Pengenalan
Setelah anda berjaya membuka akaun CDS bersama Malacca Securities (Mplus), anda perlu mengaktifkan dahulu akaun dagangan untuk membolehkan anda melakukan jual beli. Dalam blog kali ini, iSaham akan menerangkan tentang pengaktifan akaun ini.
Pengaktifan Akaun CDS
1. Secara asasnya, akaun dagangan anda boleh diaktifkan setelah pembukaan akaun berjaya.
2. Pertama sekali, anda akan menerima makluat log masuk dalam dua emel berasingan yang dihantar dari no-reply@mplusonline.my:
i. E-mail Selamat Datang ke Malacca Securities (yang mengandungi ID Pengguna anda)
ii. Email kata laluan baru/hilang (dengan kata laluan log masuk sementara untuk Laman Web & Aplikasi Perdagangan M+)
*Nota: Sila semak folder Spam/Junk anda jika anda tidak menerima emel tersebut di dalam Inbox anda.
Contoh Email yang dihantar adalah seperti berikut:
Email 1
Email 2
Penetapan Password & Trading Pin
1. Selepas anda berjaya login, reset password anda. Password ini akan digunakan untuk login sama ada di platfrom M+ Online atau M+ Global.
2. Akan tetapi, di platform M+ Online password ini turut digunakan sebagai trading PIN, manakala M+ Global anda perlu cipta Trading Pin dengan 6 angka sahaja.
3. Untuk lebih jelas kami sedikan contoh:
Nota: Kami menggalakkan anda untuk menetapkan kata laluan log masuk dan PIN perdagangan yang sama untuk kedua-dua platform.