ASAS

25-OCT-2019

Cara Deposit Modal ke Akaun CDS Malacca Securities (Mplus)


 


Sekarang ni anda sudah pun buka akaun CDS. Bagi akaun CDS jenis cash upfront account, anda perlu deposit atau topup dahulu modal ke dalam akaun CDS sebelum membuat pembelian pertama. Berapa banyak perlu deposit? Terpulang, tiada jumlah minimum. Anda akan ada kuasa membeli yang lebih tinggi dan lebih banyak pilihan jika modal anda lebih besar.

Anda boleh teruskan bacaan untuk cara-cara deposit ke dalam CDS dengan lebih detail. Ataupun terus ke bahagian bawah untuk lihat tutorial ini dalam bentuk video.

Apapun step yang pertama sekali anda kena log masuk ke dalam akaun Mplusonline anda. Seterusnya, klik pada menu tab Payment >> Deposit seperti gambar di atas.

mplus pilihan deposit

Kemudian popup akan keluar seperti gambar di atas, memberikan anda dua pilihan sama ada melalui Manual Transfer (IBG, cek, tunai) ataupun FPX Direct Transfer. Kalau modal anda RM 1,000 ke atas lebih baik guna FPX. Kalau tak, gunakan Manual Transfer. Kita akan cover kedua-dua pilihan di bawah.

Pilihan 1 - FPX Direct Transfer (minima modal RM1000)


Langkah 1: Pilih option deposit melalui FPX Direct Transfer dan tekan butang Submit. Anda akan dibawa ke kaunter pembayaran secure FPX dan pilih mana-mana online bank pilihan anda.

Langkah 2: Anda akan diminta untuk log masuk online bank anda dan masukkan OTP melalui SMS yang diterima. Anda akan terima email status transaksi dari FPX.

Langkah 3: Untuk lihat status deposit, klik menu Payment dan tekan Status. Anda akan lihat status Successful jika transaksi berjaya. Cara lain untuk melihat status ialah klik menu Account Summary, anda akan lihat jumlah modal anda disini.

Proses ini lebih mudah kerana anda tidak perlu upload resit sebagai bukti deposit dan tidak perlu tunggu lama, duit akan masuk terus ke dalam akaun CDS anda. Untuk menggunakan FPX Direct Transfer (atau instant transfer), minima modal yang ditetapkan oleh Malacca Securities adalah RM1000 untuk setiap transaksi dan maksima RM30 ribu dalam masa sehari.

Jika anda masih mengalami kesukaran, ikuti langkah di link ini.


Pilihan 2 - Manual Transfer


Untuk manual, anda perlu masukkan modal ke dalam akaun Mplus terlebih dahulu (melalui IBG, cek atau tunai) dan upload resit transaksi ke dalam mplusonline. Anda akan lihat modal anda masuk dalam Account Summary lebih kurang 30 minit selepas upload resit, waktu pejabat.

Langkah 1: Masukkan atau depositkan modal anda ke salah satu akaun bank Mplus bawah:

Bank NameAccount Number
Maybank Islamic554026275948
Maybank004021409181
CIMB8004758259
RHB20402700043039
Hong Leong17200310373
Public Bank3171666534
UOB1983020394

Account Holder: Malacca Securities Sdn Bhd

Email: support@mplusonline.com.my

Langkah 2: Save dan simpan resit. Sangat penting! Anda perlu upload resit ini ke dalam akaun Mplus anda. Sekiranya anda membuat bayaran melalui IBG, anda boleh save resit dalam bentuk fail elektronik (pdf). Sekiranya tunai (ATM) atau cek, anda perlu dapatkan resit daripada mesin ATM atau deposit cek

Langkah 3: Tekan menu Payment >> Deposit >> Manual Transfer >> Submit



Langkah 4: Masukkan maklumat seperti yang diminta dan klik submit. Maklumat yang diminta ialah tarikh, masa, jumlah modal yang deposit, nama bank yang anda guna (Drawee Bank) dan nama bank Mplus yang anda pilih (Deposit Bank).


Sekiranya anda berhadapan dengan masalah semasa upload resit, buang semua simbol, special characters, dash daripada nama fail yang anda upload dan upload sekali lagi. Sekiranya masalah masih berterusan, tekan butang Submit tanpa perlu upload resit, yang penting tarikh dan masa yang anda isi adalah betul.

Untuk semak status deposit, klik menu (tab) Payment >> Status. Deposit anda akan masuk ke dalam akaun dalam masa kurang dari 30 minit waktu bekerja dan status akan berubah kepada Updated. Duit yang sudah dimasukkan ke dalam akaun Mplus anda akan muncul di bahagian Account Summary.

Bagi yang masih mengalami kesukaran, boleh lah lihat video tutorial di bawah.

Tutorial video

Versi English:


Versi Bahasa Melayu:



Disclaimer: Cara deposit di atas adalah tertakluk kepada perubahan. Kemaskini terakhir pada 28 April 2019.


< kembali ke laman blog utama