Untuk melabur dalam saham, anda tidak semestinya perlu membeli dalam bentuk lot. Sepertiyang kita tahu, 1 lot bersamaan 100 unit saham. Selain membeli dalam bentuk lot, anda juga boleh membeli saham dalam kuantiti ganjil. Contohnya 1 unit,3 unit, 75 unit dan sebagainya.
Kini, anda sudah boleh melakukan dagangan saham odd lot Bursa melalui aplikasi M+ Global. Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu anda ikuti:
Langkah 1: Log masuk ke akaun Mplus Global
Langkah 2: Cari kaunter
Tekan ikon kanta pembesar dan tulis kaunter pilihan anda. Senarai akan dipaparkan untuk carian yang sepadan dengan nama yang anda tulis tadi.
Dari senarai hasil carian tadi, tekan pada kaunter yang anda mahu beli/jual.
Langkah 3: Tekan “Buy/Sell”
Sekiranya anda hendak membeli saham tersebut, sila tekan “Buy”.
Sebaliknya, sekiranya anda hendak menjual, boleh tekan “Sell”.
Langkah 4: Pilih “Odd Lot” di bahagian “Order Type”
Langkah 5: Tetapkan harga dan bilangan unit
Anda perlu tetapkan berapa harga saham yang anda hendak beli/jual beserta kuantiti.
Langkah 6: Tetapkan “Validity”
Fungsi “Validity” ini membolehkan anda untuk tetapkan berapa lama anda hendak “Queue” untuk membeli/menjual saham tersebut.
Langkah 7: Tekan “Buy/Sell”
Sekiranya anda hendak membeli saham tersebut, sila tekan “Buy”.
Sebaliknya, sekiranya anda hendak menjual, boleh tekan “Sell”.