TUTORIAL

04-NOV-2024

Cara Menambah Watchlist Saham Di Aplikasi M+ Global


AA    


 

Pengenalan

Aplikasi terbaru M+ Global mempunyai fungsi yang hampir sama dengan aplikasi M+ Online sebelumnya. Salah satu fungsi asas yang ada dalam platform M+ Global ialah menambah saham yang anda rasakan menarik kedalam watchlist. Dengan adanya watchlist, anda boleh menyusun saham berdasarkan kehendak anda. Berikut merupakan step by step cara melakukannya. 

 

Menambah dan Menamakan Watchlist baru

Langkah 1: Buka aplikasi M+ Global dan klik pada menu "Watchlist".

Langkah 2: By default, menu watchlist yang yang dipaparkan ialah My Watchlist, Bursa, US, HK. Untuk menambah, klik pada 3 titik disebelah menu tersebut.

 

Langkah 2: Klik pada simbol (+New) untuk menambah watchlist.

 

 

Langkah 3: Namakan Watchlist tersebut mengikut kehendak anda contohnya, Technology, BTST, Long Term, dan sebagainya. Klik Confirm.

 

Langkah 4: Senarai menu watchlist anda siap. Sekarang anda boleh membezakan watchlist berdasarkan jenis yang anda tetapkan.

 

 

Menambah saham ke Watchlist

 

Langkah 1: Pada bahagian menu watchlist yang anda cipta klik pada "Add to watchlist". Cari kaunter yang anda ingin letakkan di bahagian watchlist. 

 

 

Langkah 2: Tekan simbol hati di sebelah nama saham.

 

 

Langkah 3: Saham pilihan anda akan diletakkan dibawah watchlist.

 

 

Langkah 4: Saham anda berjaya ditambah kedalam watchlist

 

Memadam Watchlist

Langkah 1: Klik pada bahagian edit, kemudian tick saham yang anda ingin padam dari watchlist. Sekiranya anda ingin memadam semua saham di bawah menu watchlist, klik pada "Select All". 

 

Langkah 2: Tekan "Delete" dan saham watchlist anda telah dipadam dari senarai. Contoh seperti di bawah, saham FRONTKN telah dipadam dari watchlist Ai. Untuk padam menu watchlist Ai, klik pada 3 titik disebelahnya.

 

 

Langkah 3: Klik edit kemudian tekan simbol (-) pada menu yang anda ingin padam. Menu Watchlist berjaya dipadam dan tidak lagi dipaparkan.   

 

 

Perbincangan

Jadi, begitulah cara-cara untuk menambah saham kedalam watchlist. Walaupun ia bukanlah sebuah fungsi yang baru, namun fungsi ini jelas memudahkan anda untuk melihat kaunter-kaunter yang anda rasakan menarik dan menyemak pergerakan harga kaunter-kaunter ini. 

 

 

 


< kembali ke laman blog utama