TUTORIAL

16-APR-2024

Cara Deposit ke Akaun Mplus Global


FA    


Selain pasaran Bursa, Platform M+ Global turut membolehkan anda melabur dalam pasaran luar negara iaitu pasaran US dan HK.

Untuk melabur di M+ Global, anda perlu membuka akaun M+ Global terlebih dahulu. Sila rujuk panduan Cara Mendaftar Akaun Mplus Global untuk penerangan lanjut.

Blog ini akan menerangkan cara deposit ke akaun M+ Global. 

 

Langkah 1: Log masuk ke akaun M+ Global

 

 

Langkah 2: Tekan butang Trade di bahagian bawah skrin

 

 

Langkah 3: Pilih pasaran

Sebelum melakukan deposit, pastikan anda memilih akaun BURSA atau US/HK terlebih dahulu. Deposit yang dimasukkan ke dalam akaun adalah bergantung kepada pemilihan akaun yang dipilih dan cara deposit ke dalam akaun adalah berbeza. 

Sekiranya anda ingin melabur dalam pasaran global, tekan US/HK. Deposit yang dimasukkan akan digunakan untuk dagangan pasaran US/HK. Sekiranya anda ingin melabur dalam pasaran Malaysia pula, tekan BURSA. Duit yang dimasukkan akan digunakan untuk pasaran Bursa. Kedua-dua pasaran mempunyai cara deposit yang sedikit berbeza.

 

 

Langkah 4: Tekan Deposit selepas pilih pasaran

 

 

(A) Pasaran US/HK:

1. Deposit menggunakan FPX. Klik Deposit

 

2.  Masukkan amaun dan tekan “Submit”

 

Minimum deposit ialah RM100. Deposit perlu ditransfer melalui bank yang didaftarkan di bawah nama pemilik akaun M+ Global. Deposit daripada akaun bank pihak ketiga, e-wallet, dan akaun bersama adalah tidak dibenarkan.

 

3. Masukkan trading password

 

 

4. Pilih bank yang hendak digunakan

(B) Pasaran Bursa:

Boleh deposit menggunakan sama ada FPX atau Offline deposit. 

 

B(i) FPX 

1.  Masukkan jumlah yang ingin didepositkan. Berbeza dengan FPX US/HK, jumlah minimum bagi deposit yang ditetapkan ialah RM1,000 dan maksimum RM30,000 dengan had maksimum RM250,000 sehari. 

2. Sahkan jumlah, dan klik "Confirm".

 

3. Masukkan Trading Password.

4. Anda akan di bawa ke platfrom pembayaran. Pilih bank/platform yang anda hendak gunakan dan selesaikan pembayaran.

 

5. Selepas pembayaran deposit selesai, anda akan menerima notis seperti berikut. Klik "Return to Malacca Securities S/B page" untuk kembali ke platform M+ Global.

6. Jika anda ingin menyemak rekod transaksi, klik "Deposit Record". Jika anda ingin menambah deposit pula, klik "Deposit Again".

B(ii) Offline deposits 

1. Selepas anda klik deposit pada Offline deposits, anda akan dipaparkan seperti gambar di bawah.

2. Pada bahagian deposit methods, pilih cara anda hendak deposit wang sama ada direct transfer, cash dan check. Anda hanya perlu trasnfer wang yang hendak dideposit ke butiran bank yang dipaparkan. 

3. Klik pada bank account no, anda hanya perlu transfer wang yang hendak dideposit ke salah satu bank yang dipaparkan. 

4. Selepas selesai, masukkan butiran pembayaran seperti jumlah, masa dan paling penting upload resit sebagai bukti pembayaran. 

 

5. Permohonan deposit anda akan diproses.

 

 

Nota:

Untuk deposit  menggunakan Offline deposit, wang anda akan masuk ke akaun anda dalam tempoh 1-2 hari bekerja manakala untuk FPX sepantas kurang 15 minit. Sekiranya delay, anda boleh hubungi mplus support pada talian berikut:

1300 22 1233

 

Sekiranya anda tersilap memilih pasaran (MY dan US/HK) semasa melakukan deposit, pemindahan wang antara akaun MY dan US/HK boleh dilakukan melalui kaedah inter transfer. Ikuti tutorial inter transfer di pautan di bawah: 

Inter Transfer Modal Anda Melalui M+ Global

 

Jadi begitulah caranya untuk mendeposit wang ke dalam akaun M+ Global. Cara ini merupakan cara alternatif untuk anda. Sekiranya anda lebih selesa untuk mendeposit wang melalui platform Mplus Online, anda boleh merujuk pautan berikut:

Cara Deposit Menggunakan Mplus Online

 
 

< kembali ke laman blog utama