TUTORIAL

12-JUL-2023

Cara Membeli IPO menggunakan Public Bank


AR    


Ada tiga perkara yang anda perlu ada sebelum membeli IPO. Anda perlu ada akaun CDS, akaun bank, modal dalam bank. Tutorial ini akan mengajar anda cara-cara nak beli IPO menggunakan Public Bank. Sebelum itu, anda disarankan untuk mengikuti panduan strategi IPO iSaham terlebih dahulu sebelum membuat belian untuk mengoptimumkan modal pelaburan anda. Teruskan bacaan di bawah untuk cara membeli IPO menggunakan Public Bank.

Langkah 1: Log masuk

Pergi ke laman PBe, masukkan ID pengguna dan kata laluan untuk log masuk.

log masuk pbe

 

Langkah 2: Pergi ke halaman Investment

Selepas berjaya log masuk ke akaun PBe, anda akan di bawa ke papan pemuka PBe. Tekan butang Investment untuk melihat pelbagai servis yang ditawarkan dalam menu ini.

halaman investment pbe

Kemudian, tekan butang eIPO untuk meneruskan langkah permohonan IPO anda.

eipo pbe

Langkah 3: Tetapkan akaun CDS

Sekiranya anda menggunakan eIPO ini buat kali pertama, boleh tetapkan dahulu nombor akaun CDS anda. Fungsi ini adalah untuk menyimpan nombor CDS bagi memudahkan proses permohonan IPO pada masa akan datang. Jika anda telah melakukan langkah ini, boleh langkau ke langkah 4 untuk memilih IPO.

Maklumat nombor akaun CDS akan dipaparkan melalui laman Manage CDS Account jika anda telah memasukkan nombor akaun CDS sebelum ini. . 

nombor cds pbe

Untuk menambah akaun CDS baru, tekan butang Add New CDS dan masukkan 15 angka nombor CDS dan nama untuk disimpan. Akaun CDS yang ingin dipautkan mestilah di bawah nama pemilik yang sama dengan akaun bank.

Boleh rujuk pautan blog kami untuk cara mendapatkan nombor akaun CDS.

tambah nombor cds

Langkah 4: Pilih IPO

Pada laman eIPO, tekan butang Apply eIPO untuk melihat senarai IPO yang boleh dipohon. Kemudian, tekan nama saham yang ingin dipohon. 

Anda juga boleh membaca prospektus IPO untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang syarikat tersebut. Permohonan eIPO melalui PBe ini akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM 2. 

Langkah 5: Terma dan syarat permohonan

Baca terma dan syarat permohonan eIPO. Jika setuju, boleh tekan butang Accept untuk langkah seterusnya.

Langkah 6: Mengisi permohonan IPO

Ringkasan maklumat IPO seperti harga seunit dan tarikh tutup permohonan akan dipaparkan seperti di bawah. 

Maklumat nombor akaun CDS anda akan dipaparkan secara automatik pada ruangan CDS Account Number jika telah berjaya dipautkan. 

Sebelum anda mengisi jumlah lot saham yang ingin dibeli, anda boleh merujuk iSaham IPO Tier Calculator untuk mengenal pasti jumlah untuk dipohon berdasarkan modal anda. Sebagai contoh, jika anda mempunyai modal sebanyak RM 5,000, anda digalakkan untuk memohon sebanyak 201 lot atau 20,100 unit saham bagi permohonan IPO KGW. 

Untuk memahami lebih lanjut tentang pengiraan tier, anda boleh membaca blog Strategi IPO untuk Peluang Keuntungan yang Lebih Tinggi

Langkah 7: Paparan maklumat permohonan

Anda boleh menyemak semula maklumat permohonan dan mengubah maklumat seperti menambahkan atau mengurangkan jumlah unit saham yang dipohon. Pada masa yang sama, anda juga perlu melakukan pengesahan transaksi untuk meneruskan pembayaran IPO melalui pemberitahuan tolak (push notification) atau melalui kod PAC yang dihantar secara SMS. 

Sekiranya anda telah memastikan maklumat yang diisi adalah betul, boleh tekan butang Confirm untuk menghantar permohonan eIPO. 

Langkah 8: Semakan status permohonan

Status permohonan anda akan bertukar kepada Submitted for Balloting selepas anda selesai melakukan pembayaran. 

Selepas hari pengundian (balloting), anda boleh menyemak semula status permohonan. Sekiranya ditolak, wang permohonan akan dipulangkan semula ke dalam akaun bank yang digunakan.

Sekiranya anda mengalami kesulitan semasa melakukan permohonan eIPO melalui PBe ini, boleh hubungi team iSaham Support melalui Telegram untuk bantuan.


< kembali ke laman blog utama