Pengenalan
Salah satu elemen penting untuk melabur dalam saham iaitu menganalisis pergerakan harga kaunter yang didagangkan. Di platfrom Mplus, harga saham yang dipaparkan di pasaran US/HK adalah delay sebanyak 15 minit. Bagi mendapatkan update pergerakan harga secara live sama ada untuk pasaran Bursa, US atau HK anda perlu memohon kepada pihak Mplus. Dalam blog kali ini, iSaham akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkannnya.
Fungsi Real Time Market Data
Secara asasnya real time market data dapat memaparkan pergerakan harga yang bergerak secara live tanpa sebarang kelewatan. Ini bermakna harga saham yang bergerak adalah tally dengan masa dagangan semasa berdasarkan market tersebut. Antara fungsi untuk mendapatkan real time market data adalah seperti berikut:
1. Dapat melihat jumlah volume yang masuk secara terus.
Contoh situasi apabila satu belian dengan volume yang besar masuk, dan berlaku kelewatan dari paparan harga contoh 15 minit lagged, ia mungkin menyebabkan anda terlepas peluang untuk beratur lebih awal.
2. Pengurusan Risiko Yang Lebih Effisien
Contoh situasi apabila satu saham jatuh secara mendadak dalam tempoh masa yang singkat. Apabila berlaku kelewatan dari paparan harga contoh 15 minit lagged, ia mungkin menyebabkan anda terlepas untuk menjual pada harga cut loss anda dan harga jatuh lebih rendah.
Market Quotes Bagi Setiap Pasaran
a. Pasaran Malaysia
b. Pasaran US
c. Pasaran HK
Langkah Permohonan
1. Hantar emel ke support@mplusonline.com.my
2. Sertakan:
Nama penuh, No IC, No Telefon, Jumlah Langganan anda
3. Pembayaran:
Bursa: Jumlah langganan akan ditolak daripada jumlah trust/tota cash akaun anda
US/HK: Caj langganan akan ditolak daripada jumlah total cash yang boleh dikeluarkan
Langganan hendaklah diperbaharui setiap bulan dengan cara menghantar semula e-mail langganan.
Kos bayaran adalah seperti berikut: