukan selepas ini.
Pengenalan
Selepas ini, aplikasi M+ Online yang digunakan sebelum ini, akan ditamatkan perkhidmatan dan pedagang perlu beralih ke aplikasi M+ Global. Untuk makluman, pedagang boleh mengakses pasaran Bursa dan global, iaitu US/HK melalui aplikasi M+ Global. Bagi anda yang sudah mempunyai akaun CDS bersama Mplus, akaun CDS anda tidak akan hilang dan masih boleh diakses di aplikasi M+ Global.
Bagi pelanggan yang hanya mempunyai akaun CDS Mplus sahaja, pelanggan hanya boleh mengakses pasaran Bursa. Untuk mengakses pasaran US/HK, pelanggan perlu membuka dan mendaftar akaun global terlebih dahulu. Pendaftaran ini boleh dilakukan melalui aplikasi M+ Global selepas berjaya log masuk ke aplikasi ini atau melalui laman web Mplus. Bagi mereka yang baru hendak membuka akaun M+ Global, anda boleh layari blog Cara Mendaftar Akaun M+ Global.
Tutorial Beralih Dari M+ Online ke M+ Global
1. Download aplikasi M+ Global seperti yang dibawah.
2. Bagi log masuk kali pertama, anda boleh masukkan nombor telefon yang didaftarkan pada akaun CDS Mplus.
Selepas berjaya, boleh log masuk pada masa akan datang dengan masukkan maklumat user ID, emel atau nombor telefon yang didaftarkan.
3. Verification code akan dihantar ke email/nombor telefon anda, dan masukkan nombor kod tersebut.
4. Tetapkan Password yang menepati semua kriteria yang dipaparkan
5. Kemudian, bagi tujuan keselamatan, anda digalakkan untuk reset transaction password dengan klik pada "GO to set" .
Tetapkan 6 digit "Trading Password". Kata laluan ini akan digunakan untuk confirmation untuk transaksi di M+ Global.
6. Sign in anda berjaya. Bagi memulakan dagangan di Bursa Malaysia, klik pada menu Bursa di penjuru atas sebelah kiri.
Selepas anda klik "BURSA" anda akan dibawa ke paparan portfolio akaun anda. Anda sudah boleh melakukan transaksi jual beli saham Bursa.
Bagi penjelasan cara jual beli saham Bursa di aplikasi M+ Global anda boleh rujuk blog kami di pautan berikut:
Cara Jual Beli Saham Bursa Di M+ Global
7. Bagi mereka yang ingin berdagang di pasaran global, dan belum mempunyai akaun M+ Global, boleh klik pasaran US/HK dan klik pada "Next" untuk mendaftar.
Untick juga "Share Margin Financing Account". Untuk maklumat, margin financing account ini membolehkan pedagang meminjam wang untuk membeli sekuriti yang disenaraikan, menggunakan saham sedia ada mereka sebagai cagaran.
Untuk panduan pendaftaran, boleh rujuk Cara Mendaftar Akaun M+ Global.
Kesimpulan
Jadi begitulah cara- cara anda beralih dari M+ Online ke M+ Global. Secara asasnya bagi mereka yang sudah mempunyai akaun CDS bersama M+ dan hanya ingin berdagang di Bursa, anda tidak perlu daftar akaun Global. Jadi jangan risau, akaun CDS anda tidak hilang dan masih boleh digunakan di aplikasi M+ Global. Bagi yang masih keliru atau mempunyai masalah, boleh hubungi kami di Telegram iSaham Support.