Sekadar trivia, RHB Bank Berhad telah tersenarai di Bursa Malaysia di bawah nama DCB Holdings Berhad. Ia mula mengambil nama RHB kini bermula Disember 1994. Bank ini ditubuhkan oleh Tan Sri Rashid Hussain (dari sini datangnya RH) dan kini syarikat ini bernilai RM 18.8 bilion. Bank ini merupakan yang ke-5 terbesar di Malaysia selepas CIMB.
Dalam tulisan ini, kami akan terangkan cara mendapatkan penyata bank untuk RHB. Mudah sahaja, boleh ikuti cara-cara di bawah.
1. Login ke RHB Now
Laman web RHB yang anda perlu pergi adalah di rhbgroup.com. Tekan butang Login dan kemudiannya RHB Now untuk log masuk. Selepas log masuk, anda akan dibawa secara automatik ke dashboard laman pengguna.
2. Pergi ke menu sisi
Dari dashboard, cari butang menu (simbol tiga garisan) di bahagian atas laman dashboard. Anda akan keluarkan menu-menu yang lebih banyak. Dari menu, pilih eStatement Management
di bawah menu My Account
.
3. Pilih jenis akaun
Pilih jenis akaun bank sama ada Savings, Current, Credit Card atau lain-lain. Kebiasaan jenis akaun untuk kegunaan harian adalah akaun Savings.
4. Pilih akaun
Dari jenis akaun yang dipilih tadi, anda akan dibawa ke senarai akaun untuk jenis yang dipilih. Pilih akaun mana yang berkenaan.
5. Pilih penyata
Dari jenis akaun yang dipilih tadi, anda akan dibawa ke senarai tempoh waktu yang mana satu anda berminat. Selalunya anda perlu ambil temboh yang terbaru, atau 3 bulan terbaru.
6. Lihat penyata
Apabila anda tekan pada penyata yang dipilih, ia akan dimuat turun. Boleh terus lihat atau guna penyata ini untuk urusan anda.
Setakat itu sahaja cara-cara untuk melanggan penyata elektronik dan melihat penyata ini. Semoga panduan ini dapat membantu urusan anda.