TUTORIAL

03-OCT-2024

Cara Jual Beli Saham Bursa di M+ Global


AA    


 

Selain membolehkan anda membeli/menjual saham-saham global seperti di pasaran US dan HK, M+ Global turut membolehkan anda untuk berdagang di pasaran Bursa. Bagi anda yang sudah mempunyai akaun CDS bersama Mplus, anda boleh menggunakan fungsi ini secara terus bagi selepas anda muat turun aplikasi M+ Global. 

Blog ini akan menerangkan cara membeli dan menjual saham Bursa di platform M+ Global.

 

Langkah 1: Buka aplikasi M+ Global dan pergi ke menu Trade.

 

 

Langkah 2: Pada bahagian penjuru atas sebelah kiri, pilih pasaran BURSA. Kemudian klik "Trade"

 

Langkah 3: Pada bahagian carian, cari saham yang anda ingin beli/jual 

 

 

Langkah 4: Masukkan maklumat berkaitan dan klik "Buy/Sell"

 

 

Pada bahagian order type, anda diberikan pilihan untuk memilih sama ada menggunakan Limt, Odd Lot, dan Stop Limit. Manakala untuk validity, anda boleh pilih sama ada "Today, 30 days, atau Custom". 

 

Langkah 5: Selepas klik Buy/sell, sahkan transaksi dan pesanan anda akan dihantar. 

Langkah 6: Selepas order anda matched, pada bahagian status akan berubah ke "Filled". Transaksi anda selesai.  

 

Jadi begitulah caranya untuk membeli/menjual saham Bursa di platform M+ Global. Bagi mereka yang masih tidak mempunyai akaun M+ Global, boleh ikuti blog Cara Mendaftar Akaun Mplus Global.


< kembali ke laman blog utama