Pengenalan
Sebagai seorang pedagang, pernah tak anda teringin untuk melihat semua transaksi belian dan jualan yang anda pernah lakukan? Mungkin untuk membuat kajian transaksi mana dan strategi mana yang paling berkesan atau sebab-sebab lain. Dalam blog kali ini, iSaham akan menerangkan cara-cara anda boleh mendapatkan butiran sejarah dagangan bagi pelanggan Mplus iaitu bagi kedua-dua platform M+ online (web) dan M+ Global (aplikasi).
M+ Global
Terdapat beberapa cara anda boleh melihat sejarah belian dan jualan.
i. Historical Order
Pada menu "Trade", pergi ke bahagian "Orders" kemudian klik pada "Historical orders".
ii. Contract Detail
Pada bahagian "Historical Orders", anda boleh melihat transaksi yang lebih terperinci dengan menekan transaksi yang dijalankan. Contrats details akan dipaparkan seperti "Net amount" dan "fee details".
iii. Statement - Daily Statement dan Monthly Statement
Pilihan seterusnya, anda juga boleh melihat sejarah pembelian melalui "Statement"
Pilih sama ada anda mahukan daily atau monthly statement. Untuk Monthly statement ianya adalah terhad untuk 12 bulan yang lepas manakala untuk Daily Statement terhad untuk 6 bulan dan akan dikemaskini sehari selepas melakukan transaksi belian/jualan. Contoh adalah seperti berikut:
M+ Online (Web)
Untuk M+ Online (Web) terdapat 4 pilihan anda boleh merujuk belian/jualan anda yang lepas iaitu "Trade History, Daily Business Done, Client Statement dan juga Contract Note".
i. Trade History
Untuk bahagian trade history, anda boleh menyemak order details yang dilakukan contohnya modification yang dilakukan untuk setiap order. Tetapkan julat tarikh yang anda mahukan dan klik butang search. Transaksi dalam julat yang dipilih akan dipaparkan.
ii. Daily Business Done
Pada bahagian ini, anda akan dipaparkan dengan transaksi harian anda. Sama seperti yang lain, anda perlu membuat tetapan tarikh.
iii. Client Statement
Sama seperti client statement di M+ Global, anda juga boleh melihat client statement bulanan anda untuk 12 bulan yang lepas di M+ Online . Klik pada bulan/tahun yang anda mahukan.
iv. Contract Note
Memaparkan invois transaksi yang lepas. Had maksimum yang dipaparkan adalah transaksi untuk 6 bulan yang lepas. Melalui Contract Note anda dapat melihat butiran belian/jualan dan nombor transaksi.
Perbincangan
Sebagai rumusan, kesemua menu di atas membolehkan anda untuk menyemak transaksi jual/beli yang lepas. Ini membolehkan anda untuk mengetahui berapa kos dan sama ada transaksi yang dilakukan berjaya menghasilkan keuntungan atau kerugian.
Bagi anda yang mahu melihat statement dan juga contract yang lebih lama dari had maksimum anda boleh e-melkan permohonan Monthly Statement/contract note anda ke support@mplusonline.com.my. Caj akan ditolak secara terus dari akaun trust CDS anda. Kos untuk permohonan ini adalah seperti berikut:
Monthly Statement: RM 10/ Bulan
Contract note: RM 2/ Tarikh Transaksi