Pengenalan
Di aplikasi M+ Global, anda bukan sahaja dapat melihat pergerakan harga saham melalui naked chart malah anda juga boleh menambah indikator untuk membantu anda membuat keputusan dalam dagangan. Dalam blog kali ini, iSaham akan menerangkan dengan lebih lanjut cara-cara set indikator pilihan anda melalui aplikasi ini.
Tutorial
1. Buka aplikasi M+ Global. Pada bahagian carian, masukkan saham yang anda ingin lihat.
2. Skrol pada bahagian quotes dan anda dapat melihat chart saham tersebut.
3. Untuk setkan paparan carta, klik butang setting di bahagian penjuru bawah sebelah kanan carta seperti yang ditunjukkan di atas.
Anda boleh setting 3 perkara:
1. Jenis Carta
2. Indikator kesukaan
3. Tetapan Carta
Set Jenis Carta
4. Klik pada jenis carta yang anda mahukan. Sebagai contoh, jika anda ingin menggunakan carta candle, klik pada pilihan tersebut. Carta akan berubah berdasarkan pilihan anda.
Tambah Indikator Pada Chart
5. Pada bahagian "Favourite Indicator", pilih indikator pilihan anda. Terdapat 4 pilihan indikator untuk main chart dan 15 indikator untuk sub-chart.
Anda boleh pilih satu indikator untuk main chart dan sehingga 10 indikator untuk paparan sub-chart.
6. Untuk setting indikator, klik pada logo seperti dipaparkan di atas.
Untuk setiap indikator, anda boleh membuat tetapan berdasarkan apa yang anda mahukan. Contohnya, jika anda ingin setting indikator MA, klik butang setting dan pilih atau edit period yang anda ingin gunakan. Pada bahagian bawah paparan, terdapat penerangan yang lebih lanjut berkaitan indikator tersebut,
7. Setelah anda selesai membuat tetapan indikator, anda boleh klik butang kembali dan pilih indikator yang anda ingin paparkan di carta.
Contoh pada paparan di bawah, kami gunakan indikator MA untuk main chart manakala untuk sub-chart kami pilih 3 indikator iaitu, volume, MACD, dan RSI.
Chart Setting
8. Untuk tetapan paparan chart, anda boleh klik pada arrow button dan anda akan dipaparkan seperti paparan di bawah.
Price Line: Garisan Merah putus-putus, menandakan harga terakhir saham tersebut.
Alert Line: Garisan Biru putus-putus, menandakan harga tertinggi saham tersebut.
Corp. Actions: Simbol huruf di bahagian carta, menandakan pengumuman penting syarikat seperti dividen, split dan sebagainya.
Perbincangan
Jadi, begitulah cara-cara untuk menambah indikator dan set paparan carta di aplikasi Mplus Global. Cara ini dapat memberi kemudahan kepada pelabur, untuk melihat carta bagi membantu membuat keputusan dalam pelaburan. Dengan cara ini, anda tidak perlu lagi untuk membuka komputer bagi meletakkan indikator pada bahagian carta. Cukup untuk gunakan telefon pintar anda dan buka aplikasi Mplus Global. Bagi anda yang berminat untuk membuka akaun Mplus Global dan ingin mendapatkan manfaat lain, daftar melalui rakan kongsi iSaham untuk menikmati manfaat eksklusif seperti Screener Premium, kelas mingguan, dan sokongan komuniti. Klik pautan di bawah untuk mendaftar.