TUTORIAL

10-OCT-2023

Cara Sertai Sesi Live iSaham di Telegram


FF    


Telegram ialah platform pemesejan serba boleh yang tersedia pada telefon pintar (iOS dan Android), komputer (Windows dan macOS) serta di Web. Seperti yang anda tahu, Telegram menawarkan pelbagai features seperti menghantar mesej, membuat panggilan suara dan video, group chats, berkongsi fail dan banyak lagi.

Selain daripada features ini, Telegram juga membenarkan pengguna menyertai strim langsung di mana-mana group channel yang anda sertai. Dalam blog ini, kami akan kongsikan langkah-langkah untuk menyertai sesi strim langsung iSaham di Telegram.

Step 1: Muat turun aplikasi Telegram

Jika anda belum mempunyai Telegram lagi, muat turun dari gedung aplikasi anda (iOS, Android) atau muat turun Telegram Desktop.

Step 2: Mendaftar atau Log Masuk

Jika anda belum mempunyai akaun Telegram lagi, anda boleh mendaftar menggunakan nombor telefon anda. Jika anda sudah mempunyai akaun, anda boleh terus log masuk menggunakan nombor telefon yang telah didaftar.

Step 3: Cari dan Sertai iSaham Telegram Channel

Buka Telegram dan search 'iSaham' di bar carian di bahagian atas. 

Anda boleh sertai Telegram iSaham Telegram channel untuk dapatkan update berkaitan kelas, informasi berkaitan saham dan lain-lain lagi.

Join iSaham Telegram channel
Cara join iSaham Telegram channel melalui desktop
Join iSaham Telegram channel
Cara Join iSaham Telegram channel melalui telefon

Step 4: Cari Pengumuman Strim Langsung

Selepas anda join iSaham channel, anda boleh dapati mesej yang mengumumkan masa mula sesi strim langsung iSaham. Pautan sesi strim langsung akan diletakkan sekali di dalam pengumuman tersebut.

Step 5: Sertai Strim Langsung

Apabila strim langsung sudah bermula, anda akan melihat butang atau pautan 'Join' di bahagian atas. Klik padanya untuk menyertai strim langsung.

Contoh untuk sertai sesi Live melalui desktop dan telefon seperti gambar di bawah:

Cara Join Live Telegram menggunakan dekstop
Cara join sesi Live iSaham di Telegram menggunakan dekstop
Cara join sesi iSaham di Telegram menggunakan telefon
Cara join sesi Live iSaham di Telegram menggunakan telefon

Sebaik sahaja anda berada dalam strim langsung, anda boleh berinteraksi dan menyertai perbincang dalam ruang yang disediakan.

Itu sahaja langkah-langkah untuk sertai strim langsung di Telegram. Anda kini boleh join sesi kelas online iSaham melalui Telegram.


< kembali ke laman blog utama