ASAS

07-NOV-2024

Cara Membuat Kajian IPO


AA    


 

Pengenalan

Dalam menentukan sama ada sesebuah syarikat yang bakal disenaraikan itu bagus ataupun tidak, kajian terhadap IPO adalah kuncinya. Untuk itu, sebelum memohon, pedagang dan pelabur dinasihatkan untuk mengkaji prospektus atau draf prospektus yang diberikan. Jika setelah membuat kajian, anda merasakan yang syarikat itu berpotensi, barulah anda boleh memohon bagi menjaga risk:reward. Dalam blog kali ini, iSaham akan terangkan kriteria-kriteria penting dalam menilai sama ada IPO itu bagus ataupun tidak. Semuanya berfokus dalam prospektus yang diberikan syarikat.

 

1.0 Bisnes dan latar belakang syarikat

 

a. Business Segment

Untuk mengetahui syarikat, anda perlu merujuk bisnes apa yang dilaksanakan syarikat untuk menjana pendapatan. Untuk ini anda boleh merujuk bahagian bisnes segmen yang menunjukkan peratusan servis/produk yang dijalankan kepada pendapatan syarikat dan juga geografi bisnes dijalankan. Contoh seperti syarikat di Supreme: 

 

 

b. Management & Ownership

Selain itu, anda juga boleh melihat siapakah yang mengemudi syarikat dan siapakah pemilik individu yang memiliki pegangan dalam syarikat. Ini bertujuan untuk mengenalpasti potensi kepimpinan. Salah satu red flag yang mungkin ada dalam sesetengah syarikat ialah dimiliki oleh individu/institusi yang dikategorikan bermasalah contohnya ahli politik yang mempunyai kes rasuah . 

 

2.0 Kewangan

Prestasi kewangan syarikat adalah kriteria penting dalam menilai tahap kemampuan syarikat mebuat jualan seterusnya membuat keuntungan. Antara yang info penting yang perlu dilihat.

 

a. Pendapatan

IPO yang baik mampu menjana pendapatan yang stabil dan lebih baik jika ia meningkat berbanding tahun kewangan sebelumnya. Anda juga boleh merujuak bahagian management discussion untuk mengetahui dengan lebih terperinci sebab kenaikan/penurunan pendapatan syarikat. Contoh "Management Discussion":

 

 

b. Profit/loss

Bagi mengetahui kemampuan syarikat untuk membuat keuntungan, anda perlu membandingkan prestasi untung/rugi syarikat. Syarikat yang baik mampu membuat keuntungan yang lebih baik dari sebelumnya. Antara yang anda boleh lihat ialah margin PAT syarikat. Margin yang bagus adalah lebih tinggi dari 10%.

 

c. Asset vs liabiliti

Perbandingan aset dan liabiliti syarikat adalah penting bagi mengetahui tahap kesihatan kewangan syarikat. Syarikat yang sihat mempunyai aset yang mampu menampung sekurang-kurang 2X liabiliti syarikat atau lebih. Jika nilai liabiliti syarikat melebihi nilai aset, ini boleh menyebabkan risiko muflis disebabkan syarikat tidak mampu untuk membayar liabiliti yang dipinjam. Antara yang boleh dijadikan rujukan ialah nilai current ratio dan gearing ratio yang dipaparkan dalam prospektus.

 

 

d. Order Book

Sebahagian syarikat terutamanya syarikat pembinaan dan pembangunan turut mempunyai nilai order book yang terkumpul. Dalam bahasa mudah, order book ialah pendapatan syarikat yang belum direalisasikan. Contohnya, syarikat X menerima kontrak pembinaan perumahan  bernilai RM500 juta yang akan direalisasikan dalam tempoh 2 tahun. Jadi jangkaan syarikat akan menerima RM250 juta setahun. Semakin tinggi nilai order book yang dinyatakan dibandingkan dengan pendapatan semasa syarikat, semakin tinggi sumbangan order book tersebut kepada pendapatan masa hadapan syarikat, bermakna lebih bagus. 

 

3.0 Penggunaan Dana

 

a. Growth Factor

Secara asasnya, penggunaan dana yang bagus mestilah bertujuan untuk pertumbuhan syarikat. IPO yang bagus memperuntukkan sebahagian besar dana bagi tujuan ini contohnya, membina kilang baharu, membeli mesin, meluaskan operasi di kawasan lain dan banyak lagi.  Lagi besar peratusan untuk growth factor ini, lagi tinggi potensi syarikat untuk terus berkembang. 

 

b. Pembayaran Hutang

Ramai yang menyangka penggunaan dana bagi tujuan pembayaran hutang adalah satu red flag. Tapi sebenarnya anda perlu mengkaji apakah tujuan hutang itu digunakan sebelum memutuskan sama ada baik atau buruk. Jika hutang digunakan untuk mengembangkan bisnes syarikat contohnya bagi pembelian kilang atau mesin, ia adalah satu contoh yang mungkin ia adalah satu green flag bagi IPO ini. Contoh di bawah, 3REN yang menggunakan hutang bagi tujuan pembelian kilang dan pejabat. Namun, jika hutang digunakan untuk sesuatu yang tidak memberi faedah kepada syarikat mungkin menjadi red flag kepada IPO ini. 

 

 

4.0 Industri

a. Prestasi industri: 

Dalam menentukan prestasi semasa, prestasi industri yang dimainkan syarikat juga boleh menjadi aspek penting. Terdapat industri yang perkembangan yang agak perlahan dan ada yang lebih laju semuanya bergantung kepada faktor ekonomi negara dan global. Contoh ketika zaman pandemik, industri pelancongan dilihat agak perlahan berbanding industri kesihatan dan teknologi yang mencanak naik. Sekiranya syarikat IPO disenaraikan ketika industri yang dimainkannya sedang mencanak naik, ini adalah satu petanda IPO ini berpotensi. 

 

5.0 P/E Ratio 

Nisbah P/E adalah salah satu komponen penting untuk menentukan sama ada harga IPO yang ditawarkan itu overvalue atau undervalue. 

 

a. P/E Syarikat VS P/E Industri VS P/E Peers

Untuk menentukannya, nisbah P/E syarikat perlu dibandingkan dengan industri dan juga pemain-pemain yang ada dalam industri tersebut. IPO yang bagus mempunyai nilai nisbah P/E yang lebih rendah dari kedua-duanya. Semakin rendah nisbah P/E syarikat berbanding P/E industri dan peers, semakin tinggi potensi upside IPO tersebut.  Contoh perbandingan P/E di iSaham: 

 

 

Perbincangan 

Sebagai rumusan, kajian IPO adalah penting sebelum anda memohon apa-apa IPO. Dengan mengkajinya, anda boleh mengenalpasti potensi dan juga risiko yang ada apabila sahamnya disenaraikan. Kriteria-kriteria di atas boleh menjadi panduan anda dalam menentukan sama ada IPO itu bagus atau tidak. Sekiranya IPO yang anda kaji mempunyai sebahagian besar/semua kriteria baik yang disenaraikan di atas, potensi untuk saham syarikat untuk membuat lonjakan adalah lebih tinggi dan risiko yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, keadaan pasaran sedikit sebanyak akan mempengaruhi prestasi IPO yang akan disenaraikan. 

 


< kembali ke laman blog utama