UMUM

04-APR-2025

Cara Semak Status Permohonan IPO Mplus Global


AA    


 

Sebelum ini, kami telah terangkan bagaimana untuk memohon IPO di aplikasi Mplus Global. Di blog kali ini, iSaham akan menunjukkan tutorial bagaimana untuk menyemak status permohonan IPO yang anda telah mohon.

 

Langkah Semakan Status IPO di Aplikasi Mplus Global

 

Langkah 1: Buka aplikasi M+ Global dan log masuk ke akaun anda seperti biasa.

 

 

Langkah 2: Untuk semakan status permohonan IPO, ada 2 menu yang anda boleh pilih yang kedua-duanya membawa anda ke bahagian yang sama.

1. Menu IPO pada bahagian "Trade"

2. Menu IPO pada bahagian "Market"

 

 

Langkah 3:  Selepas anda sudah tekan salah satu menu, anda akan dipaparkan paparan Offering yang menunjukkan permohonan IPO yang sedang dibuka. 

 

 

Langkah 4: Untuk semakan status, pergi ke bahagian "Subscribed". 

 

 

Langkah 5: Menu ini memaparkan senarai semua IPO yang telah anda pohon dan status permohonan.

 

 

 

Apa Perlu Dibuat Jika Status Masih “Pending” 

 

Sekiranya status masih “Pending” walaupun balloting telah selesai, ini mungkin disebabkan sistem belum lagi dikemaskini secara penuh. Semak secara berkala. Jika permohonan anda gagal, wang akan dikembalikan ke dalam akaun anda pada sebaik sahaja keputusan dikeluarkan.

 

Kesimpulan

Semakan keputusan IPO melalui M+ Global sangat mudah dan cepat. Hanya beberapa langkah ringkas diperlukan untuk mengetahui keputusan balloting anda. Pastikan anda menyemak bahagian “My Application” dalam menu IPO selepas tarikh balloting untuk mendapatkan status terkini permohonan anda. Jika anda kerap memohon IPO, disarankan untuk menyemak aplikasi secara berkala dan pastikan baki akaun anda mencukupi ketika permohonan dibuat.


< kembali ke laman blog utama